Followers

Monday, September 3, 2012

~ Welcoming new member in my life ~




Ini basikal saya.Model basikal saya ialah Panama Jack.
Kod warna untuk basikal saya ialah Butterscoth .
(oh.sedapnya roti Gardenia yang bernama ini.ok.ini iklan :P).

Basikal saya merupakan basikal prewel mati yang diberi sentuhan vintage, sesuai dengan kecenderungan saya mendengar siaran Klasik Nasional - Menggamit Kenangan.
Ia setanding dengan basikal fixie pada zaman sekarang.
Ini adalah galang ganti basikal gunung saya yang dicuri di depan mata housemate beberapa minggu yang lalu.
Walaupun poket saya berlubang, saya pasrah je lah. Ini keperluan untuk mobiliti saya di sini.
Saya optimis, semoga ada ganti yang lebih baik untuk saya pada masa hadapan. Amin.





Trauma basikal dicuri masih berbekas di dalam hati. 


Maka, haruslah yang bau kedai ini disimpan di dalam rumah, setiap masa.

Yang best, carrier belakang boleh extend.
Kesimpulannya, basikal ni memang sesuai untuk penunggang dan pembonceng yang errr ... wink wink wink. Hihi

Bila ada benda baru, rasa mcm baru masuk sekolah semula. Hahaha.
Well, ini la perasaannya kalau mula2 sekolah (walaupun dah bbrp minggu dah ).



Tunggu la nnt bila dah pertengahan semester dan hujung semester.
Nak lumpa dengan lipas kudung pun tak nyempat2.
Blog? entah. Sama ada menten atau tumbuh pokok menerung.
We will see how it goes.
This coming Nov, aku ada pekse besor. Gila punya besor. Kalah viva thesis tau. Huhu
Tadi dh kompom tarikh.
12 Nov - 16 Nov 2012 - Writing Exam
30 Nov - Oral Exam

Besor rahmat kalau aku ble lepas halangan ni.
Kiranya 80% tujuan aku berkelana ni akan terlaksana.
Doakan aku ble jawab dengan jayanya. Insya Allah. Amin


Saturday, August 25, 2012

~ Alhamdulillah ~

Aku tumpang gembira.
Dia dah semakin pulih & sihat.

Alhamdulillah.


pic crdt: Fynn Jamal


"hiduplah arjuna beta

biarkan jasad yang luka

selama tuhanmu ada

takkan engkau tercela"




 Aku tak jemu walaupun ini edisi mentah.




Friday, August 24, 2012

SakitRumah. Sikit je. Y(^_^)Y



Pic crdt: google images

Rindu ini bersama kenangan itu.
Sekali sekala balik kg, selama2nya nak stay di kg.
Tempat jatuh lg dikenang,
Inikan pula kg di mana Gua disunatkan. ;-)Tempat jatuh lg dikenang,
Inikan pula tempat Aku melahap xtoleh kiri kanan.
Tempat jatuh lg dikenang,
Inikan pula tempat Saya faham psahabatan.
Tempat jatuh lg dikenang,
Inikan pula tempat Gua siul2 ank dara orang.
Tempat jatuh lagi dikenang,
Inikan pula tempat Aku ushar ank truna orang.
Aku-Saya-Gua -- kini diulit kerinduan.
Sampai ketemu lagi -- Mak, Taulan, Teman, Kutu, Member.
Kita ketemu lagi -- Bos!
***


~NAEMSG 0825;0003hrs ~

Wednesday, August 22, 2012

Back to School_ Fall 2012



Dulu,

Pergi SKBB2 untuk beli kelengkapan sekolah,


Buku latihan dan buku rampaian (beli yang mana perlu je),


Berkampit2 beg plastik,


Nasib baik pergi dengan vespa Ayah,


Aku punya, Adik punya, dan Adik punya,


Seharian aku kerjakan buku2 tu semua,

Balut plastik – buku teks dan buku rampaian,

Bila otak semakin bijak,

Aku balut plastik untuk buku teks je,

Buku rampaian aku cuma letak salotep setiap penjuru... Ahaks,

Hari pertama, belum ada jadual waktu,


Beg pun ringan – bawa satu buku latihan je,


Kasut sekolah putih bersih, siap dengan setokin,


Baju sekolah dah siap gosok,


Dalam kepala, cuma satu je,


Tak sabar nak jumpa kawan2,


Super duper excited.


*********

Sekarang, 

Hehehe…. Sendiri paham le, kui kui kui,

Mungkin dah sampai limit,

 Sang malas mula menyelubung,

Aku tepis, terkadang tersandung,


Sembah tabik pada yang di hujung usia,


Tinggi semangat penuhkan dada,


Aku yang dipertengahan usia,


Hampir lelah separuh dada,


Terima kasih dengan doanya,


Hanya itu yang aku ada.


I promise to myself,

This is the last time,

I will do my best,

Nantiku pulang cemerlang,

Kertas gulung itu aku kaler terbang.







GO TECH - GUNS UP!






Beg sekolah &kasut yang tak pernah berganti sejak dulu.

Hanya beli buku latihan sebiji. Ala kadar. Hihi


Beskal aku dulu, kini dan selamanya. Pernah kena curi gak sekali.
Kaler yang sama juga aku ganti. Kena ada plat no jugak. Aku pilih GUNZ UP. Kalau la JPJ izinkan aku buat plat kenderaan macam ni, kan best... :-)




*hai. entah kenapa setting abis lari. Malas la nak repair2. =.=" *





=============================================
Latest info: Basikal kesayangan aku kena curik. Ngam2 sehari lepas aku snap gambar ni. Adoyai. Dugaan btol.
Dengan situasi kewangan yang semakin meruncing, kena pulak spend pitis untuk beli basikal baru. Ingatkan nak ala kadar je untuk Back to School kali ni.
Erm. Tak apalah. Allah Maha Tahu.
Ya Allah, Kau gantikan la dengan sesuatu yang lebih baik untuk hambaMu ini, Amin.
23 Ogos 2012

============================================

Sunday, August 19, 2012

Raya Koboi 1433H - 2012M

Lets the pics and vids do the talk :)

Two days before Eid ... Kemarok sikit2. Hehe

.
-sijawayangberlagakdivakoboicelup-

More pics... 

 Masih rasa janggal dengan encik pakcik ni. Nama dia pun masih belum lekat dalam ingatan. Hihi.


 Petang ramadan di sini dengan takbir raya di sana.


Tunjuk benda2 disebalik tabir, baru le namanya reti memasak.
(padahal, lupa nak snap hidangan lengkap sebab dah bertukar jadi piranha jadian 
sebaik sahaja azan maghrib berkumadang  (-__-)"  )


Just after Hari Raya Prayer.


Memang tersangat paham perasaan warga Kemboja, Nepal, Bangla, dan lain2 warga asing di Malaysia ketika hari raya. Tak ada rumah saudara mara, maka, aktiviti lepas raya haruslah ambil gambar berlatarbelakang scene yang dirasakan menarik untuk buat poskad. Nasib baik Lubbock tak ada rondebot untuk amik gambo sambil letak dua tapak tangan kat dagu. Hehe

Macam biasa, untuk kesekian kali, ambil gambar kat oreo ni. 


Background bendera Texas Tech Univ dan salah satu mascot kebanggaan TTU.


 Kak Has & Abg Din ajak makan juadah raya sebelum acara Rumah Terbuka.
Aku sental roti jala puas2. Lemang aku tak sentuh. Elergik dengan santan, pulut dan nasi. Tiga benda ni akan sebab kan aku mabuk tido di hari raya. Aku dalam proses kawal kalori di hari lebaran.Hihi


 Sebahagian tetamu yang hadir. Ni awal lagi. Dah tak larat tahan ngantuk masa ramai tetamu datang.
Kamera pun terus dilupakan.


 Petang raya pertama ada jamuan di Lubbock Islamic Center. Recycle baju raya tahun lepas.
Baru 4 kali pakai, so consider baju raya lagi. Lagipun, nak mecingkan dengan hembeg koc tu. Hohoho.


 Pagi tadi makan juadah Melayu/Malaysia. Petang makan juadah Arab/Pakistan. Terbaekk.
Kalori? Ermmm.. apa tu? Nama spesies kelawar ke? Hihihi.


Penjuru kiri atas: Pak Imam bersama seorang kanak2.
(Hafaz keseluruhan surah al-Mulk - agaknya la. dah lupa ..hihi).
Bawah: Antara tetamu yang hadir. Ada lagi kat dalam video.



P/s: ada 2 video nak upload. Tapi dah sejam tak lepas2 . Aku pos yang ni dulu la ek.








Saturday, July 21, 2012

------- PAUSE -----







Jujur dari dalam hati
Tika manis tamar menyapa lidah
Tika masyuknya karipap sardin menerjah halkum
Tika hangatnya teh o panas terjun ke perut
Tertanya khabar saudara kita di sana

Lapar mereka yang tiada bermusim
Kenyang itu telah lama berpergian
Atau mungkin
Telah lenyap dari kamus seharian

Sedangkan aku
Menghitung bilang jam di tangan
Merangka-rangka menu di pasar Ramadan

======================
NAEMSG- 0721; 1940hrs
======================


Wednesday, July 18, 2012

Bakti Arjuna Fitri



Dia bukan pencetus nestapa

Dia suci tidak berdosa
Arjuna si pemanah
Pemanah hati aku 
Pemanah hati kau – mereka – kita 
Menusuk hati semua 
Dengan panahan kasih sayang


Juna
Si wajah suci yang keramat 
Membuat hati kami terikat
Segera sembuh, wahai anak
Agar kami tak lagi cuak
Agar bonda kembali gelak


Syukurku pada Ilahi 
Hadirnya Bakti Arjuna Fitri
Kau tunjukkan bukti
Masih ramai yang peduli
Yang diduga -- tidak bersendiri


Aku percaya
Selepas Juna nanti
Tangan-tangan yang telah memberi
Masih lagi sudi berbakti
Meski bukan nota berangka yang dihulur
Memadai bingkisan doa dari hati yang luhur.
-----------------------------------------------------------
#siyes aku windu gelak belacan kau, Fynn. Mari, nak peluk lagi# :')



Bakti Arjuna Fitri


Sunday, June 3, 2012

# ai het yu pengintai! #






Facebook
Yang hilang ditemukan
Yang jauh didekatkan
Yang asing dikenalkan
Silaturrahim terjalin
Maka, perhubungan berkekalan.

Acapkali

Yang dekat direnggangkan
Yang retak dibelahkan
Yang manis ditawarkan
Maka, perhubungan terhilangkan.

Facebook

 Media jumpa kawan, rakan dan taulan.
Medan jumpa lawan hingga terbang kata yang sopan.
Pojok untuk si pengintai yang takkan tembel mata penglihatan.

Sendiri nilai - sendiri faham




#
ai het yu pengintai!#

#sedang melihat sisi2 buruk di Facebook. Kadang2 terasa seperti mahu dikahakkan sahaje, tapi sayang laptop ni.haha#

Wednesday, April 25, 2012

100 patah kata

Semasa sekolah rendah, saya pernah bermain `game` Western Bar. Ketika di Tahap Satu, saya gemar dengan permainan `Nama, Negeri, Binatang, Buah, Benda` selain daripada bermain Bingo dan mengumpul koleksi anak patung kertas yang ditandakan pangkah di bahagian belakang kepalanya. Selain permainan PepsiCola, Tutup Botol dan Batu Seremban, saya juga melibatkan diri dalam permainan Happy Family, Snap serta Daun Terup Tepuk. Ketika di Tahap Dua, saya lebih fokus kepada `outdoor games ` seperti Guli, Galah Panjang Cap Kipas Udang dan Bola Hempuk. Walaupun saya rajin bermain di dalam dan di luar kelas, saya dapat menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh guru.
==================================================================

Ternyata. Banyak lagi yang perlu ditulis. Tapi, cabaran 111 patah perkataan memang susah sikit. Yang di atas tu, aku mampu 100patah kata. Atau, akan jadi esei yang panjangnya entah berapa patah kata. Hehe.

Ini gara2 aku nak hadiah comel (kalau berjaya le).
http://www.contengconteng.com/2012/04/majlis-pelancaran-siri-buku-conteng-di.html



Kalau tak berjaya pun tak apa. Yang penting, aku suka permainan ni. Epik !!!









Thursday, April 19, 2012

... Tak tau tajuk sesuai ...

INI SERIUS PANJANG. MALAS NAK PECAH2.


BAHAGIAN 1:


Dua lagu ini.
Rasa hati Ayahnda.
Rasa hati Bonda.

Ibu - Ayah.
Tinggi harapnya.
Tulus doanya.

Mahu Anak - ditimang girang.
Mahu Anak - dikucup sayang.
Mahu Anak - tersenyum lapang.

Apapun jadi - Anak dibela lindung.

Jangan Anak - tercalar kulitnya.
Jangan Anak - robek hatinya.

Aku rasa sayup2.
Nun, jauh ke dasar hati.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NAEMSG - 0419 - 2254hrs.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


BAHAGIAN 2:

Ilham datang tatkala menghayati bait2 lirik yang dua ini:
1 - Anakku Sazeli (P. Ramlee) - Kuanggap itu suara hati Ayahnda.
2 - Anjuna Beta (Fynn Jamal) - Kuanggap ini suara hati Bonda.

Kenapa baru sekarang?
- Setiap yang jadi berpasang2. Ada Yin, Ada Yang. Ini lengkap - Ayahnda Bonda. Nyata jelas kandung fahamnya.

Tabiat aku sejak lama, yang mungkin tak terlihatpandang di depan mata:
-Hadam untaian kata, kelak nanti menyusul dendangnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

BAHAGIAN 3:

Suara Hati Ayahnda - Anakku Sazali

Anakku Sazali dengarlah
Lagu yang ayahanda karangi
Sifatkan laguku hai anak
Sebagai sahabatmu nanti

Anakku Sazali juwita
Laguku jadikan pelita
Penyuluh di gelap gelita
Pemandu ke puncak bahagia

Andainya kamilah kembali
Menyahut panggilan Ilahi
Laguku sebagai ganti
Dijiwamu hidup abadi
Menjagamu wahai Sazali

Anakku Sazali dengarlah
Lagu yang ayahanda karangi
Sifatkan laguku hai anak
Sebagai sahabatmu nanti

***

Suara hati Bonda - Arjuna Beta

tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular--
bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata--
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

BAHAGIAN 4:

Ya. Seperti yang aku katakan. Dendangnya menyusul dari belakang.
Senyum.


Lagu 1: Tak perlu tajuk. Sudah sedia tahu, bukan? Hehe





Lagu 2: Mentah yang belum betul2 masak. Tapi, tak apa. Mentah pun aku selesa.



====================== TAMMAT ===============================

Sunday, April 15, 2012

... Apakah Ikan? - Apakah Neraka? ...

Tiba2 macam ada idea yang datang.
Gara2 sekumpulan yang bergelar MAHAsiswa. Phui...

*************************************************

Mana santun, Mana budi.
Wahai Anak, kau ini, ajarnya kurang ya?
Kemari kau, aku beri cukup ajarnya.

Mana aqal, Mana fikir.
Wahai Anak, kau ini, mindanya dangkal ya?
Kemari kau, aku sambung panjang aqalnya.

Suara yang dilaung, tak cukup lantang.
Sudah tahu siapa dalang.
Hanya tepuk air di dulang.
Sudah2lah Anak, panggil rakanmu, bersurai pulang.

Aku, si tua pembayar cukai.
Ayah Bonda kau, pembayar cukai.
Adakah kau juga membayar cukai, wahai Anak?
Jangan bikin malu Ayah Bonda.
Imbas kembali janji kau kepada mereka.
Jangan bikin malu sanak saudara.
Imbas kembali betapa bangganya mereka.
Jangan bikin malu Tok Penggawa.
Imbas kembali, harapan beliau `tuk kau berjaya.

Hak berhimpun, hak semua.
Ya, Dataran itu hak rakyat.
Rakyat adalah kerajaan.
Kerajaan adalah rakyat.
Aku juga rakyat, wahai Anak.

Adat bertandang – memberi salam & meminta izin.
Adat berhimpun – memberi salam & meminta izin.
Apakah kau sedar hak2 pembayar cukai yang lain?
Sudahkah kau minta izin aku & lain2 pembayar cukai untuk kau berhimpun?
Di situ perlunya permit, wahai Anak .

Aku - pembayar cukai.
Majlis Perbandaran - pengumpul cukai.
Kuasa izin aku berikan kepada Majlis.
Di situ perlunya ikut peraturan.
Andai izin diberi Majlis,
Aku juga akur dengan permintaanmu, Anak.
Berhimpunlah Anak, sebebas yang kau mahu, asalkan tiada keganasan.
Apakah kau sedar situasi ini, wahai Anak?

Andai IQmu panjang sejengkal,
Usah kau duga lautan dalam.
Usah kau pertikai Rukunegara dan juga Perlembagaan.
Nah, ini tisu,
Aku berikan kau, wahai Anak.
Lapkan dahulu, lendir kuning di alur hidungmu.

- Aku merenung panjang -

*******************************************************





Ye ke Hujan Emas? Tipuuuuuuuuuuuuuuu!

Sapa kata negeri orang ada hujan emas?
(Buat2 tak paham peribahasa. Hohohorlicks).

Mari belajar kajicuaca secara ringkas.
Hujan batu diistilahkan sebagai `hail` oleh orang2 kajicuaca.
Ini bukan Hail Amir (wajah kesayangan hamba. hehehe).

`Hail`
ialah sejenis kerpasan yang terbentuk dari ketulan2 ais yang terbentuk daripada awan kumulonimbus.

Kerpasan ialah lembapan yang terpeluwap ke udara dan jatuh semula ke bumi sebagai hujan, salji atau ketulan ais.

Awan kumulonimbus ialah kepulan awan yang tebal & kelihatan bergumpal padat. Kebiasaannyamembawa hujan dan ribut beserta kilat dan petir.

Hujan Batu bersaiz kacang (Diameter: 1/2 inci ) menandakan kelajuan angin beserta ribut petir yang berkelajuan20 batu sejam.

Hujan Batu bersaiz 20sen syiling Malaysia (Diameter 3/4 inci) menandakan kelajuan angin lebihkurang 40batu sejam.

Hujan Batu bersaiz bola golf (Diameter: 1 ¾ inci) menandakan kelajuan angin lebihkurang 55 batusejam.

Hujan Batu bersaiz bola softball menandakan kelajuan angin lebih kurang 100 batu sejam.

Ok. Biar gambar menceritakan semuanya. Aku ulas sikit2 je.



Ini bukti bahawasanya negeri orang pun hujan batu.

Nasib baik ada duit seposen Malaysia yang boleh dibuat perbandingan. Hehe.

Ini laluan ribut petir & hujan batu pada Sabtu 14 April 2012, 10.35 malam
(
waktu Malaysia, Ahad, 15 April 11.35pagi).
Bintang merah adalah lokasi rumah kitorang.




Tak lama lepas tu, angin ribut pulak yang menderu2 (tiba2 nak nyanyi `... dari jauh bunyi menderu2, rupanya angin yang bertiup kencang.. lagu darjah 3 kot? haha. ada selingan di sini). Daun2 yang masih hijau kat pokok pun tercabut & bersepah2 kat luar rumah. Tak sempat nak snap gambar sebab macam tak menarik sangat (malam).

20minit lepas ribut petir & hujan batu berlalu.

Ini laluan ribut petir & hujan batu pada Sabtu 14 April 2012, 10.55malam
(
waktu Malaysia, Ahad, 15 April 11.55pagi). Dah beralih sikit lah laluannya.
Bintang merah adalah lokasi rumah kitorang.





Ini keadaan cuaca masa entri blog ni ditaip
(3pagi, 15 April 2012, Lubbock = 4petang, 15 April 2012, Malaysia).



Ini ramalan kajicuaca sepanjang 5 hari.
Sekarang musim bunga. Tapi tak sempat nak bergambar.
Sibuk macam lipas hilang satu kaki. Huhu.
Belanja gambar yang ambil kat website je la ya? Hehe.

*************************************