Genap enam tahun.
Selama itu juga kami merindui senda gurau
malah rindu bunyi jentera tolak acapkali kelopak matanya terpejam.
Satu2 kenangan datang.
Kenangan belajar buat layang-layang - lidi penyapu & suratkhabar
(mak punya benang jahit jadi mangsa).
Kenangan buatkan hammock dari guni gula pasir - pokok mentega tu pun dah geseng.
Kenangan naik moto vespa - berdiri di celah handle & pemandu.
Kenangan buatkan senapang pelepah pisang.
Kenangan buatkan kuda kepang separuh siap.
Kenangan buatkan rakit batang pisang.
Kenangan baring atas riba dalam bas.
Kenangan main2 kumis.
Kenangan itu, kenangan ini.
Banyak.
Walau kemana jua kaki ini melangkah, ingatan pada Ayah sentiasa di kotak fikiran.
Hanya doa & kiriman Al Fatiha sahaja yang dapat dilakukan tatkala aku ralit dengan tuntutan duniawi yang lain.
Apapun, kehidupan ini mesti diteruskan.
Nasib mak perlu dibela.
Kebajikan mak wajib diambilkira.
Bahagiakan Mak,
Gembirakan Mak &
Curahkan bakti kepada Mak.
Apa sahaja,
Semuanya Untukmu, Mak.
Sekarang, dia lah Ibu & dia lah Bapa.
Betapa aku terasa kehilangan Ayah, Mak juga begitu,
Malah Mak pasti lagi terkesan dengan kehilangan
Teman sejoli-nya
Teman berbual-nya
Teman seperbaringan-nya
Teman seperjuangan membesarkan anak yang enam warna pelanginya.
Bukan meratap malah bukan menolak hakikat.
Sekadar melepaskan apa yang tersekat.
Kadang-kadang kita sendiri tak tahu macam mana nak terangkan rasa rindu itu.
Ia hadir dalam jiwa dengan tidak semena-mena.
Itulah rindu. Rindu itu anugerah dari Allah.
Tidak boleh disentuh. Cuma boleh merasa (Hami Asraff, 2012)
Al Fatiha utk ayah, Elias b Lepot.
No comments:
Post a Comment