Hargai apa yang dimiliki - sepenuhnya.
Bukan separuh, tapi penuh.
Andai direntap hilang,
Andai ditiup lenyap,
Sekurang-kurangnya kita tidak terkilan.
Kerana kita pernah ada rasa.
Kerana kita pernah ada tanda.
Walau mungkin sedikit pedih.
Tapi, sekurang-kurangnya kita tidak terkilan.
Jika hanya separuh – yang tidak penuh.
Pabila hilang - kita terkilan.
Pabila hilang - kita tertekan.
Pabila hilang - mencari kesal.
Menghargai untuk sedia dengan kehilangan? - Bukan.
Harga bukan wang ringgit.
Harga bukan duit.
Memiliki bukan membeli.
Menghargai milik bukan menguasai milik.
Ya. Harga itu yang aku maksudkan.
Bukan usul, bukan cadangan.
Persiapan menelan hakikat kehidupan.
Kelak tidak terlentang di tengah jalan.
Meratap raung kala dipagut si gagak hitam.
Hargai apa yang dimiliki - sepenuhnya.
Bukan separuh, tapi penuh.
Sekurang-kurangnya tidak semua rasa pahit itu ditelan.
Tidak pula pahit itu dikulum sepanjang zaman.
Agar `tika ditelan pahitnya kehidupan, ada juga manisnya di celahan liang.
Sayangi apa yang dimiliki.
Jangan penuh – tapi hanya separuh.
Andai direntap hilang,
Andai ditiup lenyap,
Sekurang-kurangnya kita tidak terkilan.
Masih ada separuh sayang untuk teruskan nafas.
Teruskan kehidupan tanpa lemas.
Hargai yang penuh – untuk manusia.
Sayang yang penuh – kepada Pencipta.
Sayang yang penuh – kepada KekasihNya.
Sayang yang separuh – untuk manusia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NAEMSG 17:02; 03/07
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
2 comments:
"Sayangi apa yang dimiliki.
Jangan penuh – tapi hanya separuh."
agreed!~
@dhiyalova:
hanya itu yang terlihat dari hujung mata hati.
Post a Comment