Followers

Saturday, December 24, 2011

~ Tanah Ini ~


Amik kt sini.

Ndelok Parit Jowo... Meladeni perasaan... Ono sesuatu nang njero ney...
Ati cilik iki akeh temen tersentuh
. nang kene jugak lah tembuniku ditanam.

Jempol for everybody who involved in this movie!

"Pulang kasih pada saudara,
Pulang cinta pada ibunda,
Pulang sirih pada gagangnya,
Pulang pamur pada pada kerisnya,
Pulang mahkota pada takhtanya,
Semoga tanah ini akan tetap jadi warisan kita"



Amik kt sni.

Wahai anakanda ku sayang
Ke mana hilang budaya
Diculik piring terbang
Atau ditelan buaya

Tiada peluang tiada ruang
Semua mahu cepat kaya
Pabila semua dah hilang
Barulah hendak percaya

Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepih
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan
Batu belah batu konkrit

Wahai anakanda ku sayang
Kenapa gadai pusaka
Sebab cinta atau wang
Atau kerna kurang peka

Seperti lalang-lalang
Suka belok suka leka
Ikut telunjuk bayang-bayang
Akhirnya diri terluka
Melihat semua ini
Hati bonda menjerit
Lepaskan bonda lari

Dari dihimpit putar belit
Masyarakat hipokrit

Wahai bonda jangan merajuk
Bonda jangan makan hati
Anakda disini memujuk
Dan anakanda takkan berhenti
Kini sekadar impi
Baru faham semua ini
Bonda tolong jangan pergi
Maafkan anakmu

Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepih
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan
Batu belah batu konkrit

Dari dihimpit putar belit
Hamba duit masyarakat hipokrit

Bonda rela dimakan ditelan
Batu belah batu konkrit



~ Kenangan yang masih bersisa. Tetap segar dalam ingatan ~

Sunday, December 11, 2011

....Peksa Yang Mendemamkan...

Damn catchy song.
What ever the lyrics said.
I`m just enjoying the rhythm.


From here. Hey dude! Make sure you listen the song until the end. I bet you - this is so entertaining.




Ooppppppppppppss... and this is my Kolaveri version right now:


From here.




And... this is the original version:

From here.



K.Bai !


(*tanda2 aku membuang tebiat - update blog semasa Exam! Huarghhhhhhh!!! Exam Fever!*)


## NEW UPDATE ehehe...
The song is sung by a character who is dumped by a girl and now is drunk. Then he sings the song Why this Kolaveri di which means "Why did you do this to me" or "Why you dumped me". The song is from Dhanush's wife Aishawarya's debut film Moondru (3). It's amazing to see that the song got 2.5 Million views just in 1 week. So there can be no better way to publicize the movie.

Dhanush is the singer of this song who is a National Award-winning Actor, Singer and Song Writer and Director. Dhanush start the song with words Soup song, Flop song. The soup song is a song for those who failed in Love. Dhanush didn't write the lyrics on any paper, he just goes with the tune and sings what came to his mind.
(from Sidhu, 1487)
##

Thursday, December 8, 2011

STEP BY STEP... OOO BABY !

Merujuk kepada perkara di atas, saya sertakan langkah demi langkah untuk membaca nukilan kali ini.

Terima kasih atas pertimbangan daripada pihak tuan.

Sekian,
NURUL AIN BINTI ELIAS.




Langkah Pertama: Tengok gambar.


Indah dilihat, menyakitkan bila dirasa. Akulah si Jawa yang mmg tak tahan dengan cenggini punya cuaca. Brrrrrrrrrrrrrrrrrrr...Oh Summer, cepatlah kau datang!


Langkah Kedua: Klik video youtube.


Langkah Ketiga: Senyum, tak perlu kata apa2




Langkah Keempat: Klik penjuru atas sebelah kanan anda.


**** HABES ****


p/s: mood menulis surat rasmi... huargh

Sunday, December 4, 2011

MUHARAM ~ NABI NUH ~ BUBUR LAMBOK


amik kat awraqvids

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:

"Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: “Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat 1/3 malam.” (HR Muslim) Ayuh lipat gandakan ibadah dengan berpuasa sunat hari 9,10 & 11 Muharam ini sempena hari 'Asyura.(TV Al Hijrah)

Orang Yahudi berpuasa sebagai mengenang hari Allah menyelamatkan Nabi Musa dan menenggelamkan Firaun dengan askarnya. Maka, Nabi Musa berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah pada hari itu.

Niat Puasa : Sahaja aku berpuasa sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
(nak niat dalam bahasa Jawa ye boleh aje :). Apa2 aje pun boleh :) )

Salah satu bulan yang diharamkan berperang.
(Dedulu, masa sekolah kekecik, pernah juga terdengar... tak digalakkan nikah bulan ni sbb nnt usia pkahwinan tak panjang...hmmm...bida`ah ya?)

PERISTIWA 10 MUHARRAM

* Nabi Adam bertaubat kepada Allah.

* Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.

* Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi

* Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.

* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

* Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

* Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob yang kabur.

* Nabi Isa diangkat ke langit

* Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulitnya

* Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada didalamnya selama 40 hari 40 malam.

*Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

* Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.

* Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.

* Hari pertama Allah menciptakan alam.

* Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.

* Hari pertama Allah menurunkan hujan.

* Allah menjadikan Arasy.

* Allah menjadikan Luh Mahfuz.

* Allah menjadikan alam.

* Allah menjadikan malaikat Jibrail.


Berpuasa pada Hari Asyura sangat besar pahalanya seperti hadis yang diriwayatkan Al-Imam Muslim daripada Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW.Apa lagi nk buat ek?

~ Solat sunat 10 Muharam yang dilakukan selepas solat fardu kecuali selepas Subuh dan Asar.

~Selepas solat sunat, digalakkan membaca doa bermaksud: "Allah yang memberi pertolongan." Atau membaca doa yang dianjurkan Saidina Ali yang memohon Allah menunjukkan jalan yang lurus, dijauhkan bala bencana dan dikabulkan hajat.

~Begitu juga dengan amalan memasak bubur Asyura untuk disedekahkan, seeloknya tradisi itu diteruskan sebagai pengerat silaturahim antara saudara dan jiran tetangga.

(resepi Bubur Lambok eh? nnt ar... Lum tanya mak lagi...sebab xde kesempatan nk buat ~ al malasun gile babun... kui kui kui)



amik kat spadeking69



p/s: Selamat Hari Jadi Mak... Panjang Umur, Murah Rezeki, Tambah Iman & Sihat Tubuh Badan. Doakan orang jumpa jodoh tau tau tauuu :-) )


amik kat sini

Sunday, November 27, 2011

Doa Membaca Air Zam Zam

Sekarang, kebanyakkan orang sedang sibuk menunggu kepulangan keluarga dan sahabat handai dari Tanah Suci Makkah (giliran aku lammmmbat lagi beb...huhu...semoga aku panjang umur untuk realisasikan hajat aku ni, Insya Allah).

Untuk doa air zam-zam begini:

السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا مَاءُ, مَاءُ زَمْزَمْ يُقْرِئُكَ السَّلاَمَ
" Assalamualaika wahai air, Air zam-zam mengucapkan salam kepada mu."

Faedahnya: Air yang kita minum itu akan mengambil khasiat seperti khasiat yang terdapat pada air zam-zam.


Menurut kajian, air juga akan bertindakbalas dengan tempat, suasana, pemandangan di sekitarnya. Apabila segelas air mineral diletakkan atau didekatkan pada gambar Ka'bah, maka ia berubah bentuknya sesuai dengan gambar itu iaitu bentuk yang menyerupai pemandangan daripada atas Masjidil Haram, dengan umat Islam yang sedang bertawaf mengelilingi Ka'bah.

Aku amik kat sini

Pesanan Untuk Di Tapau kali ini:
Apabila kita ingin meminum apa saja air seperti air mineral, air tebu, air sirap, air oren, air cincau, air lai chi kang (slurrpppp... sedapnye....) dan sebagainya, kita baca doa ini dekat dengan bekas minuman (macam orang nak jampi le lebih kurang..). Sebab tu jugak, aku biasa2kan diri aku untuk tutup bekas minuman / gelas / cawan ketika acara mengumpat2 & berborak2 tentang perkara yang negatif berlangsung... Haish..selayaknya, harus dielakkan aja perbualan yang sebegitu rupa. Lebih bagus, bukan?

(p/s: Huhu.. dielakkan dari meminum air yang terdedah ketika korang rancak menonton perlawanan bola sepak mahupun lain2 sukan, samada di rumah mahupun di kedai mamak tu... Ntah apa pulak bentuk molekul air tu kalau bergaul2 dengan ayat2 maki yang sehingga tak cukup huruf dan simbol tu ya? Err...Faham? Dapat tak? ~ meniru gaya My Sempoi Al Ustaz Don Daniyal Don Biyajid). Hihihi

Saturday, November 26, 2011

HAPPY NEW YEAR 1433H

Gambar tu aku cilok dari sini. Aku cuma taipkan doa aku kat situ.






Tahun baru selalu dikaitkan dengan azam baru.
Mudah2an azam kawan2 pada tahun lepas berjaya dilaksanakan.
Aku? Alhamdulillah.
Mudah2an azam kita tahun ini dapat dilakukan sebaik mungkin. Amin.
Azam baru, semangat baru.
Semoga hanya yang baik2 aja untuk kita semua. Amin.

Tuesday, November 8, 2011

Khabar Kurang Gembira

Tak tahu, tak tahu mengapa (dalam kepala masih berlegar2 lagu Tanya Sama Pokok). Adakah kelopak mata aku yang tak berhenti mengerdip pada tiga minggu sudah adalah jawapan kepada perkhabaran ini:

1 – Kematian mengejut satu-satunya nenda kesayanganku. Al Fatiha untuk Allahyarham Hj Kamsari Mat Raji pada 29 Oktober 2011. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.




24 Sept 2011 - Sempat berbual dengan Tok Yah. Masih terngiang2 di telingaku `...berbual dgn ain..rasa mcm berbual dpn dpn...teranggg suaranya. Yang jauh pun rasa dekat`. (*mode: kolam air kat mata ni pecah lagi*)


23 Sept 2011 - Sempat Tok Yah tengok cicitnya yang kelima. Alhamdulillah.


25 Sept 2011 - Tok Yah sempat merasa jubah konvokesyen salah seorang adikku. Pada awalnya, adik kata, dia macam malu2. Tapi, selepas dipujuk beberapa kali, dia pakai jugak dengan tersenyum meleret. Mak kata, aritu dia nampak gembira sangat.


29 Okt 2011 - Dari Dia kita datang, kepadaNya kita kembali. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnyakecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

`masa hidup hargailah org yg tersayang sebaiknya... sok sok dh takde..air mata begenang kt pipi time nyarap, rindu pun tak de sapa leh pujuk dah.. huhu` (Yassin, 2011).



2 – Salah seorang kenalanku jatuh sakit & kini menjalani rawatan di hospital. Sangkaan awal, hanya sakit biasa. Rupa2nya dia mengalami masalah paru-paru. Kini terlantar di wad selepas menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkan cecair berlebihan di paru-paru akibat jangkitan kuman. Saudara Sukri Kamis, semoga sembuh seperti sediakala. Doa kami semua mengiringi Tuan.

Amin Ya Robbal `Alamin.

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidil Adha 1432 H

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidil Adha ~ Berkorban & Pengorbanan… Semoga apa yang kita lakukandiberkati & diredhai Allh swt. Amin.


Aku ubah suai sikit dari: Thaqif

Kat bawah ni pulak isi kandungan Khutbah Hari Raya Negeri Johor.
Aku amik dari Ustaz Mohd Khalil.
Macam banyak je nk baca kan? Aku highlight je mana2 yang aku rasa penting untuk aku...ehe

Hari ini kita dianugerahkan lagi dengan sambutan idul adha. Kita berada di dalam hari ibadat dengan penuh kegembiraan. Ketahuilah, bahawa setiap perayaan yang disyariatkan oleh Allah Taala, ada bersamanya pengajaran. Iaitu, pengajaran yang terkandung dalam idil adha adalah, kesatuan ummah. Walaupun terdiri dari pelbagai bangsa dan bahasa, warna kulit, budaya dan Negara. Umat Islam adalah umat yang bersatu dengan mengadap kiblat dan sujud kepada Tuhan yang satu, iaitu Allah Rabbul Alamin.
Lihatlah bagaimana Allah Subhanahu Wataala mewajibkan semua umat Islam, melakukan ibadat haji agar berkumpul di satu tempat. Dengan niat yang sama dan mengucapkan ucapan talbiah, tahmid dan takbir yang sama, menunjukkan umat Islam, umat yang bersatu.


Firman Allah Taala, Surah Ali Imran 103:
Bermaksud : Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada Allah (iaitu agama Islam). Dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenangkanlah nikmat Allah kepada kamu, ketika kamu bermusuh-musuhan, (iaitu pada zaman jahiliyah dahulu). Lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatupadu dengan nikmat Islam). Maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu, orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah). Lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangannya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahnya..


Allahu akbar….. Allahu akbar….. Allahu akbar….. Allahu akbar…..Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar…


Muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian.
Idul Adha juga dinamakan Hari Raya Korban kerana salah satu amal ibadat yang disunatkan pada hari ini, ialah melaksanakan ibadat korban.



Firmah Allah Taala’, Surah Alkauthar 1-3:
Bermaksud: Sesungguhnya kami telah menunaikan kepada mu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak. Oleh itu, kerjakanlah solat kerana tuhan mu semata-mata dan sembelihlah korban. Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
Berdasarkan kepada firman Allah tersebut, jumhur ulama berpendapat, bahawa hukum melakukan ibadat korban adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut. Kedudukannya lebih tinggi daripada sunat biasa. Manakala nilai pahalanya pula, lebih dan amat besar.


Muslim muslimat yang dikasihi Allah sekalian…


Di dalam peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s, seorang bapa telah diperintahkan supaya menyembelih anak kesayangannya. Kita dapat mengambil kesimpulan di antaranya ialah: Kepatuhan dan ketaatan anak terhadap bapanya begitu hebat. Betapa sucinya pengorbanan yang telah dilakukan oleh kedua-dua iaitu bapa dan anak. Dengan keimanan kepada Allah yang begitu tinggi, maka keduanya sanggup untuk menjungjung perintah Allah Subhanahu Wataala.


Sebagai umat Islam, sudahkah kita berkorban untuk menegakkan syiar Islam ?
Seorang bapa sudahkah berkorban memberikan didikan yang sempurna kepada anaknya ?
Seorang suami, sudahkah kita berkorban untuk kebahagian rumahtangga ?
Dan sebagai anak watan, adakah kita sudah menunaikan satu pengorbanan suci untuk tanahairnya ?


Sabda Rasulullah SAW:
Bermaksud: Barangsiapa yang mempunyai kelapangan untuk berkorban tetapi tidak dilakukannya, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersolat ini.”
Dari hadis ini, dapatlah difahami bahawa, ibadat korban itu amat penting sehingga hukumnya seolah-olah lebih kepada wajib terutamanya kepada orang yang berkemampuan dan mempunyai rezeki yang lebih.

Allahu akbar….. Allahu akbar….. Allahu akbar….. Allahu akbar…..Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar..Muslimin muslimat yang dikasihi sekalian.

Jelaslah kepada kita bahawa ibadat korban itu disunnahkan sebagai satu latihan dan ujian bagi kaum muslimin untuk memupuk semangat berkorban dengan cara mengeluarkan sebahagian dari nikmat dan rezeki yang dilimpahkan oleh Allah untuk dirasai oleh golongan fakir miskin, seterusnya dapat meninggikan lagi syiar Islam.

Sebagai kesimpulannya. Antara nilai-nilai yang terkandung dalam ibadat korban antaranya ialah :
1. Melatih kaum muslimin supaya sentiasa bersedia berkorban sebahagian rezekinya dan dikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.

2. Sebagai satu cara mendekatkan diri kepada Allah Taala.

3. Menghidupkan sirah Nabi Ibrahim a.s yang kemudian disunnahkan oleh Rasulullah.

Allahu akbar….. Allahu akbar….. Allahu akbar….. Allahu akbar…..Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar….
Oleh itu, marilah kita bermuhasabah diri tentang, apakah bentuk pengorbanan yang mampu kita laksanakan ? Semoga, dengan pengorbanan yang kita lakukan, mendapat keberkatan dari Allah dan kita tergolong dalam golongan hamba yang bersyukur.
Di kesempatan ini juga, marilah kita berdoa agar ahli keluarga, sahabat handai kita, serta umat Islam seluruhnya yang sedang menunaikan ibadat Haji di Tanah Suci Mekah pada saat ini, sentiasa dilindungi oleh Allah dan semoga dipermudahkan amalan mereka sehingga memperolehi Haji yang mabrur serta selamat pulang ke tanahair.
Firmah Allah Taala, Surah Al-Haj ayat 37:
Bermaksud: Daging dan darah binatang korban atau hadian itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuknya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha, supaya baik amalannya.
Sekian.

Wednesday, October 19, 2011

... Andainya itu Sangkakala... (part 2/2)

Ok.. Aku baru terjumpa rakaman peristiwa yang aku maksudkan dalam entri aku sebelum ni.
Selamat menjamu selera... Oh... tersasul..(Kepalaku masih membayangkan kelazatan mee siput bertemankan sambal ikan bilis yang bergerak beriringan melalui salur pemakananku... ).

Selamat Menonton.

Semoga memberi kita keinsafan & bersiap sedia untuk Hari Kebangkitan. Insya Allah.


Credit to: SDPatten



Credit to: tonymaples806



Credit to: SomeFineFella


Ok. Itulah rakaman video yang ku ambil secara rawak.
Selebihnya, ada di Youtube. Hanya taipkan keyword Lubbock, Haboob, Dust Storm.


Masya Allah - Subhanallah - Astaghfirullah - Alhamdulillah.



***************************
p/s: aku tak tau nk buh video tu kat tengah2 ar... =.=`

Tuesday, October 18, 2011

... Andainya itu Sangkakala...

5 petang, 17 Oktober 2011.

Kebiasaannya mentari masih berani menunjukkan silau seperti jam 5 petang di Malaysia.
Tapi, tiba2 berubah jadi mendung dan seterusnya gelap seperti jam 8 malam di Malaysia.
Aku telah pun berada di rumah, meladeni kepala yang tak henti berdenyut sejak awal pagi lagi.
Kenapa? Stress mungkin... bahana mengejar dateline tugasan ( - ini sememangnya `makanan` seorang pelajar). Namun, bukan itu pokok cerita aku kali ini. Yok, teruskan membaca.

Sangkaan awal, mungkin aku terlupa untuk memasang lampu sehingga Maghrib sementelah terlalu asyik memicit kepala. Tapi, jam dinding bermotif kelawar yang kubeli secara atas talian itu baru menunjukkan jam 5 petang.

Sangkaan kedua, mungkin bateri telah lemah untuk menggerakkan jarum saat. Lama kutenung dan `Ehhh... jarum saat bergerak`, hati kecilku berkata.

Tiba2 deruan angin yang dahsyat memaksa aku menjengah keluar dari tingkap kediaman.
Masya Allah..Ribut apakah ini? Jam 5 tapi langit kelihatan gelap kemerah2an.
Terus lupa dengan sakit kepala. Getar di hati dan tiba2 sayu ...

Mungkin kah kiamat? Adakah bunyi dahsyat itu satu petanda? Waktu dirasakan terhenti seketika. `Ya Allah, aku belum cukup lagi bersedia. Amalan2 ku tidak lah sehebat mana. Aku masih belum bersedia. Ya Allah, berikan aku peluang lagi Ya Allah`, hanya itu yang berulang2 bermain di fikiran.

Baru kusedar, untuk pertama kali dalam minggu ini, aku langsung tak mengendahkan ramalan kajicuaca (yang hanya perlu sekali sentuhan sahaja pada muka telefon yang bijak itu) lantaran kesibukan mengejar garisan mati. Oh... Ribut debu. Phewww... aku mengurut dada. Di luar, masih lagi huru hara dengan bunyi2 yang menggerunkan. Aku terduduk & bersyukur kerana kebiasaannya, waktu inilah aku mengayuh kenderaan beroda dua ku itu untuk pulang ke rumah. Ada hikmah kurniaan Ilahi di sebalik denyutan yang masih tidak mahu hilang dari kepalaku. `Alhamdulillah`. Tak semena2 aku panjatkan kesyukuran kepada Yang Maha Esa.

Niat di hati, mahu mengambil gambar atau video untuk merakamkan detik2 itu, namun, keadaan tidak mengizinkan...Ku jengah dari jendela, Masya Allah, debu datang seperti pasir. Kenderaan beroda dua ku itu penuh dengan debu - debu keperangan. Tayarnya, hampir setengah inci ditenggelami debu. `Tak mengapa, esok pasti ada liputan tentang ribut ini di berita kampus, The Daily Toreador`, getus hatiku.


Sekeping gambar ku abadikan di sini sebagai salah satu kenangan sepanjang pertapaan di Negara Uncle Sam. Nah, inilah juga untuk tatapan kalian.

Sememangnya Hujan Batu di TanahTumpahDarahKu adalah lebih baik berbanding Hujan Emas di Negara Uncle Sam. Ohh...mungkin lebih sesuai perkataan Hujan Emas itu aku gantikan dengan Ribut Debu .




Kedua-dua gambar di atas amat berbeza bukan? Bangunan yang sama dengan situasi yang berbeza.

Hmmm... Tidak lama lagi, si Dingin akan muncul. Itu lagi sengsara untuk seorang Aku yang tidak tahan dengan suhu yang kurang daripada suhu bilik (melampau bukan?). Hmm... Ini juga membuatkan aku lebih rela berHujankan Batu di TanahTumpahDarahKu (sambil membayangkan hidangan Kopi 434 yang keras bersama mee siput berinti sambal tumis ikan bilis!!!! ).



Apa pun, kejadian Ribut Debu sememangnya meninggalkan kesan dalam hati. Andainya itu sangkakala, adakah aku telah bersedia?

Tubna Ilallah, Wa Roja`na Ilallah, Wa Nadimna A`la Ma Fa`alna.

Sunday, October 16, 2011

...Hidup Mesti Terus...

Perasaan kehilangan itu seperti sukar diterima.

Bukan kehilangan data2 penyelidikan.

Tapi, kehilangan sesuatu yang amat bermakna. Ayah pergi. Bukan pergi ke kedai. Perginya tak mungkin kembali.

Lima tahun yang lalu, situasi getir ini menyerbu dalam kehidupan kami. Masih segar lagi kronologi itu. Seakan seperti tidak percaya, namun itulah hakikat. Hingga sekarang, kami semua merindui ayah. Rindu bermain janggut kasar ayah, rindu menganyam ketupat dengan ayah, rindu dengan lawak jenaka yang membuat kami sekeluarga tidak kering gusi. Walau kemana jua kaki ini melangkah, ingatan pada Ayah sentiasa di kotak fikiran. Hanya doa & kiriman Al Fatiha sahaja yang dapat dilakukan tatkala hanyut dengan tuntutan duniawi yang lain.

Apapun, kehidupan ini mesti kita teruskan.

Nasib ibu perlu dibela. Kebajikan ibu wajib diambilkira. Lantas, ikatan kekeluargaan adik beradik menjadi semakin kuat dan lebih erat. Semua dengan satu tujuan utama --> bahagiakan Ibu, gembirakan Ibu & curahkan bakti kepada Ibu.

Ya...Apa sahaja, semuanya Untukmu Ibu!!! Sekarang, dia lah Ibu & dia lah Bapa. Betapa kita terasa kehilangan Ayah, Ibu juga begitu, malahan pasti Ibu lebih lagi terkesan dengan kehilangan.

Adik2, kita kena kuat demi Ibu kita yang tersayang.

Bukan meratap malah bukan menolak hakikat. Sekadar melepaskan apa yang tersekat.

Tuesday, October 11, 2011

Ada sesiapa yang sayang Bob?


Ready dok budok-budok?

Ho laa, kepten!

Gapo dio? HO LAA, KEPTEN!

... ... ......ooo,

Podio dok dale buoh lanah bowoh laut?

Spongebob Sluar kotok!

Sene resap warno kuning.

Spongebob Sluar kotok!

Kalu demo suko bendo laut hok ngarut.

Spongebob Sluar kotok!

Pah mari la pakat nopat supo ike.

Spongebob Sluar Kotok! Ready?

SpongeBob Sluar kotok

SpongeBob Sluar kotok

SpongeBob Sluar kotok


*************


p/s: Sajo jah... Kawe tak dok mud nok wak kijo maso ni.

Bawoh tu lirik hok sbena... :)

Are you ready kids?
I said, "Are you ready?"

Who lives in a pineapple under the sea
SpongeBob SquarePants
Absorbent and yellow and porous is he
SpongeBob SquarePants

If nautical nonsense be something you wish
SpongeBob SquarePants
Then drop on the deck and flop like a fish
SpongeBob SquarePants

SpongeBob SquarePants
SpongeBob SquarePants
SpongeBob SquarePants
SpongeBob SquarePants

Saturday, September 24, 2011

HARI RAYA KOBOI 1432H – 2011M

Perkara A:
Lokasi Kejadian: Pusat Islam 08:00: Solat Hari Raya Aidilfitri & Khutbah Raya

Eh?apsal ada budak arab tersentil kat situ? Hehe.Saja je sbb suka tengok baju raya dia. Katanya, tu baju tradisional tempat dia (lupa ar, Yaman ke, Libya ke pa ntah). Yang menariknya siap ada kerambit yang real tuuuu...Ni je orang2 Malaysia di Lubbock plus sekelamin lagi yang sambut raya di Dallas.


09:00: Makan2 pas balik dari masjid




Nasi Himpit Ziplock Lubbock, kuih siput pedas, tart nenas, samprit, serimping pisang Mak, kek lapis asam manis.

Juadah ringkas pagi raya - Rendang, Lemang Lubbock, Nasi Impit Ziplock Lubbock, Sambal Kacang, Lengkong, Kek Lapis, Serimping Pisang. Air: Oren.

11:00: Kuliah Community Ecology (huarghhh)
Jasad je kat dalam kelas. Hati&Jiwa Raga masih tgh kunyah rendang + lemang..ehehe

Perkara B :
Rumah Terbuka Hari Raya Koboi
Tarikh: 5 Syawal 1432H (3 Sept 2011)
Lokasi: The Heritage Apartment.
Rumah 1
12:00: Uma Kak Has & Abg Din (20 langkah dari uma aku)
14:00: Majlis Hari Jadi Ayong
15:00: Majlis Bersurai


Ni menu untuk rumah terbuka ala Melayu :).
Tetamu: Kawan2 dr Dept of Agriculture.


Keluarga Kak Has & Abg Din. Suka betul birthday gegerl dapat pwinses :)

Rumah 2
19:00: Uma Faisal dan Jeeta (2 minit jalan kaki dr uma aku)
00:00: Majlis Bersurai.


Menu rumah terbuka campuran Melayu + India + Mamak Penang. Tetamu: Kawan2 dari Department of Biological Sciences.


Ni sebahagian dr kawan2 yang datang bersama tuan rumah.


Ini je la warga Aras 4 (Orang2 Ekologi) Department aku.
Janice, Aku, Tigga (my SV) dan Danny (pakwe Tigga).
Kebanyakan kawan2 yang sama aras dengan lab aku sedang sibuk sampling merata alam di luar US dan balik kampung masing2 (cuti kapit - kebetulan Labour Day kat US masa mggu ni).

Kesimpulan:
Bapak la penat. Tak cukup tido. Tapi syukur makanan ngam2& tak membazir sebab tetamu dibenarkan tapau apa2 je yang dirasakan best untuk anak tekak. Penat pun takpe, wat ubat windu beraya dengan keluarga .

Perkara C:
Tarikh: 6 Syawal 1432 H( 4 Sept 2011)
Lokasi Kejadian: Rumah Sendiri
02:00: Tido
06:30: Subuh.
07:00: Golek2 dan bangkong smpi 10pg. Layan anak tekak dan tido. Pergh..giler tul. Tak pernah humo aku cmni.
12.30: Idung sumbat dan bera2. (bukan beraK okeh…)
15:00: Mkn ubat & sapu vicks.
16:00: Laundry baju untuk mggu lepas. Ni pun tak sedap badan. Kepala dah PK kja sekolah yang melambak…adoyai..

Perkara D
Tarikh: hari2 selepas Perkara A, B danC.
~ Coki coki suda abes bro~ Kena pegi sekolah. =.=`

Tapi tadi (maksudnya, masuk mggu kedua syawal), aku dapat kad raya & maruku. Yey… TQ Ento Team JKNK.


Raya kali ni disambut sederhana. Tapi, apa yang wat aku windu ialah:
i) Suasana malam raya dan seminggu pertama raya dengan main benda2 ni:

Ni antara mercun & bunga api yang jadi mainan aku. Ada lagi tapi, malas la nk buh. Ni kalau sapa2 nampak gambo2 ni kat blog masing2, aku mintak izin share & modify sikit. Lupa pulak aku nk catit nama2 korang utk dikreditkan dalam entri ni.

ii) Bersalaman mintak maap & amik gambo sama2 ngan ahli keluarga yang lain:

Ahaha... tu nampak tak? Kat tepi kerusi tu ada ruang kosong khas untuk aku.So, aku selitkan jugak la gambo raya aku dengan budak kerambit tadi. Tehehe.


Aku saje jerukkan entri ni sbb nk tggu aku setel bayor utang sepanjang Syawal … baru la raya aku tambah bermakna. Kebetulan, disaat ini, aku dah jadik makcik secara rasminya… Alhamdulillah… berkembang lagi zuriat anak Adam. Akhir kata, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin untuk semua yang kenal aku (even tak pernah jumpa in-person :)). Gambor ucapan raya dan klip video kat bawah ni untuk korang.



Wednesday, September 7, 2011

KUL – DOH – IAH – LBB ( Fall 2011 )

Perenggan pertama ini adalah salin-tampal dr peti masuk MukaBuku aku.

`Alhamdulillah..dh smpi uma Lubbock, TX 5 jam yang lepas...smpi2 trus bbuka ..eheh ..ni terawikh lum wat pun lagi.skrg kul 12 tgh malam, baru nk masuk ari Senin, 22 Ogos 2011... Mata masih ikut waktu Msia daaaaaa. Masa balik, siap pakai jersi Harimau Malaya lagi..tehehehe... geng2 polis & kastam kat KLIA siap cakap `aummmm aummmm `. Maklum je lah..mata diorang pun dah rabak sbb dh jam 3 pagi. Aku je the one & only Malaysian sbb yg lain2 penumpang seme pak arab & mat salleh (amik Qatar Airways) . Tu yang datang mood rimau memasing.`

Perenggan yang seterusnya ditaip spesel utk blog ni.
Cuma masa entri untuk yang ni lammmbat sikit aku post sbb nk bg masa untuk entri Jangan Pandang Belakang stay lama sket kat mukadepan blog aku.


Guess what? Ini lah apa yang aku bayangkan dalam kepala aku masa dorang cakap Aumm Aumm kat aku masa malam berlepas tu. Ahaks :D.. comel tak aku punya imaginasi? tehehehehehe ;-)

Sungguh tidak boleh belah... Ahaks :D


Journey kali ni x de apa yang menarik pun.
Tak snap gambar pape pun – dari epot(sbb tak dan gara2 beg overweight tahap melampau sbb dorang bagi silap info kat aku.. dalam sabar2 aku, sempat jugak aku bercinabeng kat kerani Qatar Airways kt dalam ati… huhu.. bila dikenang2 semula, Astaghfirullah… sungguh xtahan dugaan tul aku malam tu), maupun dlm katebang (duk kat kepak, what do you expect? Nk suh aku bazirkan kuasa bateri & memory card aku dengan gambo memutih beserta puluhan skru2 tu? No way… :-) )

Boring? Sort of la.

Tak de mood? Hmm… Mungkin jugak kot?

Homsik? Xde la. Biasa2 jew. (*separuh tipu*)

Apa yang penting (kerjaaasama), aku sememangnya malaaaaaaassss & sangat tak suka kalau travel long distance. Lama tu... 30 -35 jam kat atas tu woo… Nak tido pun dh boring. Tambah pulak movie yang macam tak menarik perhatian (tak memasal aku nengok lagi ulangan Cicakman 2, Chalte Chalte & Kung Fu Panda). Yang best cuma Kung Fu Panda 2 dan Fast & Furious 5. Kali ni, gegaran demi gegaran dalam perut burung besi tu membuatkan aku kecut peyut (smpikan hampir2 je aku nk kuarkan isi perut aku dlm beg kertas yang disediakan )… kepulan awan keras sangat kot ...(konon2 aku tak belajar asal usul terjadinya awan & tak pernah nyanyi Tanya Sama Pokok masa sekolah tadika)...

Dasyat gila punya gegaran…laaagi le jiwa aku meronta2 nk cepat sampai kedaratan. Masa nk landing pun, pilot macam sengal..mungkin baru pes taim nak belajo landing…dia punya 1st touch kat daratan, maaakkk aiiii…macam cilanat (sekali lagi aku bercilanat dlm atii…owh… tolak lagi markah aku ketika Romodhon …tersasul jugak aku untuk menjaga ati ketika itu)… `Tapi, nk wat cmna kan? Amik ko. Dah itu yang kau pilih, terima je la… ni nak bebel pulak … bluwek`, berkata aku di dalam ati.

Pengalaman kali ni:


Amik Qatar Airways yang jd partner dengan Continental Airlines.

Perjalanan dr KL ke Doha, Negara Qatar biasa2nya.

Aku dh x terliur nak rembat gebor & bantal Qatar Airways (sbb aritu masa smpi tanahair dh siap2 aku kebas…pergh..peghak nyeee akuuu..eheh..dah jadik hobi untuk wat koleksi)… Cuma dapat travel kits yg biasa2 tu je (tooth brush, pelapik tutup mata masa tdo yang ntah apekenama, stoking, ear plug). Makanan aritu not bad ar… sbb seme lauk pauk disediakan mengikut cara Islam… ehe.. so, tak payah aku nk request Muslim Food. Apa? Aku malas? Ye ..mmg malas. Eh? Kan puasa? Masa dia hidang tu, stil dalam waktu bersahur..aku ngap je la. Pastu, dah kat destinasi lain, aku pun dh kompius nk ikut zon waktu yang mana. Hantam je la Labu oii… Berbuka je la.. Musafir.. kna la Qadha pas raya nnt.. adessss.


Ni contoh cabin crew Qatar Airways. Tang ni, mmg Ayahnda puji gile2 :-D

Sampai kat Doha, ronda2 tempat yang sama. Tak lama pun, 3 jam je. Sempat jugak rembat frame padang pasiaq yang ada bendera Qatar untuk kenang2an. Pastu amik Qatar Airways lagi untuk ke Houston (IAH). Macam biasa, aku mmg sengaja masuk Negara Pak Cik SAMdol tu ikut pintu lain. Sangat tak suka untuk guna pintu utama seperti yang aku pernah bgtau dlu.

Alhamdulillah. Smooth je masa kat kastam. Dia pun xbyk soal, tgok I20 aku, tgok passport & visa, buh 10 jari2 aku yang tak berapa runceng ni kat scanner, terus dia kata OK… Then, bab nunggu beg pulak. Debaran tak lama sebab seme beg aku cukup bilangannya.

Terus aku berkejar ke terminal seterusnya untuk Domestic Flight after dorang check-in seme beg2 aku (3 beg je..eheheh). Kali ni, aku terkecuali dr pemeriksaan beg secara rawak oleh kastam Houston. Alhamdulillah. Syukur..Babai untuk Qatar Airways sbb Continental Airlines pulak yang amik alih untuk bawak aku ke destinasi seterusnya, Lubbock.




Kat bawah ni gambaran cabin crew CA … Amat tidak selera kan? Ni yang kat kaunter tiket. Yang jadik cabin crew tu, pempuan ar. Tapi geng2 pak cik mak cik ar.. tehehehe… seperti bapak aku kata `Bukan tua, cuma sedikit krepot mekmot`. Ayahnda pun byk kutuk dr memuji..aisehh..



Hampir jugak nk terlepas katebang sbb 15 minit je katebang nk gerak dr Houston ke Lubbock (LBB).
Sekali lagi advantage kalau amik flight yang join venture sbb dorang akan tnggu jugak kita sampi depan pintu katebang even lagi 5 minit nk berlepas (walopun kat belakang boarding pass tu kata kna ada 20 minit b4 berlepas).. Memang Cool it izen ar..ahaks..

Drebar katebang tu sempat jugak merempit kat udara. Aku smpi 10minit lebih awal kat LBB. Tggu punya tggu, 3 ekor beg ( konon2 aku tak belajo tatabahasa..adik2, jgn tiru ya? ) tak muncul2 kat Luggage`s Belt. Adoyai… apa pulak prob kali ni.. dh smpi final destination, ada pulak yang sangkut. Aku wat report Lost & Found kat kaunter Continental Airlines. Staf tu kata dorang akan trace kat mana 3 ekor beg aku tu merayau & akan anto smpi depan pintu uma aku (mmg seme kompeni katebang wat cmni punnn …elehhh). Aku balik terus untuk berbuka … laporrr ;).

Tghri esoknya, sdg aku khusyuk layan jetlag, pintu uma kna ketuk dgn kuat. Alhamdulillah. Dorang jumpa seme beg2 aku tu. Dalam mamai tu jugak aku perasan ada beg aku yang ilang mangga & aku syak dorang bukak beg aku. Rasa ngantuk mengatasi debaran aku untuk tau barang2 apa yang missing dlm beg yang ilang mangga tu. Aku sambung ZZZ lagi… (huhuhuhu…ada gak yg missing, tapi xpenting pun… )

Layan jet lag je dh buang masa 3 ari. Sambil2 jetlag, sempat jugak aku:

i) tulis kad raya (kad raya terhad, so, tahun ni, sapa2 yang aku pilih secara rawak je la yang dapat kad raya… Ai em sori .. huhuhu)

ii) godak tepung wat roti jala (dalam kepala aku siap aku ternyanyi lagu Jala jala ikan, macam kat bawah ni..ehehe..ni je yang sempat aku jumpa…:P )


Ingat ke lirik lagu ni weh? Ahaks, Aku pun ingat2 lupa.
Jala jala ikan, Jala tepi pantai,
Kita naik sampan, Kerja ramai-ramai.
(Saye kunci lirik iniii.... )

iii) register online (walopun ada prob apa ntah..Admin kata aku xde Time Ticket Number sbb xtau aku grad tahun brapa…ehh? Bukan aritu dh anto ke? Siap dorang chop lagik..kesimpulannya, gomen US pun ada gak terlepas pandang & sedikit cuai macam gomen kat tanahair.. well, manusia kan?adat la tu tersilap sikit2..kolo tersilap byk tu, mau kna cilanat lg ngan aku nnt..ehehe)

Ehh..perjalanan balik ke Tanahair tak mau citer eh?
Nak jugak..tapi macam dah lama je..jeruk lagi cerita tu…ahaks..nnt2 la..(kalo balik, excited adalah di tahap langit kedelapan. Maka terlupa la terus untuk wat entri perjalanan balik dr Negara Pak Cik SAMdol ni ke tanahair... heheh).

ah? ilang?

ke mana pulak ilang seme2 setting aku ni? =.=`

Sunday, August 28, 2011

Selamat Tinggal Romadhon, Selamat Datang Syawal

Aku sekadar mahu menulis seringkas mungkin. Sebenarnya, masih berat hati nak meninggalkan Romadhon. Tapi, apa boleh buat... `Demi Masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian`... Semua orang diperuntukkan masa yang sama - 24 jam sehari, 30 hari sebulan (kalau dikira saat, lagi banyak bukan? kira la sendiri... eheh).



Aku amik gambo ni kat Rainbow Charms (thanks yee :) )

Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Dalam kalangan kuarga aku, biasanya, sentence ini silih berganti sambil tangan dijabat erat --> `Njalok ngapuro seng akeh2 nek ono salah silapey`.

Selamat Datang Syawal... Tanda kemenangan mengawal diri sendiri daripada segala macam dugaan yang dihadapi sepanjang Romadhon.

Checklist yang biasa dibuat:
Zakat Fitrah
Mandi Sunat Hari Raya
Solat Sunat Hari Raya
Sunat makan di pagi raya
Takbir Tahmid Tasbih
Sunat berpakaian yang cantik2
Ziarah sanak saudara dan rakan taulan
Puasa Qadha` bulan Romadhon
Puasa Sunat Syawal

Apa lagi ya? boleh juga baca entry rakan2 blog aku yang lain kat sebelah kiri tu untuk perkara2 yang boleh dilakukan semasa Syawal.

Ok. Semoga aku, kau dan kita semua dapat teruskan sesi latihan fizikal dan rohani sepanjang Romadhon kali ini pada kesebelas bulan yang lain. Semoga kita bertemu Romadhon lagi pada tahun hadapan, Insya Allah.

Wednesday, August 24, 2011

Masa2 kecederaan - Jangan pandang belakang!

aku amik kat iLuvIslam.


As Salam,

Sekejap je Romadhon nak berlalu pergi. Masih ada lagi peluang untuk kita mengecap nikmat Romadhon tahun ini. Pengalaman berpuasa di Tanahair kali ni sangat2 bermakna. Dua tahun lepas, Terawikh & Witir sekadar mencukupkan syarat malam2 Romadhon. Surau depan rumah, kurang 10langkah, tapi, sekali pun tak berkesempatan nak jejakkan kaki aku ke situ.

Al-maklum, keseluruhan masa diperuntukan untuk si kecil yang terbang malam.

Alhamdulillah, tahun ini, aku berkesempatan berjemaah di masjid. Ketenangan itu – ditambah dengan alunan surah2 yang mendayu2 adik2 tahfiz dan bersilih ganti dengan imam timur tengah. Walaupun aku tak dapat berbuka puasa bersama-sama lantaran kekangan tugasan yang minta disempurnakan dlm tempoh singkat, terbit satu rasa nikmat dlm diri yang sukar digambarkan – nikmat berpuasa di Tanahair sendiri.

Biasalah… suasana pasti berbeza kalau di perantauan terutama yang bercampur2 segala macam mazhab & fahaman. Peluang itu sememangnya tak aku sia-siakan.

Kini, masih ada berbaki beberapa hari bulan Romadhon. Masing-masing sibuk bermain teka-teki - Banyak2 malam, malam yang lebih baik daripada seribu bulan? Tak perlu aku nyatakan kelebihan waima fadhilat2nya, hanya cari di mesin carian, Insya Allah, pasti ketemu semuanya.

Sesungguhnya, Allah Maha Pengasih & Maha Penyayang. Who knows, Lailatul Qadr itu Allah kurniakan untuk hamba2Nya pada awal Romadhon? Lailatul Qadr itu Allah kurniakan pada pertengahan Romadhon? Atau mungkin juga pada penghujung Romadhon?

Wallahu A`klam.

Yok, tak kisah la malam apa sekalipun, teruskan dengan amalan2 & rebut ganjaran di bulan mulia & barokah ni. Masih belum terlambat.



************************************************************************************

Thursday, July 28, 2011

Mari Rebut Gegula dan Main Dam Ulo-Tangga


Aku gugel je pic ni. So, kalo anda tuan punya gambo ni, aku mnta izin untuk buh kat entri aku.


Assalamualaikum,

Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Rebutlah peluang emas ni untuk pahala & ganjaran yang sebanyak mungkin --> macam masa korang kekecik dulu, ada sukaneka yang main rebut gegula... ataupun rebut syiling dan gegula yang dilambung oleh mempelai (bukan Mael Lambung okey?) masa dtg kerja kawen kat uma sapa2 lah... Kalau main dam Ulo-Tangga, alangkah gembiranya ati kalo dapat naik tangga kan? Kadang2, sampai naik dua tingkat tangga.

Hmm...camtu la diharapkan sepanjang bulan penuh barokah ni. Rebut lah semua ganjaran2 yang dah Allah janjikan untuk kita. Di bulan Ramadhan, semenya berlipat ganda ganjarannya. Ikhlaskan hati untuk ibadah, mudah-mudahan segala amalam kita diterima Allah.

Dikesempatan ini jugak, aku nak mohon ampun maaf andai aku terkasor bahasa & terlancang kata dll sepanjang korang kenal aku. Mintak halal makan & minum aku selama ni. Kalau aku ada hutang kat korang, sila claim ngan aku secepat yang mungkin ya.

Aku tak ingat dari mana ayat ni (macam biasa, aku malas nk gugel search). Tapi, ni adalah antara ayat2 yang aku hafal macam burung tiung masa sekolah tadika berpuluh2 tahun lalu:
"Bekerjalah kamu seolah2 kamu hidup selama2nya, dan beramallah kamu seolah2 kamu mati esok hari"

Andainya ini Ramadhan korang yang terakhir...
Andainya ini Ramadhan aku yang terakhir...

Yok kita sama-sama rebut peluang keemasan ni untuk bekalan kita pada Hari Kebangkitan kelak.

Akhir bicara,

Marhaban Ya Ramadhan ...

Tuesday, July 19, 2011

Tak Kenal, Maka Tak Cinte. Tak Cinte Maka Tak Sayang… @>-

Mari memahamkan Loghat Muor – Johor.

Ni lebih kurang list kosa kata yang selalu aku guna untuk communicate dengan kuarga dan kawan2. Ini pun bercampur dah rasanya slang Muor-Jawa-Johor. Terkadang, aku guna jugak kat mana2 tempat yang aku nak, even, bercakap dengan bos pun, aku main belasah je. Fanatik ke? Eish…Tak de la aku melampau no-no. Aku control jugak sikit2. Cuma wording2 tu keluar dari mulut aku tanpa aku sedar. Hehe…

A
Air jarang – sky juice/air masak / air mati /air menrel (mineral)

Amik – Ambil

Amben – (seperti Ben 10… tapi 10 nya tu jgn disebut ;) ) - pangkin

Anu – kata perintah, terpulang pada keadaan pada masa tersebut samada si pnyuruh tu suh buat apa2 tugasan
(Cth ayat: tolong anu kan bawang tu ek..) – samada penyuruh tu suh kupas bawang ke, blender bawang ke, bako bawang ke, hiris bawang ke, makan bawang ke, dll

Apa-apa – jajan
(Cth ayat: Ayah, nanti belikan apa-apa kat orang ek?)

Appasal – singkatan untuk apa pasal / kenapa

Asam - Mangga

B
Bacin / pesing – hancing

Bak sini – bawak mari ke sini

Bantat – kuih yang terencat `pembesaran`nya, kuih yang tak `naik`

Baroh – selatan

Beduk – pukul , especially kat belakang badan

Beg Kresek – beg plastik (sebab sound effect yang kita dengar ketika beg tersebut direnyuk2 kan..eheh). Ore Klate oyat Supik Ghokghak

Belebas – bingkai tingkap

Beranda – veranda

Berbelak-belak – bertampok2 / bercapok2 macam tone kaler tak rata

Berlengas – berpeluh

Berlengging – tak berbaju (hanya untuk lelaki sahaja)

Berteromber – berlari

Bertonyeh – meleceh, buang masa

Bertotak – tak cukup tangan / tak menang tangan nak buat kerja / sibuk
(Cth ayat: Luar kelang nampak macam tenang je…sedangkan kat dalam tu, bertotak orang wat kja nk ngejor kan target)

Berutu – tongkeng ayam

Beskal – basikal

Bonyok – lembik, kebiasaannya pada buah yang dah terlampau masak, sampai ada lalat2 buah menghurung

Bopeng – malu
(Cth ayat: Aip bopeng…)- kebiasaannya untuk mengejek kawan2..hahaha (Mode: mengimbau kenangan beberapa puluh tahun yang lepas... vintage sungguh usia aku sekarang ni)

Boyan – buaian

C
Cebok / cewok – bersuci lepas buang air besar @ kecil

Cecak – cicak

Cege – (sebut cey-ger) tunggu masa je/ tunggu peluang

Cempak – campak

Cenggini – Macam ni, camni

Cenggitu – Macam tu, camtu (bukan sedara dengan camca ya? )


D
Darat – utara

Debik – pukul/ tumbuk

Dolat – Daulat – terkena padah

Dengkot – Jalan terhincut-hincut

E
Ekk – penyedap bunyik untuk org Johor.Lebih kurang macam partikel -lah, -tah dlm BM

Endut – buah ati , pakwe / makwe

Embah – atuk (huhu..windunya.. al –Fatiha untuk Embah Lanang & Wedok.. Lepot b Kasmo, Subuh bt Ali, Suratin bt Osman)

G
Gak – jugak
(Cth ayat: Orang nak gak asam tu)

Gaknye – Agaknya

Geseng – Hangus , Welldone ;)

Getol – luku kepala

Godak – kacau

Godek – try and error

Gohet – Go a head

Gonjol – bingai – Budak tiga suku yang nakal2 tapi baik

Gostan – Go and reverse turn

J
Jajan/Jajanan – sama macam Apa-Apa

Jek – membodek, kasi up (Jack)

Jemput2 – Cucur, cekodok

Jemputan – Tetamu (digunakan hanya untuk kenduri kawen)
(Cth ayat: Orang2 sekarang ni, xde dah nak rewang & kendarat, semuanya dah tempah catering. Orang2 kampung datang jd jemputan je)

Jenang – bingkai tingkap,

Jenuh – puas/bosan/

Johor – merujuk kepada Johor Bahru

Jotos - luku kepala seseorang - siku si tukang luku tu mesti bersudut tepat)

K
Kain gombang – kain pelikat

Karia - carrier (untuk bonceng beskal)

Kate` - bau lemak yang kurang menyenangkan deria hidu korang (lembut sikit dari bau peluh tengik, heheh)

Kawan – saya

Kayu rol – pembaris (dulu2, pembaris yang murah semenya kayu)

Kebatun / kematun – keras nak mamfus
(Cth ayat: Kuih ko ni kebatun lah… ko uli tak cukup air ni gaknye)

Kejam – pejam
(Cth ayat: Kolo nak main nyorok2, sapa yang jadi, dia kna kejam mata ngan kira 1 sampai 10)

Kejedot – terhantuk

Kembur – selerak
(Cth ayat: Jangan la dikembur2kan baju tu, penat je lipat dr siang tadi)

Kememe – gembeng, sikit2 nak nangis (bukan Memey Norman Hakim hokeh… :P )

Kenan-
i) berminat dengan sesuatu
(Cth ayat: Aku kenan betul baju yang dia pakai tu. Nampak terletak molek je) atau

ii) kelahiran bayi yang cacat (-ve) atau molek (+ve) sbb mak bapak bayi tu buat something masa mak bayi tu tgh ngandungkan bayi tersebut
(Cth ayat: Anak ko ni kenan benggali jual kapet gaknye, idung mancung itam manis macam benggali dah aku nengok nye)

Kencur – cekur manis

Kendarat – ahli2 rewang, especially yang jadi tukang sambut tetamu & tukang layan kat meja org2 jemputan masa kja kawen (bukan kerja2 disebalik tabir masa kenduri berlansung)

Kepaya – Betik

Kepoh – kecoh

Keria – donut kampung ( bahan utama: keladi & tak guna mak roti)

Kero – Mata juling

Keroyok – Kerumun (biasanya untuk action2 ganas macam berkelahi/bergaduh)

Ketengi – tersipu malu

Ketetel – lari seperti peluru

Kolo – Kalau

Kongajo – Kurang ajar (bukan bermaksuh Engkau Mengajar)

Kopek – Kupas

Koret2 – berbaki sikit2

Kosi – kerusi

Kota –maksudnya Kota Tinggi

Kuih tayar – sama macam keria

L
Lalok – hanyut pas kena dadah, mamai macam tak cukup tido, hanyut je rasa

Lampu cemeni – Sejenis lampu, kecik, ada sumbu, macam pelita minyak tanah tapi sumbu tu dilindungi dengan bekas kaca untuk elak terpadam ditiup angin.. nk gambo ke? Gugel je la.. nk spoon-feed je mana boleh.. (Mode: gelak kuar tanduk..)

Lecak – Becak, Lopak

Lemo – Masuk angin, Lemau. Ore Klate oyat `Liuk`

Leng – ukuran satu pot/tin susu. Segantang aku dah tak ingat bersamaan dengan berapa leng. Kolo tak silap, 1 Gantang = 12 Leng kot?

Lengit – give up dengan satu2 permainan sebelum masa tamat

Lengkong – agar2

Lesir – buang

Lincah – cepat

Lompang – ruang kosong

Lonceng – Loceng

Lopak pengsel – bekas pensil yang berbentuk kotak. Bukan bermaksud pensil di dalam kawasan becak.

M
Macam belukang – perbuatan membebel yang tak tau patah butir

Mahap – maaf
(Cth ayat: Kita mintak mahap banyak2 lah ya sebab tak sempat nk datang rewang aritu)

Main undi – main kutu

Mala – (sebut Ma- Ler) , terlampau masak

Malbari – Mamak, India Muslim, benggali pun ble jugak lah

Melengkor – berlingkar, berbaring bmalas2an seperti ular kekenyangan

Meleset2 – anak2 yang suke dekat ngan mak @ bapak. Ala2 anak manje gitu (bluwekkk). Xle nk berenggang…phuiii.. (mode: bajet muka macam Abg Long Dil yang tak puas ati..ahaks.. promo ke? a`ah.. tengok la citer yang ada kontroversi tentang along, kak ngah dan lain2)

Memeto – Membebel

Mengkor – buah yang terbantut fasa ranumnya.

Menjengkit – suke merayap secara curi2

Mentekedarah – baham, makan, melantak

Menyaso – tersasar, tersimpang dari tujuan asal

Mi kaso – Mee kuning

Mi siam – Mee Hoon, Bihun

Mohong – Bohong

N
Nako – tingkap cermin

Nesu – penat. Ni pun ala2 macam silent war lebihkurang. Saja2 nak psiko supaya orang tertentu rasa bersalah. Heheh
(Cth: Tengok tu, nenek dah nesu. Sapa suh ko beduk anak ayam dia tengahari tadi?)

Ngendeng/ngecek – mintak sikit

Ngeteh – minum teh (tapi dh ramai guna istilah ni even minum air nescafe @ milo @kopi sekalipun sebab ngeteh lagi komersial dr ngemilo, ngenescafe mahupun ngekopi)

Ngompol – kencing di luar sedar semasa tido pada waktu malam.

Nijam – singkatan untuk Ini Jam yang membawa maksud `sekarang`

Nombol – Nombor

No – singkatan untuk `benor` yang bermaksud `benar`, `betul`

No-No – singkatan untuk bebenor yang bermaksut `sangat`
(Cth ayat: Eleh, takde la panas no-no kat situ..kat akhirat sok, lagi panas)

O
Orang – saya

Oter – alter / modified / ubahsuai

P
Pakkal – mujur la, nasib la

Paing – lagi dasyat dari bau kate`. Ketajaman bau yang hampir sama dengan bau tengik bercampur pesing.


Pang Pang Alang – macam bodoh bodoh alang, orang yang jenis lupa lupa ingat

Pasal – sebab
(Cth ayat: Aku kna balik jugak untuk urusan tu pasal pegawai tu kata, aku kna tandatangan borang tu kat depan mata dia)

Pelangkong – pukul

Pelir kambing – buah (berbentuk bulat bersaiz bola Lisut) untuk pokok yang wat teduh keta dll. Hijau ketika muda dan merah ati ketika masak. Namun ia tak boleh dimakan. Ada yang panggil buah pokok Pong Pong (ada kat buku teks Pendidikan Jasmani Tingkatan berapa entah). Buah ni beracun. Jgn monyet, kita tak boleh makan buah tu ~ erk..seperti pernah ku dengar intonasi tu, ehe . Lagipun, bukan ada isi, dalamnya tu macam urat2 yang berselirat je & buah tu kebatun). Nama saintifik? Gugel la..ihihi

Pengkor – kaki x bedung masa kekecik, macam kaki yang jalan kaut la lebih kurang (org dulu2 kata, jalan cmtu jenis yang kaut rejeki, alhamdulilah)

Pencilatan – lebihkurang hyperactive yang nakal tapi bawah sikit dr level kongajo

Pingan kom kom – ada yang panggil pinggan bentul longkom. Ini bukan pinggan yang Antu Kum Kum wat makan okey? Ini pinggan yang jenis ada tebing. Hehe, paham tak? Bukan pinggan kuah tau..pinggan kuah tu, takde tebing..ni pinggan makan jaman dulu. Masa kecik2, mak aku selalu buh secubit demi secubit isi ikan parang yang dah dibuang tulangnya kat tebing pinggan tu. Mak aku kata, secubit isi ikan, makan dengan sesuap nasik. Abis ikan, maka abis la nasik. Best kan mak aku? Ehehe

Prewel – gear belakang basikal

R
Rokblok – Road block

Rewang – tolong menolong/bergotong royong untuk kenduri kendara especially untuk kerja-kerja disebalik tabir masa kenduri akan/sedang berlangsung (bukan bermaksud negatif seperti Minah Rewang) – sila tengok Maharaja Lawak Sepah Minggu 8 untuk lebih paham.. . Youtube je la, S-trok tak block pun(eh? Promote ke? Ehehe…a`ah.. promote le..hihi)

S
Saing – pergi bersama2 ke destinasi yang hendak dituju

Sajak – sesuai
(Cth ayat: Memang sajak la ko dengan dia tu. Dah macam dijodoh2kan je nampak gayanya)

Sangap – menguap, perbuatan luar kawal kalau sel2 otak kekurangan oksigen, atau jugak istilah untuk bosan menunggu

Sarap – sarapan, breakfast

Sekel – sekeh, luku,

Selebet – selekeh

Selipo – selipar

Semangka – tembikai

Seng seng – lipat tgn baju sampai paras siku untuk memudahkan aktiviti membuat kerja

Senggayut – bergayut

Stemet – bajet2 berbelanja, berjimat

Sunat – berkhatan

Suar katok – spender yang ala2 boxer kot


T
Tajak – nyangkul tanah

Takik – lukakan batang atau dahan pokok, especially untuk tinggalkan bekas seperti tiga segi (kalau dilihat dari sisi)

Telap – tempat simpan biskut

Tepung gomak – sama la macam keadaan fizikal kuih tepung gomak tu. Ala2 mekap yang terover macam wayang pekji

Terik – tarik

Terkisin - malu, ketengi

Tersentil – tersembul

Tersodok sadak – jalan kaki yang asyik tersangkut-sangkut sebab beberapa halangan

Tin - kata perintah daripada co-pilot atau penumpang lain untuk suruh driver tekan hon kenderaan
(Cth ayat: Eh, yang tengah mesdis tu bukan ke anak Paiman? Tin la kat dia)

Tindas – perbuatan untuk bunuh kutu dengan kuku ibu jari. Juga membawa maksud ketidakadilan yang berlaku kepada seseorang atau sekumpulan manusia yang oleh sekumpulan yang lain (ayat ini tidak ada bau2 politik ya...)

Togede2—together yang membawa maksud bersama2

Toler – getah paip, hos paip

Toye – muka selambe

Tutoh – memotong ranting2 pokok supaya pokok kelihatan cantik dan rimbun.

W
Wayang Pekji – Opera Cina

Y
Ye ye or – iya2 je
Yok – jom

Tak Kenal, Maka Tak Cinte. Tak Cinte Maka Tak Sayang…
Sayangi Cinte, Sayangi Muor. Boleh gitu? Peace y`all ;-)

Thursday, June 23, 2011

Apa Ada Pada Nama?



Aduhai...
Quit a long time aku tak post menda2 dlm ni. Al-busy tersangat. Plus, aku geram sbb byk entri (eleh .. dua je pun) lesap ntah kemana gara2 problem blogspot.com beberapa bulan lepas. Kawan2 lain pun dapat masaelah yang sama. Tapi, diorang seme gagahkan diri untuk buh entri dari masa kesemasa. Ada jugak yang bagi suggestion untuk set kan tarikh2 untuk entri2 yang bakal di post... Hmm.. Thanks jugak kat korang. Cuma tuan punya blog ni banyak no alasan.

Godek punya godek, tup2, aku terjumpa entri yang aku post tu... rupanya blogspot.com buh entri2 aku tu kat bulan yang lain... hampes sungguh la... nak bace kalu, klik kat sni dan sni.


Ni aku amik dr sorang kawan Banjar (Abang Jaharudin al Banjari :) ) yang sesaja buh kat Notes dlm FB nya.

~Pandai tanam bunga ros (tgn sejuk), diberikan nama Rosman.
~Pandai membaiki kereta - Karman
~Average dalam golf - Parman
~Pandai dlm penulisan - Suratman
~Gagah perkasa - Suparman
~Minat kepada muzik - Wakiman
~Pandai dan selalu bertanya - Asman
~Pandai buat kuih dan pie - Paiman
~Pakar jualan - Saliman
~Pakar pasal alam sekitar - Jasman
~Pandai melukis, tulis sajak, nyanyi lagu - Saniman
~Menjadi doktor gigi - Sugiman
~Cepat naik pangkat - Yasman
~Jadi kaki pukul dan dera orang - Deraman
~Pandai buat skim cepat kaya - Pakman (Te' Lo)
~Minat muzik Rock - Rokiman
~Pakar kunci - Lokman
~Baik budi pekertinya - Budiman
~Buat kerja ala kadar - Kadarisman
~Suka bagi orang susah - Sukarman
~Suka mengada-ngada - Ngadiman
~Dua alam - Herman
~Kalau yang kuat berlawan - Ultraman
~Pandai main daun terup poker - Pokeman
~Suka makan buah Kurma – Kurman
~Suka mengajar orang – Jarman


Apa pun, Orang Jawa memang pandai serba serbi...
Jawa pun pandai wat lawak okeh? :)... Peace y`all (tak sabor nak tengok ML malam ni)

Cuma satu je kelemahan --> Kitorang tak tahan sejuk. Hehehe

Tuesday, May 17, 2011

Belated Cikgu

Salam untuk semua.

Ntah nape, seme entri (eleh..mcm byk..padahal 2 entri je..) seme ilang... antu ayam betul la blogspot.com ni. Huhu..
Malas nk kopi pes entri2 yang ilang tu (nnt la kalo ada masa terluang yang lain).

Cuma nk ucap: Selamat Hari Guru untuk semua warga pendidik (sekolah tadika hingga lah unibesti)dan mentor2 saya. Lagu ni saya tujukan untuk anda semua :



Satu nukilan dr adik aku yang aku nk share (Incik Mehsinijap, aku kopi pes ko punye ek. Ko nk claim royalti ke, apa ke, masuk buku 555 aku..ahaha)

"Teringat masa AYAH sbg seorg cikgu... GURU BESAR SKOLAH AGAMA SG RAYA MUWO... time Hari Guru je... DENGG DENG DENGG...bunyi vespa ayah...kat pangku Vespa Ayah ada seguni berbungkus...bapak beso guni beras kt pangku ayah... aku and adik beradik terjah guni ayah.. nahh tudia ayah kuarkan dari guni beras tu.... satu persatu hadiah dari anak anak muridnya.. dari sebeso beso pasu bunga.. kain baju..kain pelekat..kopiah..kotak pensel.. maker pen.. cerek kecik..keychain...uiii sampai sekecik kecik pen pun anak murid bagi.. .. slmt hari guru ucapan ringkas.. bebetul bermakna anak anak murid ayah beri ucapan.. hadiah utk ayah..anak anak pulak yg berebut.. rzki anak cikgu beso la katakan....

SLMT HARI GURU ayah.. walaupun ayah tiada lagi.. ilmu ayah..anak murid amalkan sbg cahaya di alam barzakh ayah.. moga ayah tenang disana....amin...."

Ok... tu je lah kali ni. Mood takde sangat sebab entri asik ilang je. Entri yang ni, harap2 `melekat` lah hendaknya.

Wednesday, May 11, 2011

... A Don No Wa ...

Att: My entry`s title is in a Texan slang :)... Repeat... the title only...

Enjoy y`all ...


Ai don no wai,
U sed gud bai,
Jez let mi no u din`n go forebe mai lev,

Plis tel mi wai,
U mek mi krai,
Ai beg u plis
Ai`m on mai nis
If det wat u wan mi tu,

Nebe niu det it wud go so fa,
Wen u lef mi on det bulevad,
Kam again u wud relis mai peyn,
N we kud b leverz ageyn,

Jez wan mo chens,
Enoder dens,
N let mi fil
It izen riel det aiv bin lusing U,
Dis san wil raiz
Widin yor aiz
Kam bek tu mi
N wi wil b hepi togede,

Mei b tudey, ail mek U stei,
A litel wail jez fo a smail N lev togede,
Fo I wil syou
A ples ai no,
In Tokyo wer wi kud b hepi forebe.

Song taitel: Bulevad
(Ini bukan `Bole Chudiya... Bole kanggena...Hai me Ho gaei..Dole Sanjena...` Mode: kedua tangan mendepa, sambil angkat2 bahu)



Kredit tu: wwwLickByNeckComPO2