Pic crdt: google images Rindu ini bersama kenangan itu. Sekali sekala balik kg, selama2nya nak stay di kg. Tempat jatuh lg dikenang, Inikan pula kg di mana Gua disunatkan. ;-)Tempat jatuh lg dikenang,
Inikan pula tempat Aku melahap xtoleh kiri kanan.
Tempat jatuh lg dikenang,
Inikan pula tempat Saya faham psahabatan.
Tempat jatuh lg dikenang,
Inikan pula tempat Gua siul2 ank dara orang.
Tempat jatuh lagi dikenang,
Inikan pula tempat Aku ushar ank truna orang.
Aku-Saya-Gua -- kini diulit kerinduan.
Sampai ketemu lagi -- Mak, Taulan, Teman, Kutu, Member.
Buku latihan dan buku rampaian (beli yang mana perlu je),
Berkampit2 beg plastik,
Nasib baik pergi dengan vespa Ayah,
Aku punya, Adik punya, dan Adik punya,
Seharian aku kerjakan buku2 tu semua,
Balut plastik – buku teks dan buku rampaian,
Bila otak semakin bijak,
Aku balut plastik untuk buku teks je,
Buku rampaian aku cuma letak salotep setiap penjuru... Ahaks,
Hari pertama, belum ada jadual waktu,
Beg pun ringan – bawa satu buku latihan je,
Kasut sekolah putih bersih, siap dengan setokin,
Baju sekolah dah siap gosok,
Dalam kepala, cuma satu je,
Tak sabar nak jumpa kawan2,
Super duper excited.
*********
Sekarang,
Hehehe…. Sendiri paham le,
kui kui kui,
Mungkin dah sampai limit,
Sang malas mula
menyelubung,
Aku tepis, terkadang tersandung,
Sembah tabik pada yang di hujung usia,
Tinggi semangat penuhkan dada,
Aku yang dipertengahan usia,
Hampir lelah separuh dada,
Terima kasih dengan doanya,
Hanya itu yang aku ada.
I promise to myself,
This is the last time,
I will do my best,
Nantiku pulang cemerlang,
Kertas gulung itu aku kaler terbang.
GO TECH - GUNS UP!
Beg sekolah &kasut yang tak pernah berganti sejak dulu.
Hanya beli buku latihan sebiji. Ala kadar. Hihi
Beskal aku dulu, kini dan selamanya. Pernah kena curi gak sekali. Kaler yang sama juga aku ganti. Kena ada plat no jugak. Aku pilih GUNZ UP. Kalau la JPJ izinkan aku buat plat kenderaan macam ni, kan best... :-)
*hai. entah kenapa setting abis lari. Malas la nak repair2. =.=" * ============================================= Latest info: Basikal kesayangan aku kena curik. Ngam2 sehari lepas aku snap gambar ni. Adoyai. Dugaan btol. Dengan situasi kewangan yang semakin meruncing, kena pulak spend pitis untuk beli basikal baru. Ingatkan nak ala kadar je untuk Back to School kali ni. Erm. Tak apalah. Allah Maha Tahu. Ya Allah, Kau gantikan la dengan sesuatu yang lebih baik untuk hambaMu ini, Amin. 23 Ogos 2012 ============================================
Masih rasa janggal dengan encik pakcik ni. Nama dia pun masih belum lekat dalam ingatan. Hihi.
Petang ramadan di sini dengan takbir raya di sana.
Tunjuk benda2 disebalik tabir, baru le namanya reti memasak. (padahal, lupa nak snap hidangan lengkap sebab dah bertukar jadi piranha jadian
sebaik sahaja azan maghrib berkumadang (-__-)" )
Just after Hari Raya Prayer.
Memang tersangat paham perasaan warga Kemboja, Nepal, Bangla, dan lain2 warga asing di Malaysia ketika hari raya. Tak ada rumah saudara mara, maka, aktiviti lepas raya haruslah ambil gambar berlatarbelakang scene yang dirasakan menarik untuk buat poskad. Nasib baik Lubbock tak ada rondebot untuk amik gambo sambil letak dua tapak tangan kat dagu. Hehe
Macam biasa, untuk kesekian kali, ambil gambar kat oreo ni.
Background bendera Texas Tech Univ dan salah satu mascot kebanggaan TTU.
Kak Has & Abg Din ajak makan juadah raya sebelum acara Rumah Terbuka.
Aku sental roti jala puas2. Lemang aku tak sentuh. Elergik dengan santan, pulut dan nasi. Tiga benda ni akan sebab kan aku mabuk tido di hari raya. Aku dalam proses kawal kalori di hari lebaran.Hihi
Sebahagian tetamu yang hadir. Ni awal lagi. Dah tak larat tahan ngantuk masa ramai tetamu datang.
Kamera pun terus dilupakan.
Petang raya pertama ada jamuan di Lubbock Islamic Center. Recycle baju raya tahun lepas.
Baru 4 kali pakai, so consider baju raya lagi. Lagipun, nak mecingkan dengan hembeg koc tu. Hohoho.
Pagi tadi makan juadah Melayu/Malaysia. Petang makan juadah Arab/Pakistan. Terbaekk.
Kalori? Ermmm.. apa tu? Nama spesies kelawar ke? Hihihi.
Penjuru kiri atas: Pak Imam bersama seorang kanak2.
(Hafaz keseluruhan surah al-Mulk - agaknya la. dah lupa ..hihi).
Bawah: Antara tetamu yang hadir. Ada lagi kat dalam video.
P/s: ada 2 video nak upload. Tapi dah sejam tak lepas2 . Aku pos yang ni dulu la ek.