Followers

Friday, October 23, 2009

DULU, KINI DAN SELAMA2NYA

- SCHOOL SPIRIT –


Entry kali ni ala2 layan blues ar. Musim retro untuk aku.



Jata tu saje je aku letak..nak penuhkan ruang. Nak letak bendera nnt, korang kata aku fanatik lak… Korek punya korek, ini je la yang ada. Maklum aje..time ni tak tau amenda itu kamera & apa nilainya kenangan. Aku tak pasti sekolah ni ada lagu sendrik atau tak. Seingat aku, tak pernah la pulak nyanyi. Dulu ada gak nyanyi lagu nasyid byk2 (sambil memegang kedua belah tapak tangan lalu di bawa kesebelah rusuk kiri/kanan). Yang paling aku ingat ialah lagu sepohon kayu ^_^

Masa ni dah kenal kamera, tapi masa tu aku lum ada kamera mampu milik. So, tumpang ehsan kamera2 orang lain ar.




Masa ni dah banyak gambar2 dah…cuma amik gambar dari majalah sekolah ar..gambar cikgu2 sekolah aku amik dr website sekolah aku le...Bukan apa..niat aku murni..nak tolong glamer kan cikgu2 & kawan2 aku kat blog nih…;-)




Oh ya…di kesempatan ini, aku jugak nak ajak ex-SDAR/ex-SEDAR sama2 lapangkan sket jadual idup korang pada tahun depan, 6 Mac 2010 utk reunion kat sekolah kita ni. Maklumat lanjut boleh didapati kat mukabuku Sek Men Dato Sri Amar Di Raja.



Masa ni jangan citer ar. Berjilid2 album gambar. Kamera pun dah mampu milik.....hasil ikat perut satu semester...itu pun, kamera yang pakai filem...jaadik la..






Ucapan khas untuk cikgu2 saya:

Untuk semua cikgu2 yang telah mendidik, membimbing mahupun yang mengajar saya selama ini; samada yang masih hidup atau yang telah kembali ke pangkuan Ilahi (Al Fatiha):

Terima kasih atas ilmu yang cikgu2 halalkan, terima kasih atas ilmu2 yang diberi, dari semudah ABC dan Alif Ba Ta, sehingga ke peringkat teratas ilmu Pengamiran mahupun ilmu Organic Evolution yang di tahap kayangan.

Hanya Allah s.w.t yang dapat membalas jasa cikgu2 semua. SELAMAT HARI GURU. Hari-hari guru selamat. Amin.

Kami guru Malaysia, berikrar dan berjanji …la la la la la…(mmm..kawan2 yang dah selamat jadik cikgu, tolong nyanyikan untuk aku ek…)



Ucapan khas untuk kawan2 aku:

Segala2nya aku ungkapkan dengan dua lagu kat bawah ni. Lagu ni aku suh Casey & Kak Jee nyanyikan untuk korang. Hehe.. Tapi aku malas nk post kat sni..korang fusssss fusss yu tiup la sendrik ye? Pada aku, lagu tu tak penting...yang penting, lirik. Hayati bait2nya. Aku berharap ikatan persahabatan ini berkadar langsung dengan peningkatan umur kita. Kawan, Sahabat, Teman dan Member - Dulu, Kini dan Selamanya. Keep In Touch!



Seribu Impian

Disenjakala begini

Teringat kembali

Teman-teman lama dahulu

Yang pernah sama mengharungi


Pahit dan manis dirasa

Sehati sejiwa

Tak mungkin ku lupakan segala

Saat suka dan duka

Susah dan senang kita bersama

Rentasi rintangan yang ada

Tiada sempadan yang memisahkan

Kasih sesama kita walau badai tiba

Seribu impian pernah pun kita bina

Demi masa depan...

Tenggelam jauh dalam khayalan

Di buai alam mimpi


Kenangan lalu menjelma

Teringat kembali

Di ketika bergurau senda

Mesranya kita bersama

Seribu impian indah menghias jiwa

Bagaikan permata...

Setinggi langit biru, mimpi kita

Abadi selamanya..




Dari Kaki Tangga Ke Menara

Peruntukkan secebis dari masamu nan terluang
Mengimbasi kembali suka duka masa nan silam
Ditempuhi bersama setiap cabaran yang datang
Pengalaman yang pahit dan manis tak terlupakan

Dari bawah setangga ke setangga kita mendaki
Kita jatuh terluka dan bangkit melangkah kembali
Dengan rasa percaya pada keupayaan diri
Tiada yang mustahil dihadapi

Demikian kebalnya ikatan kita
Demikian eratnya jalinan rasa
Keyakinan diiringi doa
Begitu percintaan kita
Sebati dengan cita-cita
Merancang kehidupan hari muka

Aku gembira menyaksikan
Kau beroleh kejayaan
Dulu di kaki tangga
Kini di menara

Jangan kau lupa masa silammu
Dan mereka yang membantu
Moga tak kau abaikan
Amanah dan kewajipan




Monday, October 5, 2009

SOMEBODY CALL 999… IT`S FIRE BURNIN`

Nampak gayanya Sean Kingston lambat sangat nyanyi lagu tu.Sebenarnya, lebihkurang doploh tawon lalu, aku dah pun menyanyikan lagu tu dengan versi lagu kanak-kanak ribena:

“Rumah terbakar panggil bomba, Bomba datang berlumba-lumba, A - Ain, B – Budak, C – Comel, Ain Budak Comel” (Hehehe…bila lagi nak masuk bakul kan? Lagipun, aku memang comel pun...ekekek..).


Tak sangka, lagu tu menjadi kenyataan. Tgh mlm tu, aku dapat sms dr adik aku ‘Akhirnya umah embah tinggal abu. Maghrib tadi terbako mak kata. May be mat gian kot. Esok kita balik amik gambo reramai. Uhu’. Aku terpempan 0.000005 saat. Ye ke ni? Aku berkata2 dalam ati. Tak puas ati, aku baca smula sms adik aku tu. A`ah. Betul lah. Aku bukan bermimpi.

Uma embah terbako! Terbayang macam tragedi Bukit Kepong. Marak api, kepulan asap dan jingga langit. Sepantas kilat, semua memori aku kat uma tu terbayang kat kepala aku. Flashback semua kenangan masa silam. Uma tu tempat aku membesar dari saiz tapak kaki aku lebar 2jari sehingga umur 5@6 tahun, tempat aku bermain air banjir dengan rakit batang pisang yang ayah buatkan, tempat aku main lumba lari dengan adik aku sambil menghentakkan kaki sekuat2nya kat lantai papan uma embah, tempat aku tengok embah bagi ayam makan kat ambin, tempat aku main masak2 di perdu pokok rambai yang merimbun daunnya, tempat adik aku kejedot semasa malam raya hinggakan bertanda kat dahi hingga kini, tempat aku belajar naikkan layang-layang buatan sendiri, tempat semua sepupu sepapat dan lelain sedara mara berkumpul xkira musim raya @ x, tempat aku mula2 belajar imbang badan kat beskal, tempat aku mula2 tido kat hammock kampung yang ayah buatkan dari guni gula 50kg, tempat yang ada buah pokok marjerin (bentuk serupa macam persimmon, tapi warna merah hati dan kulitnya seperti baldu, isinya rasa mcm buah epal, sedap kalo buh dalam esbok dulu sblm makan), tempat aku adik beradik ehem2 kat lantai papan yang ajaib uma embah, oh..uma tu mmg penuh dengan kenangan. Tak terluah dengan perkataan. Jauh di sudut ati, sedih yang teramat. Tapi, aku redha dengan ketentuan Ilahi. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui.

Rumah usang itu,

Masih berdiri di situ,

Sarat cerita di dalamnya,

Al kisah pusaka keluarga,


Biarpun rangup dimamah anai-anai,

Hingga rabung musnah terkulai,

Biarpun rakus diratah api,

Hingga tumbang menyembah bumi,


Namun, aku pasrah,

Harta dunia seketika cuma,


Pun begitu,

Kenangan nan manis, tragedi yang pahit,

Bersatu menjadi pelangi memori,

Senantiasa abadi di dalam sanubari,

Kupahat kukuh dalam ingatan,

Kan kukenang sepanjang zaman,


Embah : Atuk

Ambin : Pangkin

Esbok : Peti ais, Ice box (",)


Musnah semenya.


Peti surat yang ayah buat satu ketika dulu.



Jadi bahan berita pulak.


Hmmm...


Friday, October 2, 2009

SELAMAT HARI RAYA


Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir Batin
kepada semua kenalan walau di mana jua anda berada.
Selamat bergembira di hari lebaran.
Al Fatiha kepada semua yang telah tiada.

Sunday, August 30, 2009

Le Tour de TX (Part 6 of 6)

Texas A&M University, TX – Dallas, TX – Lubbock, TX.
28 Dis 08 (Ahad)


Sebelum bertolak ke Dallas, Cik Roslinda Rosli bawa kitorg jln2 sekitar Texas A& M University at College Station. Biasala kan….misti nk wat Guns Down kat univ org lain... (ni En Faisal Ali Anwarali Khan punya objektif ni.aku tompang sekaki jee..)


TAMU- Dallas amik ms 3jam. Ni pnutup trip kitorg kali nih. Singgah sat kat Dallas utk benti makan (for sure terliur dg menu kat restoren makanan halal sekitar Dallas). Tapi, matlamat utama ialah nk cari bahan makanan halal... Kitorg p kat kedai yang namanya World Food, Dallas (haippp...bukan kedai cawangan Mawi okeh?)..maka, jumpa la jugak pizza, turki, daging, ayam, burger, nugget etc yang semenya halal...pendek kata, mana2 makanan yang susah nk jumpa kat Labok, TX ni, kitorg borong sakan la. So, bli ar utk stok 2-3 bulan

Gedebak gedebuk, ini perut nyanyi suda. So, kitorg menuju ke restoren ala2 Pakistan/India sbb En Faisal Ali Anwarali Khan sudah pun biru mukanya kerana tak dapat makan kari utk jangkamasa yang lama (kna la jaga ati drebar... nnt dibuatnya drebar majuk, kang kitorg xle nk balik Labok pulak...ehe). Jumpa la satu kedai yg nama Bismillah International Grocery..ni grocery plus restoren (ehe.walopun hanya ada 2 biji meja je kat tempat nih)..Chicken Baryani 3.99usd (gambar takde sbb kamera tertinggal kat keta..lapor punya pasal la nih).....hehe..ble la korang bayangkan kebahagian En Faisal Ali Anwarali Khan bila dpt menu nih...`Lengkapla trip kali ni sebab dapat makan Biryani`..tu je la yang aku dgr berulangkali dr mulut dia selain dari suapan demi suapan yang diselangi dengan ayaq teh dengan kepekatannya aku jangkakan sebanyak 50Molar....bole jadik sembelit sehhhhh...

Kat Dallas ni jugak la first time aku nampak highway yang kna bayor tol... Spesel gak namanya.... Ia dikenali sebagai The President George Bush Turnpike (PGBT) (more info kalu, Gugel je ..sure ada punye..aku maleh nk taip ..)…kat plaza tol ni bayar 1USD je..yang paling kelakornya, main campak je syiling kat peti tu sbb mmg xde org yg jaga...
Perjalanan Dallas ke Labok, TX ni amik ms 5-6jam if non stop..Kitorg smpi uma kul 3.30pg. Aku? membuta aje lah sbb prut knyang. Lepas campak brg2 lebih kurang, aku smbung tdo smula smpi sok pg (pastu baru terperasan Samosa yang kitorg bli lupa nk buh dalam peti ais…lembik siyot..mujur tak basi.ehe..aku balut semula dengan kulit popiah…sayang wo makanan…ekekeke..nasib baik tastenya sedap lagik).

Then, pada dua ari berikutnya, En Zarul Hazrin Hashim pulak teruskn pjalanan solonya utk balik ke Starkville, Mississppi (sure blog dia lagik panjang sbb tambah 14jam pjalanan utk balik ke uma dia dr daerah Labok nih)…itu pun, setelah melengkapkan agenda Winter Tripnya utk kali ni...(ehe..apa lagi kalo bukan pekena roti canai mamak kat depan uma kitorg ni...mamak nih mmg sungguh baik ati sebab sedia tapaukan belen2 roti canai – juga yang diuli dengan pnnoh kassey sayyang buat En Zarul Hazrin Hashim..mana nk carik mamak yang baik ati cenggini kat perantauan...tangkap sayu tau...kan Cik Puan Nur Qasdina Jeeta Abdullah kan?)
Kali ni, xde fakta menarik utk Dallas. Sebabnya, kitorg x p ronda2 kat Dallas pun (simpan info utk agenda trip yang berikutnya). Banyak abiskan masa utk rest & bersantai aje (setelah beberapa ari menabur2 uang ikhsan dr En Lempoyang di serata NM & TX). Walo cmna skalipun, aku ada sket fakta TAMU utk share dg korang.


Nama Lama: Agricultural and Mechanical College of Texas

Nama Sekarang: Texas A&M University (`A&M` dh xmemberi maksud Agricultural & Mechanical dah. Ia cuma dikekalkan utk memperingati sejarah on how it started... ni info ni aku dapat kat website gak nih. Cik Roslina Rosli, please correct me if I`m wrong. Eh..korang…aku rs, ni sama la kes macam UiTM … small I tu stand for Institute Teknologi MARA..kan Pak Din kan?)

Nama glamer yang lain: A&M, TAMU,

Nickname: Aggie

Mascot: Reveille VIII

Kaler: Maroon & Putih

Pose istimewa dengan mascot TAMU.
Yang ni if pegang pun xpayah nk samak...eheh


Yang menarik utk diri aku tang official mascot TAMU ni If UT guna hewan jantan, A&M pulak guna hewan betina...A female dog…(bab jnis2 breed anjing ni aku kurang paham sikit). Cik Puan ni la satu2nya hewan yg dibenarkan untuk masuk mana2 bangunan kat dlm kampus ni. Menurut Cik Roslinda Rosli, sekiranya Cik Puan Reveille menyalak kat dalam kelas, sesi kelas tersebut akan dibatalkan (tapi, jarrraaang jarrrrannnng nk terjadik la kannn..macam banjir kat Labok, TX ni..setiap kali ujan, seme org bdoa supaya kampus banjir sbbnya kelas akan dibatalkan...heheh..sapa yg xmo coti free..). Satu info yang aku baca kat website, si Reveille ni ada henpon sendrik beb..(aku yg dh hampir setahun kat sni pun lum ada henpon US ...nape? ada la sebabnya...)..Bukan takat tu, walopun Cik Puan Reveille x pinjam buku library & x nek bas g Walmart (mcm aku kt Labok ni), dia ada gak Student ID sendri (ye ke Cik Roslinda Rosli? Andai benar bagai dikata, aku respek tul kat maskot hang... wallaweh..unik tul mascot utk TAMU …toing toing ...aku tabik spring ar..).


Pose menarik gue yang lain? Loh...kamu liat aja di FB gue

(sila bc semula dg intonasi Kris Dayanti =) )


Maka, lengkapla episod Le Tour de Texas aku kali ni. Walopun termasuk jugak sket kat New Mexico...kira cincai la tu yer.




Slagi tak kenal, slagi tu la xde rasa jatuh cinta kan? Tak kira la..nk bcinta dgn orang ke, bercintan dg Maha Pencipta ke, bercintun dg alam sekitar ke...That`s why kbanyakan entry ni aku selitkan sket fakta2 yg menarik perhatian aku:


  • as a catatan perjalanan aku to share with y`all..
  • something to be remembered as kenang2an utk aku spanjang mrantau kat tempat org...sok lusa, anak cucu cicit cuit aku ble baca kat blog aku nih…wakakaka
  • mjadikan aku lebey mngenali bumi TX...
  • lbey menyanjungi kekuasaan Ilahi (exspecially tgok org yg mcm2 jnis, scenary yg Subhanallah cantik sgt2 & amazing d El Paso&BBNP...khadiran umat Islam di bumi US..walopun berbeza tahap kemancungan idung, macam2 jnis bahasa, beza amalan dlm mazhab; semenya punyai halatuju yg sama, kepercayaan yg sama...sujud dgn pnuh rs ksyukuran&pnuh rs rendah diri pada Allah swt..sob sob..trasa diri ni kerdil...haippp,xde la smpi kerdil acam katun Smurf tuu okeh?)..
  • lbey paham apa itu kjasama dlm kumpulan (especially masa sesat, tayar pancit, carik motel etc) …ehehe…macam lagu Wonderpet tu ar…Kami tak besar dan kami tak kuat.Apa yang penting? Kerjasama…dan jugaks
  • lebih mewindui tanahair as well (ececece..patriotiknye akus..)





Alhamdulillah. Semenya selamat walopun serba mak neka pristiwa yang kitorg lalui. Seronot campur letih campur serabut tgok baju kotor (plus stokin yg superb mambu neh) ..uhuhu.. banyak nk kna basuh tuuu... campur PK utk sambung lagik kja2 kat lab aku nih sebelum kelas Spring start semula pd 7 Jan 09 (wooo ..lamanya citer aku nih terperap ek?)...Di kala ini, di saat menaip citer ni, aku tgh cacamarba sbb PK mcm2..hmm biasa la kann...jiwa dlm mood cuti..jasad memberontak nk suh sambung kja2 lab...angin M.A.L.A.S sedang melanda diriku inih...tolong tolong... huhuhu...(tu ar..dulu dah keja, gatai nk p mngaji..dah gomen suh mngaji, malas pulaks =) ).


Total mileage kitorg: 2041 miles

Total kos gas + minyak enjin + contigency: USD 350

Total kos makan + penginapan + sewa peralatan ski + bayaran2 tiket : USD 800.

Overall cuma USD 300 utk sorang. Hmm..not bad la kan....

Bab soping souvenir ke, gift ke, apa ke..tu sendri2 pnya bajet le (Besau piuk, besau le kerak nyeeee...eheh..mecing ke dgn peribahasa nih? ahaks...)


trip setrusnya..ke kutub utara..ngeee (amacam Cik Juliana Senawi?)


***********