http://www.contengconteng.com/2012/04/majlis-pelancaran-siri-buku-conteng-di.html
Followers
Wednesday, April 25, 2012
100 patah kata
http://www.contengconteng.com/2012/04/majlis-pelancaran-siri-buku-conteng-di.html
Thursday, April 19, 2012
... Tak tau tajuk sesuai ...
BAHAGIAN 1:
Dua lagu ini.
Rasa hati Ayahnda.
Rasa hati Bonda.
Tinggi harapnya.
Tulus doanya.
Mahu Anak - ditimang girang.
Mahu Anak - dikucup sayang.
Mahu Anak - tersenyum lapang.
Apapun jadi - Anak dibela lindung.
Jangan Anak - tercalar kulitnya.
Jangan Anak - robek hatinya.
Aku rasa sayup2.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NAEMSG - 0419 - 2254hrs.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BAHAGIAN 2:
Ilham datang tatkala menghayati bait2 lirik yang dua ini:
2 - Anjuna Beta (Fynn Jamal) - Kuanggap ini suara hati Bonda.
Kenapa baru sekarang?
- Setiap yang jadi berpasang2. Ada Yin, Ada Yang. Ini lengkap - Ayahnda Bonda. Nyata jelas kandung fahamnya.
Tabiat aku sejak lama, yang mungkin tak terlihatpandang di depan mata:
-Hadam untaian kata, kelak nanti menyusul dendangnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
BAHAGIAN 3:
Suara Hati Ayahnda - Anakku Sazali
Anakku Sazali dengarlah
Lagu yang ayahanda karangi
Sifatkan laguku hai anak
Sebagai sahabatmu nanti
Anakku Sazali juwita
Laguku jadikan pelita
Penyuluh di gelap gelita
Pemandu ke puncak bahagia
Andainya kamilah kembali
Menyahut panggilan Ilahi
Laguku sebagai ganti
Dijiwamu hidup abadi
Menjagamu wahai Sazali
Anakku Sazali dengarlah
Lagu yang ayahanda karangi
Sifatkan laguku hai anak
Sebagai sahabatmu nanti
***
Suara hati Bonda - Arjuna Beta
tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular--
bonda takkan berundur
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata--
ambil yang sarat duri
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda
hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela
nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa
Ya. Seperti yang aku katakan. Dendangnya menyusul dari belakang.
Senyum.
Lagu 1: Tak perlu tajuk. Sudah sedia tahu, bukan? Hehe
Lagu 2: Mentah yang belum betul2 masak. Tapi, tak apa. Mentah pun aku selesa.
Sunday, April 15, 2012
... Apakah Ikan? - Apakah Neraka? ...
Gara2 sekumpulan yang bergelar MAHAsiswa. Phui...
*************************************************
Mana santun, Mana budi.
Wahai Anak, kau ini, ajarnya kurang ya?
Kemari kau, aku beri cukup ajarnya.
Mana aqal, Mana fikir.
Wahai Anak, kau ini, mindanya dangkal ya?
Kemari kau, aku sambung panjang aqalnya.
Suara yang dilaung, tak cukup lantang.
Sudah tahu siapa dalang.
Hanya tepuk air di dulang.
Sudah2lah Anak, panggil rakanmu, bersurai pulang.
Aku, si tua pembayar cukai.
Ayah Bonda kau, pembayar cukai.
Adakah kau juga membayar cukai, wahai Anak?
Jangan bikin malu Ayah Bonda.
Imbas kembali janji kau kepada mereka.
Jangan bikin malu sanak saudara.
Imbas kembali betapa bangganya mereka.
Jangan bikin malu Tok Penggawa.
Imbas kembali, harapan beliau `tuk kau berjaya.
Hak berhimpun, hak semua.
Ya, Dataran itu hak rakyat.
Rakyat adalah kerajaan.
Kerajaan adalah rakyat.
Aku juga rakyat, wahai Anak.
Adat bertandang – memberi salam & meminta izin.
Adat berhimpun – memberi salam & meminta izin.
Apakah kau sedar hak2 pembayar cukai yang lain?
Sudahkah kau minta izin aku & lain2 pembayar cukai untuk kau berhimpun?
Di situ perlunya permit, wahai Anak .
Aku - pembayar cukai.
Majlis Perbandaran - pengumpul cukai.
Kuasa izin aku berikan kepada Majlis.
Di situ perlunya ikut peraturan.
Andai izin diberi Majlis,
Aku juga akur dengan permintaanmu, Anak.
Berhimpunlah Anak, sebebas yang kau mahu, asalkan tiada keganasan.
Apakah kau sedar situasi ini, wahai Anak?
Andai IQmu panjang sejengkal,
Usah kau duga lautan dalam.
Usah kau pertikai Rukunegara dan juga Perlembagaan.
Nah, ini tisu,
Aku berikan kau, wahai Anak.
Lapkan dahulu, lendir kuning di alur hidungmu.
- Aku merenung panjang -
*******************************************************
Ye ke Hujan Emas? Tipuuuuuuuuuuuuuuu!
Mari belajar kajicuaca secara ringkas.
Hujan batu diistilahkan sebagai `hail` oleh orang2 kajicuaca.
Ini bukan Hail Amir (wajah kesayangan hamba. hehehe).
`Hail` ialah sejenis kerpasan yang terbentuk dari ketulan2 ais yang terbentuk daripada awan kumulonimbus.
Kerpasan ialah lembapan yang terpeluwap ke udara dan jatuh semula ke bumi sebagai hujan, salji atau ketulan ais.
Awan kumulonimbus ialah kepulan awan yang tebal & kelihatan bergumpal padat. Kebiasaannyamembawa hujan dan ribut beserta kilat dan petir.
Hujan Batu bersaiz kacang (Diameter: 1/2 inci ) menandakan kelajuan angin beserta ribut petir yang berkelajuan20 batu sejam.
Hujan Batu bersaiz 20sen syiling Malaysia (Diameter 3/4 inci) menandakan kelajuan angin lebihkurang 40batu sejam.
Hujan Batu bersaiz bola golf (Diameter: 1 ¾ inci) menandakan kelajuan angin lebihkurang 55 batusejam.
Hujan Batu bersaiz bola softball menandakan kelajuan angin lebih kurang 100 batu sejam.
Ok. Biar gambar menceritakan semuanya. Aku ulas sikit2 je.
Ini bukti bahawasanya negeri orang pun hujan batu.
(waktu Malaysia, Ahad, 15 April 11.35pagi).
Bintang merah adalah lokasi rumah kitorang.
20minit lepas ribut petir & hujan batu berlalu.
Ini laluan ribut petir & hujan batu pada Sabtu 14 April 2012, 10.55malam
(waktu Malaysia, Ahad, 15 April 11.55pagi). Dah beralih sikit lah laluannya.
Bintang merah adalah lokasi rumah kitorang.

*************************************
Tuesday, April 10, 2012
... Patah Yang Pecah ...

====================
tiang hati itu dipatahkan
rangka roboh ranap semua
... ... ...
kaca hati itu dihempaskan
berselerak kepingnya satu dunia
... ... ...
luka itu disiram cuka
perah limau, siram calarnya
... ... ...
perit sakitnya
pedih ngilunya
sendiri merasa
Saturday, April 7, 2012
... Sangsi - Bayaran Sepi ...
Sepi… Sepi… Sepi.
Sesudah sepi berlalu pergi.
Sangsi itu membontoti.
Adakah itu bayaran jujurnya hati?
Hati yang dikecilkan - Apa boleh dibesar-kembungkan?
Hati yang digoreskan - Apa mungkin ditutup calar-celanya?
Apa mungkin sama dengan gores-dan-menang?
Yang nantinya dapat ganjaran.
Celaka-lah Sangsi itu.
Sangsi itu jarum – Hati itu belon.
Sangsi itu - pisau jujur.
Sepi.Sepi.Sepi.
Siapa endah? Siapa ambil pusing?
Apakah perlu sebuah penjelasan?
Atau serah kepada Pak Mat si Penjual Topi.
Kau soal – Aku balas.
Aku soal – Kau sepi.
Kau sepi – tak ada apa-apa.
Aku sepi – ada apa-apa.
Usah segera lompat kepada kesimpulan.
Aku di alam sedar – bukan halusinasi.
Muak terkeseng2.
Lelah sendiri mengheret soal.
Perigi cari timba, itu nanti tuduhnya pula.
Tanya-Soal-Tanya
Kukira itu desakan yang rimas.
Lelah – penat – kesal bertanda tanya.
Keputusan kuambil.
Tunggu-dan-lihat.
Ada – aku masuk.
Tak ada – aku keluar.
Cuba untuk tidak kejam.
Tarik nafas sambil mata terpejam.
Cuba telan sesudah mamah.
Bukan mahu kalah.
Lebih baik beralah.
Terkadang alun amarah bergetar.
Dada ombak berdebar.
Tahan. Sabar sampai mati.
- A`uzubillahiminassyaitonirroji
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NAEMSG, 03:05, 0407
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Thursday, April 5, 2012
Negative - Neutral - Positif
Bior gambor yang berkate-kate.
Nasi panas + Ikan goreng + Kicap Kipas Udang = Osem tahap langit kedelapan, okeh!
Senyum tanda senang hati.

Sisi Neutral yang aku lihat:
Macam dah jadi biasa pada keluarbiasaan ini.
Mujur 6 - 7 jam jaraknya dari kediaman aku.
Pun begitu, aku seram juga tengok liputan ni. huk huk.
Sisi Negatif yang aku lihat:
Hasil kurang makan & kurang work out. Ohemji...
Serius makan pun tahap biasa2.
Ada ke Spring Weight Gain instead of Winter Weight Gain?
Mahu BMI unggul & build up stamina again!
Tunduk & Peluh menitik.
Sunday, April 1, 2012
... Harga Sayang ...
Hargai apa yang dimiliki - sepenuhnya.
Bukan separuh, tapi penuh.
Andai direntap hilang,
Andai ditiup lenyap,
Sekurang-kurangnya kita tidak terkilan.
Kerana kita pernah ada rasa.
Kerana kita pernah ada tanda.
Walau mungkin sedikit pedih.
Tapi, sekurang-kurangnya kita tidak terkilan.
Jika hanya separuh – yang tidak penuh.
Pabila hilang - kita terkilan.
Pabila hilang - kita tertekan.
Pabila hilang - mencari kesal.
Menghargai untuk sedia dengan kehilangan? - Bukan.
Harga bukan wang ringgit.
Harga bukan duit.
Memiliki bukan membeli.
Menghargai milik bukan menguasai milik.
Ya. Harga itu yang aku maksudkan.
Bukan usul, bukan cadangan.
Persiapan menelan hakikat kehidupan.
Kelak tidak terlentang di tengah jalan.
Meratap raung kala dipagut si gagak hitam.
Hargai apa yang dimiliki - sepenuhnya.
Bukan separuh, tapi penuh.
Sekurang-kurangnya tidak semua rasa pahit itu ditelan.
Tidak pula pahit itu dikulum sepanjang zaman.
Agar `tika ditelan pahitnya kehidupan, ada juga manisnya di celahan liang.
Sayangi apa yang dimiliki.
Jangan penuh – tapi hanya separuh.
Andai direntap hilang,
Andai ditiup lenyap,
Sekurang-kurangnya kita tidak terkilan.
Masih ada separuh sayang untuk teruskan nafas.
Teruskan kehidupan tanpa lemas.
Hargai yang penuh – untuk manusia.
Sayang yang penuh – kepada Pencipta.
Sayang yang penuh – kepada KekasihNya.
Sayang yang separuh – untuk manusia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NAEMSG 17:02; 03/07
~~~~~~~~~~~~~~~~~~

