TEMPE
Ada satu tempat tu, TEMPE Arizona, aku lum jejak kaki lagi kat sni..ni pun masuk dalam agenda lawatan aku seterusnya dengan kawan2..Tapi, ntah bila ya? Insya Allah..andai ada kesempatan, akan aku tinggalkan bekas tapak kaki aku kat tempat ni. Aku xmo citer banyak2 sebab blum sampai lagik kat sni… Cuma, wat masa ni, yang menarik kat tempat ni of course la papan tanda dia tu (ehe..sure korang ble agak apa yang aku nk wat dgn signboard tu kan? kan?)
TEMPE yang satu lagi ni memang makanan aku …sedap wo..jg jadik makanan pilihan org2 vegan sbb sumber protein utk dorang. Papepun, aku suke ratah cmtu je.. Pastu, kalo digoreng, buh sikit dngn rempah2 + tepung + kunyit + garam. Pastu cecah pulak dengan sambal kicap..pergh. Ngam ho. Mcm biasa, kalo pak mertua lalu, aku akan ajak dia utk join sama. Pernah jugak satu ketika, kat majlis marhaban (ni adalah salah satu aktiviti Ko-K utk budak2 sekolah agama kat Johor pada musim raya posa), tuan uma sajikan kitorang dengan menu nih. Selain makan juadah raya, ni salah satu cara mendidik amalan ziarah menziarah utk mengeratkan silaturrahim antara dua generasi (guru-murid); bukan setakat mintak duit raya je tau kawan2.Duit raya tu as a bonus la kan. Kalo cikgu nk bagi, ye Alhamdulillah..murah rejeki anak murid (sbb ble bli jajan a.k.a cekedis).
Kat kg aku, tempe ni dibalut dengan daun pisang bersama ktas sokabo lama. Kalo xpun, dibalut dengan satu species daun keladi (tgok ark at penjuru atas, bhgn kanan; sengaja aku tak mo buh apa nama saintifiknya, malas nk menggugel) bersama ktas sokabo lama (Skang dh moden ar…buh dalam peket pastik..tp, yg xbestnya, ilang bau asal tempe..) dan jugak disertakan dengan daun pisang. Teringat jugak pada satu ketika, zaman aku baru nak kenal dunia, aku g mamah daun keladi yang wat balut tempe ni. Aku pun xtau nape.. Huh, apa lagi…mulut aku jadik kebas, gatal2 & terus membengkak dengan jayanya..mcm kna sengat tebuan. Merana la sekejap..huhuhu..
BAT
Walopun ejaannya sama, ia membawa maksud yang berbeza. Sebelah kiri bawah tu, permainan yang aku suka sangat pada zaman aku kanak2 ribena & zaman muda remaja. Aku sokmo main rounders…tak lengkap kalo xde BAT. Pakai kayu pape je asalkan bentuknya pipih (sokmo rembat papan kt uma yang sdg di`renovate`, eheh) & ble pukul bola tenis...tapi, nak pukul tu kna agak2 le sbb kitorang main kat kawasan uma...takut kna tingkap jiran2. Kang kalo pecah berderai, jenuh la nk menjawab. Silap2 haribulan, kitorg akan diharamkan main permainan ni. So, skil nk libas bola tenis tu mmg kna ada ar..Kna bajet2 berapa kJ tenaga yang nak dipindahkan dr hayunan tangan ke bola tenis tu & arah mana nk suh bola tenis tu melantun. As usual, kalo dh main, mana nk hengat donia..bila dengar ngauman mak memasing, barula kitorang benti main.
Then, masa zaman aku Form 4, Form 5 dan kat univ, upgrade la sikit kan…nama pun komersial la…ada yang pangil Bola Lisut. Tak kurang jugak ada yang panggil Bola Lembut..(Aww...) Then, aktiviti aku terhenti masa 2nd year sebab dh mula bz dengan assg & fieldwork.. Biasalah..Budak Zoo kan…apa lagik? Mmg bz kuar msuk zoo&utan utk memberus gigi rimau & kira bulu beruang. Then, masa aku kat bumi Labok ni, mmg ada sesi training sport ni. Tapi, sekali lagi, masa amat mncemburui aku…dan aku tak tahan sejukkk…so, aku tgok dari jauh je ar…gian tu mmg gian nk main..tapi ada komitmen lain yang lbey penting (eheh..actually..nak 1000 daya.Ye tak?).
Ok.yang kat sebelah kanan tu pulak, Bat jugak, tapi ia sejenis benda idup. Ni la permainan aku sekarang. Bila aku mula berjinak2? Hmm.masa aku Final Year undergraduate…bmula dgn tolong kawan2 then lama2 timbul minat pulak…,Pastu makin aku dekat, lama2 makin sayang..betul la org tua2 kata..tak kenal, maka tak cinta…kalo korang nk tau, kwn2 dia ni la yang tolong debungakan pokok dian (durian). Kepada sesiapa yang menjadi antu durian (seperti Cik Nor Zalipah Mohamed), mmg meroyan la korang nk makan durian if klawar ni xde. Selain daripada tu, ada jugak yang jenis makan serangga..dorang tolong seimbangkan populasi serangga kat dalam ekosistem nih. Yang paling bagusnya, it plays role as a biological pest control. Paling aku tak sangka..menatang ni la yang menghantar aku ke bumi Labok nih..I Like It.
KAKI
Saiz kaki aku dlm julat 7-8. Kadang2 cecah sampai 8 ½(main ikut suke je kaki aku nk ubah2 saiz ek?). Mana la byk choice sgt kasut yang saiz setengah2 cmtu kan? Mmg kaki aku ni jenis x masuk book agaknya. Aku tak kisah tentang harga kasut (tapi bukan la bermaksud kaki aku ni kaki duitan), kalo murah pun aku sambar je sbb, bapak la payahnya kalo nak carik kasut aku kat kedai. Kalo dalam sehari tu, lum tentu bole jumpa yang berkenan.Pattern ok, kaler cun, saiz kaki lak tak ngam.Bila saiz kaki ngam, pattern pulak macam hampes & kaler pun sengal... Ayat2 biasa yang kuor dr mulut promoter `Yang tinggal cuma saiz 5-6 je dik` ataupun, `Ni je kaler yang ada` takpun `Pattern tu dh abis`..Cuping telinga aku ni dh biasa sangat dengor ayat2 yang menghampakan ni.Huhu... Terkadang, hampir mencabar tahap kesabaran aku tau. Ayat power Cik Juliana Senawi & bondaku Zaiton Kamsari, `Itu mujur ada kaki`. Bila dengor je ayat tu, aku pun insaf terus...Betul jugak kan? Syukur Alhamdulillah sbb dikurniakan sepasang kaki yang memudahkan aku utk bergerak kemana-mana. Nak side kick ble, nak front kick ble, nak chopping kick ble, nak wat back trust kick pun ble. Just name it...nk henyak perut orang ala2 Ong Bak pun ble. Kalo aku xde kaki, kes haru jugak kan? Dengan saiz kaki aku tu, rasanya dh ngam dengan saiz muka peragut2 yang berkeliaran sekarang nih (x kira ar...segala jenis peragut..peragut beg tangan maupun peragut ati wanita...ahaks). So, awas peragut2 di luar sana. Nantikan penangan kaki aku nih pada muka kalian @ di perut kalian @ di mana2 kawasan yang kalian rasa ngilu dan sengal..Watch out...ehe.
Tapi, kt bumi Labok ni, senang la pulak nk carik yang pattern & saiz yg ngam dgn kaki aku. Ye la pun. Mungkin kaki aku ni sedikit outliers utk kaki org Asia, tapi stil dlm julat saiz yang sederhana if kat seberang laut. Kaki ni jugak la yang terpele`ot masa aku nak potong grid kat Gunung Jerai satu ketika dahulu… biasalah..kemalangan kat tempat kja..mata dah tengok kompas & memandang jauh ke depan, tangan sebelah pegang parang utk tebas pape yang ada kat depan aku untuk tanda grid then, `Praap`..aku tak perasan yang aku terpijak lubang yang dilitupi vegetation yang setinggi Sin Chan..sakit woo..awal2 tu, jalan macho je ar..tp, tak sampai 15 minit, buku lali dah start berdenyut2. Cik Nor Zalipah Mohamed & En Mark Rayan Darmaraj ada di tempat kejadian. Time itu, hanya dua benda je yang bermain2 kat fikiran aku `Alamak...abis la aku kali ni, sure kna tangguh sampling & training utk beberapa lama. Lambat la aku nk siap sampling. Lambat la aku nk p grading. Huwaaa...`. Sehinggakan aku kna p wat follow up smggu sekali utk fisioterapi kat sepital Penang..(tapi aku p sekali je…sbb masuk mggu kedua, kaki aku dh ble jalan walopun sikt dengkot).Masuk mggu kelima, aku dh ble wat side kick dengan tanpa rasa takut…yahoooooooooooo..Alhamdulillah..gembira bukan kepalang…”Aku dah dapat kaki aku semulaaaa!”
ITALY – ni kaki jugak..sama tak macam kaki aku? eheh..maleh jg nk citer bebanyak sbb aku lum sampai lagik kat tempat ni...
Aku saja je snap gambar ni. Kalo korang nk tau, aku mula simpan cita2 nak amik gambar kaki aku kat sebelah peta ni since aku sekolah menengah. Time tu belajar sejarah, cikgu Shirley Sim ajar tentang negeri Melaka yang jadi pusat perdagangan di kala Kesultanan Melayu Melaka. Tapi, kebannyakan peta seme kecik2 & kat dalam buku. Apa kejadahnya nak letak kaki aku kat buku kan? Nanti jadi benak pulak nk belajar. Then, jumpa peta Itali ni kat mural dinding bangunan sekolah & also kat pejabat En Lempoyang di Putera Yang Sangat Berjaya nun. Tapi, melampau la kan nak amik gambar dgn buh kaki kat dinding. Hilang akal ke apa? Tak pasal2 sawan pulak si Lempoyang tu. Then, masa kat campus few years ago, ada pulak dorang wat pameran Giant Map of Asia. Nah..itu dia..Akhirnya hasrat aku tercapai. Aku abadikan kaki aku kat sebelah peta nih. Hah..puaih ati aku. Moral of the story, kalo kita tak dapat arini, jangan sedey2 and rasa frust cacing kerawet (tertonggeng ler..) plus heart broken. Kalau itu dah tersurat jadik rejeki kita, Insya Allah, lama2 akan dapat gak satu ari nanti. Yang penting sabar & berdoa padaNya sokmo. Who knows kan? Allah Maha Pengasih & Penyayang & Hanya DiaYang Maha Mengetahui.
MELEK
Ni aku ternampak kat El Paso masa sesi Le Tour De Texas beberapa lama dlu. Takkan Jawa ilang di dunia. Ehe.bukan taksub sangat dengan Jawa ni pun. Jauh sekali nk bersifat Asabiyah dengan keJAWAan, tapi, seperti yang aku taip awal2 tadi le. Ejaan sama tapi maksud berbeza. Sekali pandang terasa macam nak meniru jenama Rolex pulak ek? Try klik kat gambar tu. Kat signboard tepi tu ada tulis apa jenis servis yang dorang tawarkan. At the same time masa terpandang signboard ni, teringat pulak aku kat barangan yang berjenama Abidas & Nikke yang menyerupai produk Adidas & Nike.
Kepada sesiapa yang mewarisi DNA kejawaan, anda pasti tau apa maksudnya kan? Selalu jugak aku dengor paman&bibik aku ucapkan ayat ni especially kalo bersua ketika berkunjung raya, rewang kerja kawen dan lain2 bentuk keramaian, ”Merem melek merem melek wes gedi kabeh bocah2 iki yo?” (Pejam celik pejam celik dah besar semua budak2 ni ye?).
Ehe... Sama tak? Yang ni aku jumpa kat dalam kampus aku. Kat area Student Union (yg sama fungsinya macam Pusat Mahasiswa kat USM; Pusanika kat UKM; mmm..kat UPM & UM aku tak pasti la dipanggil apa).
Ok. sekian saje bebelan aku.