Followers

Tuesday, March 27, 2012

... Sekolah Tadika ...




Genap enam tahun.
Sama usia kanak-kanak yang ke TAman DIdikan KAnak-kanak.
Selama itu juga ayah mendaftar ke Taman Lena Dua Tiang.
Selama itu juga kami merindui senda gurau
malah rindu bunyi jentera tolak acapkali kelopak matanya terpejam.

Aku diam.
Satu2 kenangan datang.
Kenangan belajar buat layang-layang - lidi penyapu & suratkhabar
(mak punya benang jahit jadi mangsa).
Kenangan buatkan hammock dari guni gula pasir - pokok mentega tu pun dah geseng.
Kenangan naik moto vespa - berdiri di celah handle & pemandu.
Kenangan buatkan senapang pelepah pisang.
Kenangan buatkan kuda kepang separuh siap.
Kenangan buatkan rakit batang pisang.
Kenangan baring atas riba dalam bas.
Kenangan main2 kumis.
Kenangan itu, kenangan ini.
Banyak.



Walau kemana jua kaki ini melangkah, ingatan pada Ayah sentiasa di kotak fikiran.
Hanya doa & kiriman Al Fatiha sahaja yang dapat dilakukan tatkala aku ralit dengan tuntutan duniawi yang lain.

Apapun, kehidupan ini mesti diteruskan.
Nasib mak perlu dibela.
Kebajikan mak wajib diambilkira.
Bahagiakan Mak,
Gembirakan Mak &
Curahkan bakti kepada Mak.
Apa sahaja,
Semuanya Untukmu, Mak.
Sekarang, dia lah Ibu & dia lah Bapa.

Betapa aku terasa kehilangan Ayah, Mak juga begitu,
Malah Mak pasti lagi terkesan dengan kehilangan
Teman sejoli-nya
Teman berbual-nya
Teman seperbaringan-nya
Teman seperjuangan membesarkan anak yang enam warna pelanginya.

Bukan meratap malah bukan menolak hakikat.

Sekadar melepaskan apa yang tersekat.


Kadang-kadang kita sendiri tak tahu macam mana nak terangkan rasa rindu itu.
Ia hadir dalam jiwa dengan tidak semena-mena.
Itulah rindu. Rindu itu anugerah dari Allah.
Tidak boleh disentuh. Cuma boleh merasa (Hami Asraff, 2012)


Al Fatiha utk ayah, Elias b Lepot.

Saturday, March 24, 2012

... Sejuta Memori ...

Tak nak taip banyak.
Tak perlu banyak aku bebel kali ni.
Mood puisi ada. Tapi, selang seli. Byk je tersimpan.
Ada yang hanya sesuai untuk dibaca sendiri.
Masih perlu diasah. Hehehe.

Ada blog kawan2 kat sebelah kiri tu yang mmg khas untuk memori ini.
Masing2 dengan cara sendiri untuk abadikan memori tersebut.
Tak kurang juga, Page di MukaBuku turut berkongsi suka-suka saat membesar walaupun nama bukan Johan.
Senyum dan kenyit mata.

Ternyata, semuanya merindui zaman itu - di saat itu - ketika hingus baru pandai dilap dihujung kaki baju. Hehe.

Hanya mahu tampal gambar ni:

Sejuta Memori.



(TQ Saye Epen dengan gambar ni.
Tak pasti kat mana dia dapat. Jumpa kat dalam dinding Saye Epen).






Daaaaaaaaaaa :)



Monday, March 19, 2012

~KongSi SuKa SuKi aKu~


Alhamdullillah,
Kali ini, cuma nak kongsi rasa gembira-ceria.
Sikit2 akan aku abadikan dalam ni.Ini aku pilih secara rawak.
Akan menyusul yang lain-lain, Insya Allah.
Pelan-pelan kayuh (Overexcited susah juga).
Sikit tapi berterusan.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Fynn Kata:
ranap sudah habis, malangnya.

insyaAllah akan ada reprint baru.
cuma bila-- aku tidak pasti.

maaf lambat respon.
sedang hendak hujung semester.
crunch time utk kami para educators.

kau jaga diri.
dan berseronoklah dgn ilmu2 yg mencurah.
aku cemburu gila.
kalau boleh aku hendak jadi orang pandai2 macam kau.



*
*
selang beberapa hari
*
*



Aku Kata:
Ok. Tak mengapa, Fynn.
Kalau ada reprint baru,
Insya allah itu rezeki aku.

Hujung Semester - Tak mengapa juga.
Itu dah jadi makanan
Waima Pendidik atau Yang Dididik
Masa memang macam pedang
Lelah mengejar & ada masa-masanya kita dipotong.
Adui ...

Kau pun sama.
Jaga diri & jaga tri (kasi dia gemok lagi.haha)

Ya, Aku sedang seronok mengunyah ilmu
Tapi, tak semudah itu untuk dihadam
Terkadang lekat ditekak sesudah telan
Elak tercekik, aku sumbat nasi kepal
Mata terpejam2 sampai berair, Fynn
Tak kisah lah
Susah macam mana pun, aku layankan
Asalkan dapat isinya aku hadam.

Semua orang pandai.
Aku pandai. Kau pandai.
Tupai pun pandai juga.
Dalam pada pandai tu, aku ada lagi yang kurang.
Semakin kita nak pandai.
Rupa2nya, ada banyak lagi yang kita tak pandai.
Sama2lah tolong cover, supaya sama2 pandai.

Peluk :-)


*
*
Selang beberapa hari

*
*



Fynn Kata:
AKU SUKA.

Aku Kata:
Terima KasihKu.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Mungkin yang membaca rasa biasa.
Tapi aku rasa luar biasa.
... dan aku rasa berharga. Senyum dan kenyit mata.Hehe.

Seni tak semestinya merumitkan.
Aku suka seni yang mudah.
Sampai maksud untuk hadam.

Sunday, March 18, 2012

Simpang Jujur - Dulang


Jujur. Hati lazimnya digembirakan lapang.

Jujur. Hati terkadang digores luka yang panjang.

Aku jujur – ada hati terluka, tapi aku berlapang dada.

Aku tak jujur – ada hati gembira, tapi aku sendiri rasa terhina.


Entah. Terkadang langkahku pegun di persimpangan.

Di antara jujur dan bermuka dulang.

Walaupun itu hakikat kehidupan.

Banyak hati perlu ditatang.


Akukah si naïf, di dalam perhubungan sesama insan?

Akukah si daif, di tengah kayanya nikmat persahabatan?

Entah. Sisi manakah perlu aku intai?

Aku tak sanggup simpulan terlerai.

Tak rela kasihku hancur bersepai.

Aku masih di persimpangan.

Perlu teruskah langkahku longlai?

Mengheret semangat yang sedikit terburai.

Nafasku sesak, dadaku sebak.

Entah. Benakku buntu - fikiran celaru - aqalku keliru.

Terkadang ikhlas disalah erti
... dan kejujuran dihukum benci
... ... markah yang kejam untuk si naif jujur
… … … hati-hati lain kali, jaga mulut daripada terlanjur

kelu lagi.
pandang depan – kosong, tak penuh, tak ada isi.

... biar hati berparut, kasih ini tetap berdenyut
... ... ku pegang simpan, hingga ajalku dijemput

~~~~~~~~~~~~~~~~~~
- NAEMSG, 0313-0318;
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Kawan berlaku jujur kepada kawan - hati kawan ada yang tercalar.
Kadang2 jadi punca menjeruk rasa & bermasam muka tujuh setengah keturunan, walaupun ada segelintir yang boleh terima kawan seadanya.


Lawan berlaku jujur kepada lawan - hati masing2 tak tercalar. tapi jadi sumber kekuatan pulak untuk dua2nya. Pertandingan yang sihat.

Mungkin sebab tu lah ada yang kata “pengkritik terbaik untuk kita adalah pihak lawan kita. Dia nampak kat mana kurangnya kita”.

Berbanding kawan kita yang biasanya kurang jujur demi menjaga hati kita? Habis tu, kita kena berkawan dengan lawan eh? Kawan tu cmna pulak?

Hakikat kehidupan.
Biasanya kita nak dengar apa yang kita MAHU dengar.
Walaupun MULUT kata tak apa, tapi HATI kita berkata2.
Memang fitrah macam tu eh?
Cuma nak tau dimana letak duduknya J.U.J.U.R. (=.=)"

*

*

*

*
“Berkata benar walaupun ia pahit”





Tuesday, March 13, 2012

Amir, Maafkan Aku!

Aku lazimnya jarang melenting tinggi
Tapi apabila disentuh tentang kasih sejati
Kasih antara anak, bapa dan ibu mithali
Aku dibutakan seketika
Bagai terkena panahan kilat kamera
Terpana & gelabah meraba-raba

Kini kusedar alam realiti
Merenung jauh, nun, tidak bertepi
Penting untuk aku lihat segala sisi
Sebelum zahirnya aku kunyah
Sebelum isinya aku telan
Sebelum lumat isinya dihadam
Sebelum zatnya diserap tubuh aqal

Aku sesali khilaf sendiri
Itu cliche - kalau aku katakan aku manusia kurang
Itu bohong - kalau aku katakan aku tidak terkesan
Aku akui dengan rela hati,
Aku tertampar dengan kata-kata sendiri
Pipiku terbidas dek lentik kataku sendiri
Ya. Aku silap. Maafkan aku, Amir

Kepada Perantara Si Ular Belit
Sisi positif yang aku lihat:
Tahniah kerana membuka mata si buta celik tentang rempah ratus kehidupan marhaen

Sisi negatif yang aku faham:
Tahniah kerana meningkatkan jumlah jualan dan
jumlah ulat nangka kepanasan (termasuk aku)

Sisi neutral yang aku pandang:
Tahniah kerana berjaya pesongkan fokus si buta celik tentang isu pertunangan anak si Mamak Bendahara.

Takkan aku ulas lanjut lagi
Takkan aku percaya lagi
Ku kira tamat di sini
Entahlah,
Wallahu`aklam,
Walau apa jua sebenarnya yang terjadi

Jutaan maaf juga aku pohonkan
Aku tak layak beri hukuman
Kerana, aku juga bakal dihukum ketika Hari Pembalasan
Fulsetop.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
- NAEMSG 03/13; 02:17hrs -
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

p/s: Terpedaya juga aku untuk lihat kulit buku! Apakah Ikan?







terkini,




Friday, March 9, 2012

Belacan 916 VS Emas 916

... ada kesinambungan rupanya. hehe
Aku salin tampal komen aku dalam entri yang terdahulu.



Fynn jumpa cili.

Aku pun jumpa cili.

Fynn nak siput sedut masak lemak.
Aku nak telur pindang.

Fynn cari belacan.
Aku cari bunga kantan.

Fynn rasa apa yang aku rasa.
Aku rasa apa yang Fynn rasa.

Kelaziman anak rantau - samada bertapa memenuhkan dada atau berkelana memahami budaya. Semuanya sama sahaja.
W
alaupun rangup salji yang aku pijak kat sini (bak kata Fynn),
aku rindu kunyah rangupnya hujan batu kat sana (bak kata aku).

(=.=)'


Thursday, March 8, 2012

UTUSAN DINIHARI





Encik Rindu

Kau ketuk lagi pintu hati
Hei! Kau jengah kamar hati

Apa gerangan utusan kali ini

Hmm… melankolik lagi aku hampir dinihari


Ku baca utusan Rindu:

Kehadapan,

1 - Wahai Abi – Aku rindu manis lesung di pipimu

2 - Wahai Ummi – Aku rindu gulai air tanganmu

3 - Wahai Zaujati – Aku rindu belai manjamu

4 - Wahai Akhi & Famili – Aku rindu tepuk kuntau kalian

5 - Wahai Mu`allimi & Sohibil-Qorib Wal Ba`id – Aku rindu perkongsian ilmu & hilai yang sopan


Abi & keseluruhan susur galur

Sekalung doa & Al fatiha aku kirimkan

Moga tenang roh kalian di alam sana

Aku juga akan menyusul, apabila tiba masanya nanti


Ummi,

Ku panjatkan doa untuk kesejahteraanmu

Agar bisa aku mamah lagi nasi hangat suapan tanganmu

Aku akan kembali, apabila tiba masanya nanti


Zaujati,

Ku suntik rasa cinta ini segenap tubuhku

Agar cinta suci ini kekal ke syurga, Amin

Aku akan kembali, apabila tiba masanya nanti


Akhi & Famili,

Gugusan doa aku iringkan

Walau jarang lihat kelibat

Ingatan sentiasa di hati dekat

Aku akan kembali, apabila tiba masanya nanti


Mu`allimi & Sohibil-Qorib Wal Ba`id

Doa juga buat kalian tersayang

Aku harap Bulatan itu masih Gembira

Aku akan kembali, apabila tiba masanya nanti


Aku titipkan Doa buat kalian

Di kala ini, hampir dinihari

Moga kasih sayang ini

Berkekalan sepanjang zaman.


~~~~~~~~~~~~~~~~

NAE-MSG, 02/27 03:47hrs

~~~~~~~~~~~~~~~~


Ya, tak perlu tunggu sampai esok untuk mendoakan orang2 yang tersayang