Followers

Monday, March 28, 2011

Genap Lima Tahun

Al fatiha buat Ayahnda tercinta Elias bin Lepot.
(Bukan TER tak sengaja ... memang sengaja sayang dan sangat sayang)

28 Mac 2006 - 28 Mac 2011.

Genap 5 tahun tak cium pipi Ayah.
Genap 5 tahun tak rasa kasar janggut Ayah.
Genap 5 tahun tak picit kaki, badan dan kepala Ayah.
Genap 5 tahun tak anyam ketupat dengan Ayah.
Genap 5 tahun tak tengok lesung pipit Ayah.
Genap 5 tahun tak dengar dengkur Ayah.
Genap 5 tahun tak manja-manja dengan Ayah.

Aku rindu Ayah. Al Fatiha.

Ayah
Belum pun ada satu hari yang berlalu
Tanpaku mengenangmu
Terkilan hati ini
Menerima hakikat
Kau tak berkesempatan
Menyaksikan hasil perjuanganku

Percayalah ayah
Selagi hidup ini
Nasib ibu tidak akan dipersiakan
Kami rindu ayah


Sering ku tanya
Mana tujuan
Namun hampa jawapannya
Begitu pun masa
Tiada mengizinkan
Perginya
Tinggalkan semua

Perjuangan
Diperjuangkan
Demi Tuhan dia rela

Menghitung hari-hari
Mengenangkan kembali
Perginya
Bertemu Ilahi
Bilakah pasti

Ayah
Demi Tuhan ku bersyukur
Petunjuk-Nya menyedarkan kita
Meskipun dosa
Tiap hari ku pinta
Agar bersih
Semuanya

Penderitaan
Dan perjuangan
Jasamu
Tetap ku kenang

Suatu yang sedih
Bergumpal di hati
Tiada
Mampuku beri
Hanya doa terukir
Setulusnya murni
Ku pinta
Pada-Mu Ilahi
Setiap hari

Ayah
Demi Tuhan ku bersyukur
Petunjuk-Nya menyedarkan kita
Meskipun dosa
Tiap hari ku pinta
Agar bersih
Semuanya

Penderitaan
Dan perjuangan
Jasamu
Tetap ku kenang
Oh Ayah.



Kredit to: VideoPrihatin

Saturday, March 26, 2011

RESEPI RENDANG DAGING ALA2 LAB REPORT SAINS PADUAN 1992

TAJUK: Rendang Daging Lubbock Mari
TARIKH: 26 Mac 2011

PENDAHULUAN:
Abis menu kepala aku PK. Asyik2 ikan masak asam pedas, ikan masak kicap, sup ayam, kurma ayam, nasi goreng, ayam sweet sour,ayam masak sambal kari, soto, ketam masak lemak, dll. Bukak2 esbok, mata aku tengok kat tingkat atas. ¾ hanyalah ruang2 kosong. Cuma ada 2 pek daging, 1 pek kepak ayam (ada 6@7 keping), setengah bungkus nugget.

Ini adalah tanda2 nk kena tambah bekalan ayam & daging halal kat kedai .Adeh… kalo g dengan keta, jarak dari rumah adalah sepenanak nasi yang di masak kat piuk karen. Kalo g naik beskal, cepat sikit sampai kat kedai sebab terpaksa kayuh laju2 akibat dikejar dek anjing yang terlepas dari rantai yang tak di ikat kuat oleh tuan anjing).

Okey lah..Tak mau bebel panjang. Jemu dah nak makan nugget. Capai aje lah daging kejung tu, defrost dlu before PK apa yang nk aku nak buat jap g.

ALAT DAN RADAS:
Blender
Papan pemotong (dengklek)
Pisau
Kertas sokabo
Semangat untuk masak
Perut yang tak terlalu lapar dan tak terlalu kenyang
Piuk atau kuali
Sudip (oseng2)
Microwave (untuk defrost dengan cepat..kalo xde pun xpe…kuarkan 2-3jam sebelum nk start masak. Tapi, aku kan ngejor masa..kja sekolah menjerit2 dlm beg minta di kuarkan…sigh)
Sudu (untuk merasa. Jangan main cekuh-jilat okeh? Buruk perangai weh…eehe)

BAHAN A:
3 batang serai sederhana
Sparuh bawang besar (kalau bawang tu bersaiz segenggam penumbuk)
5-6 bawang merah
6-7 bawang kecik
Halia 1 cm
Lengkuas serbuk (satu sudu besar tak penuh)

1pek daging ( 1.50lb = sekati = 600g), pandai2 la nk kerat.Nnt dibasuh & ditoskan.
Santan kelapa dalam tin (amik setengah tin = setengah biji, kalo aku, aku prefer 1/3 santan drp sebiji kelapa…xsuke lemak2 sangat..lagipun, kerisik tu pun kelapa jugak kan?)

Serbuk cili (Ikut sukati je actually ..kalo nak pedas, kasi overdose. Pastu, sila lapor diri ke bilik termenung selepas 4jam mencekik. Untuk aku, satu sudu besar tak penuh tu dah sesuai dah..tak tlalu pedas..ok2 je pedasnya)

Asam jawa (2 jemput)
Kerisik 1 peket kecil (40g) – tak sesia aku beli before mai sni.

4-5 lai limau purut – sejuk beku ..ada jual kat kedai

KAEDAH:
Baca Bismillah.
Tumis sikit demi sikit Bahan A sampai naik bau dan kacau2.
Buh serbuk cili, gaul2kan (api sederhana besor) dan tunggu sehingga naik minyak.

Ceburkan (masukkan) daging dalam tumisan tadi. Make sure api sederhana.

Setelah agak2 daging dah mesra dengan bumbu & separuh kecut, curahkan santan kelapa dan gaul2kan sambil perlahankan sedikit api. Tutup piuk/kuali separuh.

Masukkan garam secukup rasa. Jangan lupa tuangkan bancuhan air asam jawa & kacau & tutup piuk /kuali separuh.

Lebihkurang macam dah pekat je, bubuh pulak kerisik & kacau sampai rata. Aku anggap rendang aku dah masak kalau:
i) Dah terbit minyak2.
ii) Rendang tersebut kelihatan pekat.

Masa ni, sesuai la buh daun limau purut (nak buh banyak pun takpe..tapi aku ni imited edition version...kadang2 ade, kadang2 xde kat kedai. Kadang2 xde transport nk g beli..eheh..so, sikit2 je ar ..asalkan ade bau udah le..).

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN:
Tak payah bubuh serbuk perasa macam Aji atau CukopRase tu pun ok. Aku cuma buh pada garam & asam jawa je. kena pandai2 balance. Nk buh gula pun boleh aje (tapi aku tak buh ar..ok je rasanya pun …). malas nk layan sgt nafsu tembolok aku ni. Lagi byk makan, lagi cepat aku ngantuk. Alamatnya, asik tido je la ni karang....Ada yang kata buh kiub ayam sebelum smpi step curahkan santan tu. Ntah apa rasa nya aku pun tak tau..anyway, ble cuba gak nih.


KESIMPULAN:
Stok makanan yang tinggal sikit sememangnya mengganggu fikiran (sehingga kan tak de mood nak buat kja sekolah)…(huhuhu alasan yang sengal untuk tidak baca buku mlm ni….. :P)



Apa lagi? Ngap la..best makan dengan nasik biasa yang panas @ suam. (Bismillah jangan lupa).
Lepas makan jangan lupa basuh pinggan & kemas semua perkakas yang telah digunakan.
Berhentilah makan sebelum kenyang. Kalau sendawa masa makan, pun berhenti lah drp makan.

p/s:gambo makanan xde beb..huhu

Wednesday, March 23, 2011

GENG TIDO LAMBAT nak join jugak!

NAMA KUMPULAN: GENG TIDO LAMBAT
KETUA KUMPULAN : AEIN [http://aeinvircute.blogspot.com/]


AHLI:
1) http://aeinvircute.blogspot.com/
2) http://fanadz.blogspot.com/
3) http://mangges.blogspot.com/
4) http://nurulainelias.blogspot.com/
5) http://serysuryani.blogspot.com/


untuk maklumat lanjut, sila lihat entri Incik Ben ini..

Haiwan kegemaran saya



Ini kucing saya.
Satu jantan dan dua betina.
Yang jantan badannya oren berbelang2.
Yang betina badannya oren coklat takde belang, berekor pintal (sedang menjilat kucing kecik).
Yang betina satu lagi berbadan oren coklat takde belang, berekor ciput (sedang memejam mata kena jilat ngan mak nya).
Yang jantan namanya Yayau.
Yang betina ekor pintal namanya Yayau jugek.
Yang betina ekor ciput namanya pun Yayau... (Yayau Jr).
Walaupun kesemuanya bernama sama, kucing2 saya tahu Yayau yang mana yang saya maksudkan ketika saya panggil `diorang`.

GAME ANTARA BLOGGER : BERMULA !

Saja suka2 join.
Buh tajuk, buh gambo.
Pastu? Publish post.
Pastu? buh komen kat blog dia.
(jangan lupa link incik ini ye)