Tiba2 macam ada idea yang datang.
Gara2 sekumpulan yang bergelar MAHAsiswa. Phui...
*************************************************
Mana santun, Mana budi.
Wahai Anak, kau ini, ajarnya kurang ya?
Kemari kau, aku beri cukup ajarnya.
Mana aqal, Mana fikir.
Wahai Anak, kau ini, mindanya dangkal ya?
Kemari kau, aku sambung panjang aqalnya.
Suara yang dilaung, tak cukup lantang.
Sudah tahu siapa dalang.
Hanya tepuk air di dulang.
Sudah2lah Anak, panggil rakanmu, bersurai pulang.
Aku, si tua pembayar cukai.
Ayah Bonda kau, pembayar cukai.
Adakah kau juga membayar cukai, wahai Anak?
Jangan bikin malu Ayah Bonda.
Imbas kembali janji kau kepada mereka.
Jangan bikin malu sanak saudara.
Imbas kembali betapa bangganya mereka.
Jangan bikin malu Tok Penggawa.
Imbas kembali, harapan beliau `tuk kau berjaya.
Hak berhimpun, hak semua.
Ya, Dataran itu hak rakyat.
Rakyat adalah kerajaan.
Kerajaan adalah rakyat.
Aku juga rakyat, wahai Anak.
Adat bertandang – memberi salam & meminta izin.
Adat berhimpun – memberi salam & meminta izin.
Apakah kau sedar hak2 pembayar cukai yang lain?
Sudahkah kau minta izin aku & lain2 pembayar cukai untuk kau berhimpun?
Di situ perlunya permit, wahai Anak .
Aku - pembayar cukai.
Majlis Perbandaran - pengumpul cukai.
Kuasa izin aku berikan kepada Majlis.
Di situ perlunya ikut peraturan.
Andai izin diberi Majlis,
Aku juga akur dengan permintaanmu, Anak.
Berhimpunlah Anak, sebebas yang kau mahu, asalkan tiada keganasan.
Apakah kau sedar situasi ini, wahai Anak?
Andai IQmu panjang sejengkal,
Usah kau duga lautan dalam.
Usah kau pertikai Rukunegara dan juga Perlembagaan.
Nah, ini tisu,
Aku berikan kau, wahai Anak.
Lapkan dahulu, lendir kuning di alur hidungmu.
- Aku merenung panjang -
*******************************************************
No comments:
Post a Comment