amik kat
awraqvidsSabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
"Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)
Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah SAW bersabda: “Seafdal-afdal puasa selepas puasa Ramadhan ialah puasa dalam bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat 1/3 malam.” (HR Muslim) Ayuh lipat gandakan ibadah dengan berpuasa sunat hari 9,10 & 11 Muharam ini sempena hari 'Asyura.(TV Al Hijrah)
Orang Yahudi berpuasa sebagai mengenang hari Allah menyelamatkan Nabi Musa dan menenggelamkan Firaun dengan askarnya. Maka, Nabi Musa berpuasa sebagai tanda bersyukur kepada Allah pada hari itu.
Niat Puasa : Sahaja aku berpuasa sunat hari Asyura kerana Allah Taala.
(nak niat dalam bahasa Jawa ye boleh aje :). Apa2 aje pun boleh :) )
Salah satu bulan yang diharamkan berperang.
(
Dedulu, masa sekolah kekecik, pernah juga terdengar... tak digalakkan nikah bulan ni sbb nnt usia pkahwinan tak panjang...hmmm...bida`ah ya?)
PERISTIWA 10 MUHARRAM* Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
* Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
* Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi
* Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
* Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
* Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob yang kabur.
* Nabi Isa diangkat ke langit
* Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulitnya
* Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada didalamnya selama 40 hari 40 malam.
*Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
* Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud.
* Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
* Hari pertama Allah menciptakan alam.
* Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
* Hari pertama Allah menurunkan hujan.
* Allah menjadikan Arasy.
* Allah menjadikan Luh Mahfuz.
* Allah menjadikan alam.
* Allah menjadikan malaikat Jibrail.
Berpuasa pada Hari Asyura sangat besar pahalanya seperti hadis yang diriwayatkan Al-Imam Muslim daripada Abu Qatadah bahawa Rasulullah SAW.
Apa lagi nk buat ek?~ Solat sunat 10 Muharam yang dilakukan selepas solat fardu kecuali selepas Subuh dan Asar.
~Selepas solat sunat, digalakkan membaca doa bermaksud: "Allah yang memberi pertolongan." Atau membaca doa yang dianjurkan Saidina Ali yang memohon Allah menunjukkan jalan yang lurus, dijauhkan bala bencana dan dikabulkan hajat.
~Begitu juga dengan amalan memasak bubur Asyura untuk disedekahkan, seeloknya tradisi itu diteruskan sebagai pengerat silaturahim antara saudara dan jiran tetangga.
(resepi Bubur Lambok eh? nnt ar... Lum tanya mak lagi...sebab xde kesempatan nk buat ~ al malasun gile babun... kui kui kui)
amik kat
spadeking69p/s: Selamat Hari Jadi Mak... Panjang Umur, Murah Rezeki, Tambah Iman & Sihat Tubuh Badan. Doakan orang jumpa jodoh tau tau tauuu :-) )
amik kat
sini