Followers

Friday, February 27, 2009

Le Tour de TX (Part 3 of 6)

Manyak2 sori kawan2 seme...kesenyapan aku ni ada bersebab...mcm2 hal yang aku kena uruskan. Anyway, kali ni aku postkan catatan jeruk aku lagik:

Okeh.

Sentuh pasal Terlingua yang aku citer kat sni . Apa yang special ttg Terlingua – The Ghost Town? Patut la mlm tu gelap gulita…mmg ala2 bando antu...


Ini signboard yang aku suke nengok. Tak tau la nape..


Fakta menarik Terlingua utk aku (diulang... utk aku ajer... eheh):


Asal nama tempat ni, dipanggil sebagai Lengua. Ni perkataan Spanish yang bermaksud `pertemuan sungai kecil & besar` (Terlingua Creek bertemu Rio Grande). Ada jugak yang panggil tempat ni as Latis Lengua, Tas Lengua, Los Lenguas yang membawa maksud `lidah` dan lama2 jadi Terlingua. Heh..nasib baik tak di sebut Lengkuas ek?

Tweet..nk kuar tajuk jap..Ni mirip macam sejarah kat kg aku, Sungai Abong asalnya dikenali dengan sungai yang jadi port org kampung menyabung ayam..Dulu2 ni mmg jadik salah satu aktiviti Ko-K org2 kg aku (sekarang tidak lagi...). Sungai Sabong tu lama kelamaan, jadik la Sungai Abong... Ada jugak yang kata asal namanya dari pokok Nibong
(tapi mgkin `nibong nipis` je..eheh)..Ni adalah output yang group aku dapat masa wat kajian sejarah tempatan Form 2 utk subjek Sejarah ;-)..kan Puan Syurhawati A Rahim kan? sapa lagi yg group kita eh? Pn Marfuza Omar , Puan Azniza Chainal dan Puan Mazlena Mokhtar pun join gak projek ni...ol skool..cepatnya masa berlalu ...)

Dulunya, Terlingua ni adalah kawasan lombong merkuri yang glamer.....tp, dh terbiar dan ditinggalkan sebab Chisos Mining Company dah diisytiharkan muflis. Ni pun after dorang dapat tau yang bnda ni bahaya kat manusia. By the way, jenis merkuri yang dilombong tu dipanggil cinnabar/mercury ore (Che Awe weh...hok ni buke Ore dr Planet Merkuri deh..hok ni Merkuri go laing..ahaks.)..Ikut ayat dlm buku, nama kimianya dipanggil mercury (II) sulfida (HgS). Kegunaannya? Ada info kat web yg mengatakan kalo merkuri campur asid nitrik campur alkohol ble wat bahan letopan.. memang baguih utk main perang2...chop!!!...nasihat aku...... korang jgn try kebaboomm uma sesapa plak ye.. aku tak nak bertanggungjawab kalo ada sesapa try dgn resepi nih.

Merkuri ni jg digunakan utk mewarnakan badan dalam kalangan Native America kat tempat nih (then, badan akan jadi warna merah Mak Ngah).
Ganasnyee dorang ni ek... memain dg merkuri yang mmg terkenal dgn racun tahap tengkorak. Yang aku tau, merkuri ada dlm termometer... (Weh korang… aku ni mmg berminat tul if ada bnda2 yg berkaitan dgn Native American…tah la nape..pada aku, dorang ni unik ar).. Kawasan ni kembali bernyawa setelah pembukaan Big Bend National Park (BBNP). Seme info2 ni aku dapat kat website. Korang taip je Terlingua ni, banyak info yang korang dapat..Yang aku citer ni, seme info yang menarik minat aku je ar..ada lagi info2 lain, malas la nk buh seme. Nanti, my adventure trip ni jadi mini projek kajian Geografi dan Sejarah Tempatan pulaks..ngeee…

BIG BEND NATIONAL PARK

Mukasurat depan BBNP. Sapa yang tukang amik gambo eh? =)

If dulu, kitorg p tgok batu, kali nih kitorg tgok tanah&gunung ganang pulak. Sama tapi lain.. Ghope2nya, sepanjang perjalanan dr motel ke BBNP mmg dikelilingi dgn gunung ganang... masa smpi aritu malam yg gelap gulita..mana la nk nmpak pmandangan ni..…Cantik tul semenya…`Subhanallah…Cool…`

Kitorang amik entrance yang bermula dr Terlingua dan terus ke Panther Junction Visitor Centre ..Memandangkan kitorg ni plan utk one day visit, Cik Ranjer suggest kitorg utk p mnikmati panorama kat Chisos Window Valley & Santa Elena Canyon….mmg la tak sama dgn gunung ganang kat tanahair. Kt Chisos Window Valley, dr jauh nampak highland gondol ni macam gulungan kain yang beralun2 lembut, sayup nun di sana. Ada jugak gunung2 batu yg menampakkan lapisan2 yang berbeza2 kaler lama jugak la spend masa kat sni utk mhayati btul2 kjadian alam. Nun di sana, nmpak berbalam2 sempadan US-Mexico.



Chisos Window Valley

Paling best lagik kalo tggu matari terbenam kat celah2 tingkap nih..(hehe...psssst..jgn takat tgok je..maghrib jangan lupa yer..ihiks)..masa kitorg mai nih..kul 4 ptg…xle nk tggu smpi lewat ptg sbb nk truskan pjalanan ke destinasi seterusnya.




On the way p Santa Elena Canyon, Encek Drebar tetiba stop dipertengahan jalan..Aisehhhh…. tayar keta belakang pulak bocor. Kepala otak dah PK..ni dah nak malam nih..cmna la nk tukar2 tayar nih?Ni disebabkan kitorg amik jln ala2 Camel Trophy lg utk ke sana dgn halaju yg sdikit lbey..13miles beb.. Mesti ada batu2 kerikil yang dh mencucukkan dirinya kat tayar keta nih....Alhamdulillah, dicelah2 situasi yang gawat itu, ada sorang brader cool dgn motor Harley-D lalu & offer ptolongan..sempat jugak aku jeling kat lengan dia yang besar tuh..huh `ada gaks brader H-D yg xde tatu kat lengan,` berkata aku di dalam ati..(mgkin baru join d club kot? ehe..kalo tak, dr jauh dh nampak tatu)…..tak sangka tul, rupa2nya, kat sini aku belajar cara nk ganti tayar keta.Good to knw, if pape jadik kat bakal keta aku satu ari nnt, aku ble la nk ikhtiarkan pape yg patut. Hands on pnya experience beb…Dlu2, masa aku amik test utk driving licence, blom ada lagi bnda2 nih kat syllabus JPJ & KBSM (Ko-Kurikulum Bersepadu Sekolah Memandu). Gedebak gedebuk, 2 jam jugak la nk sambung perjalanan ke Santa Elena Canyon.



Tayar yang kat bahagian seat Cik Juliana Senawi.

Adakah anda sudah menambah kilo? =)



Brader cool yang dirahsiakan identitinya (baju oren).

Muka & nama tak penting..yang penting, ati mau baik...kan? kan? kan?

Pembetulan: En Zarul Hazrin Hashim takde masalah cacing kerawit =P


Yeay..Alhamdulillah.Sampai jugak kat bebetul sempadan TX-Mexico.yang hanya diselangi dengan Rio Grande River.. ada kesan2 banjir yang melepasi paras ketinggian aku… puyyoh..kesan selut2 masih ada kat seme pokok2 yang berdekatan kawasan ni. Air sungai? `Weh..Bapak la punya sejuk air sg nih!!`, kata Cik Juliana Senawi.

Santa Elena Canyon ni adalah canyon yang tinggi berbanding Colorado Canyon..Its gorgeous dude! Kawasan ni jugak ada masa2nya kna banjir lumpur. Canyon ni pun ble didaki smpi kat puncak…ganjarannya?dapat tgok permukaan TX dr kejauhan (bagi yang bermata Sopomen, sure ble tgok lebih jauh) …hmm.sure cntik.. Kebiasaannya, ramai yang suka menyusuri sungai yang mengalir di celah2 canyon nih..malangnya, kitorg mai sekejap je… to be frank, stay 3 ari 2 mlm mmg worth it kat BBNP ni..apakan daya, kitorg suma ada masa sari je..main sep sep la katakan…


Guns Up la..apa lagik...


Pastu, kitorang berpatah balik ke Panther Visitor Centre utk solat b4 smbung pjalanan terus ke SanAntonio. Yang best tu, kat Center ni, kitorg terserempak dengan peccary, a native pig-like mammals…apa lagik? si tonyok itu ar….jugak glamer dengan panggilan Javelina..(haippp…Ianya di `pronounce` sebangai Havelina....sebut betul2…bukan Jawa ye kengkawan…itu tak sama yer...jangan korang sabotaj utk jatuhkan murtabat aku tau). Tapi, payah nk diamik gmbarnya...bukan apa..tak ckup pncahayaan..amik masa nk set utk amik gmbo mlm..then, pas setting utk amik gmbo mlm, benda alah tu dh lari ar …huhuhu.. Hewan ni katanya mmg biasa kat habitat kering yang masuk dalam kategori Gurun..


Fakta menarik BBNP:
  • Jadi salah satu International Biosphere Reserve pada1976.
  • Terletak bersempadan dengan Mexico (Rio Grande yang jadi pemisah antara US [Texas] & Mexico [Chihuahua dan Coahuila]. Mula diisytiharkan as National Park pada 1935 by President Franklin D. Roosevelt.
  • The largest protected area utk topografi & ekologi bagi Chihuahuan Desert.
  • Sg Rio Grande ni ar yang membentuk canyon2 ni cenggini rupa..
  • Tribe Native America yang mghuni area ni ialah puak Chisos Indian, Mescalero Apache (sama yang kat Ski Apache tu), and Comanche Indian (sama kat Palo Duro tu).


Cantik tempat ni. Landskapnya menarik sbb combine daripada habitat gurun & pergunungan. Gunung ganang yang ada ni seme ada simpan rahsia2 zaman purba kala selain daripada lapisan2 batu yang berlainan warna.


Cantik tak? Aku pun macam korang gak..memula tgok pemandangan ni macam janggal..sbb tak banyak pokok. Tapi, lelama tenung...cantik lak aku rasa..sbb dari renungan ala2 renungan makrifat ni, korang ble rasa kagum ngan bentuk mukabumi ciptaanNya.


Yang ni pun sama..Sila wat renungan makrifat memasing. ekekek

Big Bend bermula dgn lokasinya di dasar laut. Gerakan plat tektonik dan aktiviti gng berapi kat area ni sbbkan ia akhirnya jadik kawasan pergunungan ..and then, seluruh permukaanya terhakis dek angin dan lain2 faktor abiotik saban tahun dan jadik la Big Bend pada ari ini..tu la matapelajaran geografi kita kali ini ye anak2 sekelian.. eheh.. Yang watkan kawasan ni spesel adalah the speed of the geological changes & formation batuan yang berbeza. Santa Elena Canyon ni contoh yang jelas ar..lapisan2 batu kat sni seme mcam muzium yang simpan mcm2 citer sejarah purbakala… sgt seswai utk org2 arkeology, paleontology ..Amacam? berilmiah nyeerrr entry aku kali nih…betul2 kajian batu2an kan? ye lah..dh nama pun lawatan smbil blajar kan? :P


Big Bend National Park, TX – San Antonio, TX (+ 6jam)



Jam 7mlm, we headed to San Antonio pulak…Tup2 ada lagi border inspection kat depan..aduuuhh… teringat peristiwa mlm semalam …kali ni, situasi berbeza..4 org En Pengawal Sempadan siap dgn anjing pengesan baka German Shepard menghidu2 keta yang kitorg naiki. ` Hi, how are you doing? Where do you come from? Show me your ID please,` cmtu la mukadimah salah sorang En Pengawal Sempadan tu. Kitorg setel seme bab2 ID kecuali En Zarul Hazrin Hashim… Dia dh cuak buat kali kedua…untuk citer dgn pnoh feeling, sure dia buh dlm blog dia (LINK) pasal situasi yang pnuh debaran nih. Eheh..2 jam setengah tggu kat tepi opis En Pengawal Sempadan kali nih utk ID verification.. Lastly, En Pengawal Sempadan pun lepaskan kitorg dgn pesanan tegas `Even though you already have the State ID, next time don’t forget to bring your Passport/Visa/I-20 where ever you go in United States. When it deals with immigration, you have to show these documents. If you are found guilty because of not bring these, you will be jailed for 30 days`…Puyyoh… xsangka pulak smpi cenggitu.

Banyak tul peristiwa yg terjadi arini.. Betul kata org tua2..`Jauh berjalan, luas pandangan, banyak pengalaman`...

Keta Border Patrol.
Ni amik gmbo curik2 …if not, sure kna delete lg mcm aritu ehe.
Tak dpt nk amik gmbo opis..nnt offricer tu prasan lak


Tgok jam kt tgn dah malam bebeno..Kitorg pun blah cecepat dr tempat tu & cri stesen mnyak utk carik makan utk alas perut b4 truskan pjalanan..masuk angin dh perut seme org...Makan Instant noodle je pun..Uhuhu.. Lum sempat nk sendawa & tarik napas lega, tiba2, gedegang!!!….Masya Allah..kitorg terlanggar rusa yg tgh tbaring kat tgh jalan…tak sempat nk elak walopun cuma bawa 60mph…Hewan yang xberdosa tu dh kna langgar tp masih nyawa2 rusa when it being hit again for the 2nd time by our car . Memang gelap...bila dh dekat baru ternampak En Rusa yang malang itu...Kitorg sempat mnjerit ajer...Sdeh sangat kitorg & masing2 tersenyap skjap (walopun malaikat nombor 44 tak lalu kat situ). `Maafkan kami wahai Encik Rusa. Kami tak sengaja. Betul2 xsempat nk elak,`. Dari jauh terdengar rusa tu mngerang sakit. Aku & Cik Juliana Senawi tak sangup nk kuar keta. Sdey woo.... sbb kitorg bukan bjiwa pembunoh.huhu... Encik2 yang lagi dorang tpaksa turun utk check kot2 ada tanduk yg sangkut kt keta & watkan kitorg stranded lg kat jalan raya d tgh2 mlm buta nih. Dah le spare tyre dh xde nih...Alhamdulillah, xde pape kat keta kitorg.


Sdey bile nengok kulit En Rusa ada kat sini..uwaaaaaaa..sob sob sob.



Perjalanan diteruskan dan akhirnya smpi kat bandar San Antonio jam 5pg. EconoLodge (USD 50/nite) adalah tempat utk meluruskan tulang belakang kitorg setelah macam2 peristiwa utk arini...its a long long day ...huarghhhh....sangap.....zzz

Perkarangan parking area EconoLodge dr bilik kitorang pada keesokkan arinya.

















Wednesday, February 4, 2009

Le Tour de TX (Part 2 of 6)

El- Paso, TX – Big Bend National Park, TX.

Kitorang plan pi jenjalan sekitar El Paso, yang bersempadan dg Mexico dan if sempat nk jejak kaki kat Mexico. Tempat yang menarik sbb bandar ni dikelilingi dg bukit bukau gunung. Walopun gondol, this mountain is Subhanallah. Its beautiful...apa lagi? snap, snap & snap je la.. Lepas brunch lbey kurang, kitorang trus headed to El Paso downtown. Sempat la sesat sket2 & amik gambo kat mukasurat depan El Paso Zoo. Mmg xplan nk masuk zoo pun sbb dh check kat website yg tempat ni tutup pada Thanksgiving, 24&25 Dec dan 1 Jan...

Kitorg p kat area mbeli belah yang mbuatkan aku teringat mcm kat Chowrasta, Png @ Pengkalan Kubur, Klate @ Pdg Besaq, Perlis @ Pasar Sarikin, S`wak.. Aku suke g tempat2 cenggini sbb bley soping dg $ murah, cumanya kita kna pandai2 pilih barangan cap ayam tapi kualiti yang ok.... Satu lagi yg aku suke g tempat cenggini sbb ni la ksempatan utk aku tgok local people kt satu2 tempat...ye la..pluang nk btemu dg Org2 Kebanyakan....mcm aku...macam korang (eheh..ye ke?)..In my opinion, tu yang mgambarkan kehidupan kt satu2 tempat if nk compare dgn life Org2 Bangsawan yg idup serba lengkap (ye ker lengkap?...)


Adakah Sang Kelembai turut menegur Jeans aweks kat sni?



Menarik tak background nih?

Eheh...utk pose yang extra cun, aku buh kat fb


Tempat soping ni sebelah dengan Mexico..Sepelaung aje jauhnya...Tapi, malang sekali kitorg xdpt nk menerobos masuk ke Mexico even aku bw passport & other travel documents...sbb menurut En Faisal Ali Anwarali Khan, En Pengawal Sempadan dh bg hints--`xberbaloi la hangpa smua nk p sana sbb 15 000 org dh kna tembak takat nih`..Ayyoo...xmo la amik risiko..kang tak pasal2 kang..lg pun, gmbr2 yg di snap2 oleh En Faisal Ali Anwarali Khan semenya dh kna delete dg En Pengawal Sempadan tu..Last2, we end up dg amik gmbr kat border je..(jaaadik laaaa...)


Xle nk amik gmbr yg kat sebelah belakang En Cameraman..huhu


Pas soping, prut pun mula nyanyi mntak diisi. Ala2 JalanJalanCariMakan, kitorg jmpa satu kdai Pak Arab dg menu style Middle East. Salmon Platter..ada la nasik, 2 kerat fillet salmon & sekeping roti ala2 roti Naan (huhuhu..tringat make roti ppaye blake HRPZ II, KB..sdak nyoo la..). Tak sempat nk snap gmbo makanan sbb dh lapo bebeno... Bismillah & ngap & nyam2 & burps & Alhamdulillah...(ehe...kebuloq weh...) Menurut Pak Arab tu, 1 batu dr sni, ada masjid yang besar sbb ramai gaks Muslimin & Muslimat yg dok kat El Paso nih. Yeay...cpt2 kitorg byr bil utk trus mnuju ke masjid.


Maaf yer..gmbo makanan xsempat nk amik..sedar2 pinggan dah `clear` =)


Fullamak..cantik seh masjid tu...besar gak ar if nk cmpare dg Islamic Centre kat Labok, TX...bangunan masjid ni dibina kat celah2 bukit yang gondol tu rupa2nya. Sempat la kitorg solat bjemaah dg saudara2 Islam yg lain sebelum meneruskan acara paparazzi... Malam tu, ati aku sedikit tersentuh. Suara itu pernah aku dengar... suara yang mengepalai solat maghrib mlm tu. Lenggok gaya & intonasi sejibik style arwah ayah mengimamkan kitorg if solat bjemaah kat uma...mmm..rindunya aku saat tu...Al Fatihah utk ayah..........



Fakta El Paso yang menarik perhatian aku:


El Paso ni agak unik sbb ia terletak diantara 3 negeri – Texas, New Mew Mexico & Chihuahua..(ehe..aku br tau kwujudan nama tempat ni ..ingatkan anjing je nama cenggini..). Bandar ni terletak bersebelahan dengan Rio Grande River (if tak silap, kalo dialihbahasakan..ianya jadik The Big River...sbb..Grande tu if kat label baju..maknanya sais L..so..besaq la kan maksudnya?) dan jadik sempadan antara US & Chihuahua/Mexico. Nama lain bagi bandar ni ialah The Sun City dan merupakan bandar yang yang ke-enam terbesar kat US (apa kes la aku buh fakta yang skema lagi membuhsankan inih?)

Kat tempat ni, ble nampak gunung ganang (Franklin Mountain kat sblah US & Juárez Mountains kat sblah Mexico) yang gondol tapi cantik..seswai dgn suasana dan climate kat snih..Aku terbayang je kalo Banjaran Titiwangsa kat tanahairku jd gndol serupa ini…(hmm..yang ni xseswai…apa kes hutan hujan tropika jadik gondol..nnt tak le nk apply bab strata hutan hujan tropika… understorey, canopy etc…alamak..stop stop..ni bukan matapelajaran Geografi ye kwn2..sowiii...)


Kehidupan kat El Paso dgn background Franklin Mountain.



Fakta menarik Masjid kat El Paso (dikenali dengan nama The El Paso Islamic Center):


Masjid terbesar dan sangat tersususn organisasinya di sini (kebanyakan dari Libya dan Syria).

Pak Imam yang mirip intonasi bacaan bapak aku namanya Sheikh Yaser Issa. (Hmm..korang mgkin rasa macam xpenting je..tapi, utk aku penting wooo...Al Fatihah utk org2 yang kita sayang ...)

Menurut buletin yang sempat aku sambar kat celah2 box utk pamplet mesjid, pada tahun 2004, mesjid ni terima satu ancaman untuk musnahkan bangunan ni. Ancaman tu datangnya daripada kumpulan anti orang Islam. Beberapa bulan selepas tu, seorang lelaki ditangkap sebab melontarkan 2 bijik botol yang berisi bahan api utk membakar mesjid ni. Cubaan lelaki ini ternyata gagal selepas botol tu xmeletop. Rupa2nya, lelaki ni la yang anta emel mengancam utk membinasakan masjid ni sekiranya tawanan perang di Iraq tak dilepaskan...Mak ooiii..kna `tempias` jugaks ghopenya mesjid ni ye...


Kump Nasyid dari Texas Tech University



Jgn le wat pandangan menjelekkan...
Tengok bebetul, ingat senang ke nk jumpa blik air
yang ada paip beserta toler kat perantauan nih?
Baru la aku bley Qadha` Hajat dg tersenyum...ehehe.



El Paso, TX – Big Bend National Park, TX (+/- 6jam)


After that, we headed to Bid Bend National Park. Macam2 jadik sepanjang pjalanan ni. Mula2, keta kitorg kna tahan dgn Mr Police Trafic. Alasannya, keta kitorg brada di wrong lane.. Kaching!..itu kertas warning sudah kluar daaaa...sempat la En Drebar kna ceramah dg Mr Police Traffic. Sempat jugak amik gmbar ktas warning tu..cuma, lupa nk bgambar dgn Mr Police Traffic masa dia serahkan ktas warning tu kat En Drebar...(eheh..saja nk carik pasal ke? kikiki).



Then, beberapa jam pastu, kitorg lalu kt kawasan pemeriksaan utk seme kenderaan....Border Checking..gegegege...... En Pengawal Border mnta tunjuk Visa&lain2 travel documents. Cuma En Zarul Hazrin Hashim je la yang cuak sbb dia cuma bw driving licence&student ID jer...Nyaris jugak En Pengawal Border suh dia overnight kat situ utk ID verification...tp, atas budi bicara En Pengawal yang muda lg baik ati (good looking&ensem cikit2 je..sbb tu idung aku xbdarah), dia lepaskan kitorg sbb kitorg muka budak baik2 je..aisehh...selamat..Alhamdulillah..


Pastu, kitorg pun teruskan pejalanan ke BBNP..aloh laaa....glak glemak...tak dok lapu jale...tok napok gapo2 pung...cuma harap kat lampu keta je...menjajau jugak nk carik motel masa2 Chrismass Eve nih..byk yg tutup dan dh pnoh ar..Nape x booking awal2?..ehe..separa ad hoc pnya cerita beb..(baru la ada feeling adventure & thrill...)...tersodok sadak jugak la smentara nk jumpa motel yg stil beroperasi di kala jam 12.30mlm ke atas pada tarikh 25 dis..sempat jugak la wat acara ala2 Camel Trophy smpi jumpa jln yng diselangi dg creek/anak sg (Terlingua Creek)..tak brani nk nyemberang sbb dh tgh mlm..dibuatnya tayar sangkut kat tengah2 creek tu, xpasal2 kna tdo dlm keta..uish...aku jaga je mulut aku spy xclupar sgt...maklom ar..memalam buta cenggitu kan..kat tempat orang pulak..seram le jugaks...xmo la adventure yg cmtu kn? carik punya carik, jumpa jugaks la uma tumpangan yang dibagi nama El Dorado Motel...USD 70/nite..kira ok la tuh..Jam 2pg dah pun...Bdn pun dh pnat& apa lagi? Masing2 xsabo2 utk bukak kilang taik mata....zzz


El Dorado Motel. Acam kelako je signboard hotel kan?

Wah..ni amik gmbo pada keesokkan ari.

Masa smpi malam tu, tak nampak apa pun..

Erk?!..Ghost Town?! Ble caye ke hotel nih? huhuhu.


...ceritera selanjutnya...(tunggu aku pnya masa yang lain lak ar)....