Followers

Sunday, November 27, 2011

Doa Membaca Air Zam Zam

Sekarang, kebanyakkan orang sedang sibuk menunggu kepulangan keluarga dan sahabat handai dari Tanah Suci Makkah (giliran aku lammmmbat lagi beb...huhu...semoga aku panjang umur untuk realisasikan hajat aku ni, Insya Allah).

Untuk doa air zam-zam begini:

السَّلاَمُ عَلَيْكَ يَا مَاءُ, مَاءُ زَمْزَمْ يُقْرِئُكَ السَّلاَمَ
" Assalamualaika wahai air, Air zam-zam mengucapkan salam kepada mu."

Faedahnya: Air yang kita minum itu akan mengambil khasiat seperti khasiat yang terdapat pada air zam-zam.


Menurut kajian, air juga akan bertindakbalas dengan tempat, suasana, pemandangan di sekitarnya. Apabila segelas air mineral diletakkan atau didekatkan pada gambar Ka'bah, maka ia berubah bentuknya sesuai dengan gambar itu iaitu bentuk yang menyerupai pemandangan daripada atas Masjidil Haram, dengan umat Islam yang sedang bertawaf mengelilingi Ka'bah.

Aku amik kat sini

Pesanan Untuk Di Tapau kali ini:
Apabila kita ingin meminum apa saja air seperti air mineral, air tebu, air sirap, air oren, air cincau, air lai chi kang (slurrpppp... sedapnye....) dan sebagainya, kita baca doa ini dekat dengan bekas minuman (macam orang nak jampi le lebih kurang..). Sebab tu jugak, aku biasa2kan diri aku untuk tutup bekas minuman / gelas / cawan ketika acara mengumpat2 & berborak2 tentang perkara yang negatif berlangsung... Haish..selayaknya, harus dielakkan aja perbualan yang sebegitu rupa. Lebih bagus, bukan?

(p/s: Huhu.. dielakkan dari meminum air yang terdedah ketika korang rancak menonton perlawanan bola sepak mahupun lain2 sukan, samada di rumah mahupun di kedai mamak tu... Ntah apa pulak bentuk molekul air tu kalau bergaul2 dengan ayat2 maki yang sehingga tak cukup huruf dan simbol tu ya? Err...Faham? Dapat tak? ~ meniru gaya My Sempoi Al Ustaz Don Daniyal Don Biyajid). Hihihi

Saturday, November 26, 2011

HAPPY NEW YEAR 1433H

Gambar tu aku cilok dari sini. Aku cuma taipkan doa aku kat situ.






Tahun baru selalu dikaitkan dengan azam baru.
Mudah2an azam kawan2 pada tahun lepas berjaya dilaksanakan.
Aku? Alhamdulillah.
Mudah2an azam kita tahun ini dapat dilakukan sebaik mungkin. Amin.
Azam baru, semangat baru.
Semoga hanya yang baik2 aja untuk kita semua. Amin.

Tuesday, November 8, 2011

Khabar Kurang Gembira

Tak tahu, tak tahu mengapa (dalam kepala masih berlegar2 lagu Tanya Sama Pokok). Adakah kelopak mata aku yang tak berhenti mengerdip pada tiga minggu sudah adalah jawapan kepada perkhabaran ini:

1 – Kematian mengejut satu-satunya nenda kesayanganku. Al Fatiha untuk Allahyarham Hj Kamsari Mat Raji pada 29 Oktober 2011. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin.




24 Sept 2011 - Sempat berbual dengan Tok Yah. Masih terngiang2 di telingaku `...berbual dgn ain..rasa mcm berbual dpn dpn...teranggg suaranya. Yang jauh pun rasa dekat`. (*mode: kolam air kat mata ni pecah lagi*)


23 Sept 2011 - Sempat Tok Yah tengok cicitnya yang kelima. Alhamdulillah.


25 Sept 2011 - Tok Yah sempat merasa jubah konvokesyen salah seorang adikku. Pada awalnya, adik kata, dia macam malu2. Tapi, selepas dipujuk beberapa kali, dia pakai jugak dengan tersenyum meleret. Mak kata, aritu dia nampak gembira sangat.


29 Okt 2011 - Dari Dia kita datang, kepadaNya kita kembali. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnyakecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."

`masa hidup hargailah org yg tersayang sebaiknya... sok sok dh takde..air mata begenang kt pipi time nyarap, rindu pun tak de sapa leh pujuk dah.. huhu` (Yassin, 2011).



2 – Salah seorang kenalanku jatuh sakit & kini menjalani rawatan di hospital. Sangkaan awal, hanya sakit biasa. Rupa2nya dia mengalami masalah paru-paru. Kini terlantar di wad selepas menjalani pembedahan kecil untuk mengeluarkan cecair berlebihan di paru-paru akibat jangkitan kuman. Saudara Sukri Kamis, semoga sembuh seperti sediakala. Doa kami semua mengiringi Tuan.

Amin Ya Robbal `Alamin.

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya, melainkan Allah akan mengugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang mengugurkan daun-daunnya”.(HR. Bukhari no. 5660 dan Muslim no. 2571).

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidil Adha 1432 H

Assalamualaikum,

Selamat Hari Raya Aidil Adha ~ Berkorban & Pengorbanan… Semoga apa yang kita lakukandiberkati & diredhai Allh swt. Amin.


Aku ubah suai sikit dari: Thaqif

Kat bawah ni pulak isi kandungan Khutbah Hari Raya Negeri Johor.
Aku amik dari Ustaz Mohd Khalil.
Macam banyak je nk baca kan? Aku highlight je mana2 yang aku rasa penting untuk aku...ehe

Hari ini kita dianugerahkan lagi dengan sambutan idul adha. Kita berada di dalam hari ibadat dengan penuh kegembiraan. Ketahuilah, bahawa setiap perayaan yang disyariatkan oleh Allah Taala, ada bersamanya pengajaran. Iaitu, pengajaran yang terkandung dalam idil adha adalah, kesatuan ummah. Walaupun terdiri dari pelbagai bangsa dan bahasa, warna kulit, budaya dan Negara. Umat Islam adalah umat yang bersatu dengan mengadap kiblat dan sujud kepada Tuhan yang satu, iaitu Allah Rabbul Alamin.
Lihatlah bagaimana Allah Subhanahu Wataala mewajibkan semua umat Islam, melakukan ibadat haji agar berkumpul di satu tempat. Dengan niat yang sama dan mengucapkan ucapan talbiah, tahmid dan takbir yang sama, menunjukkan umat Islam, umat yang bersatu.


Firman Allah Taala, Surah Ali Imran 103:
Bermaksud : Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada Allah (iaitu agama Islam). Dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenangkanlah nikmat Allah kepada kamu, ketika kamu bermusuh-musuhan, (iaitu pada zaman jahiliyah dahulu). Lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatupadu dengan nikmat Islam). Maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu, orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah). Lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangannya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahnya..


Allahu akbar….. Allahu akbar….. Allahu akbar….. Allahu akbar…..Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar…


Muslimin muslimat yang dirahmati Allah sekalian.
Idul Adha juga dinamakan Hari Raya Korban kerana salah satu amal ibadat yang disunatkan pada hari ini, ialah melaksanakan ibadat korban.



Firmah Allah Taala’, Surah Alkauthar 1-3:
Bermaksud: Sesungguhnya kami telah menunaikan kepada mu (wahai Muhammad) kebaikan yang banyak. Oleh itu, kerjakanlah solat kerana tuhan mu semata-mata dan sembelihlah korban. Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, dialah yang terputus (dari mendapat sebarang perkara yang diingininya).
Berdasarkan kepada firman Allah tersebut, jumhur ulama berpendapat, bahawa hukum melakukan ibadat korban adalah sunat muakkad, iaitu sunat yang sangat dituntut. Kedudukannya lebih tinggi daripada sunat biasa. Manakala nilai pahalanya pula, lebih dan amat besar.


Muslim muslimat yang dikasihi Allah sekalian…


Di dalam peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s, seorang bapa telah diperintahkan supaya menyembelih anak kesayangannya. Kita dapat mengambil kesimpulan di antaranya ialah: Kepatuhan dan ketaatan anak terhadap bapanya begitu hebat. Betapa sucinya pengorbanan yang telah dilakukan oleh kedua-dua iaitu bapa dan anak. Dengan keimanan kepada Allah yang begitu tinggi, maka keduanya sanggup untuk menjungjung perintah Allah Subhanahu Wataala.


Sebagai umat Islam, sudahkah kita berkorban untuk menegakkan syiar Islam ?
Seorang bapa sudahkah berkorban memberikan didikan yang sempurna kepada anaknya ?
Seorang suami, sudahkah kita berkorban untuk kebahagian rumahtangga ?
Dan sebagai anak watan, adakah kita sudah menunaikan satu pengorbanan suci untuk tanahairnya ?


Sabda Rasulullah SAW:
Bermaksud: Barangsiapa yang mempunyai kelapangan untuk berkorban tetapi tidak dilakukannya, maka janganlah dia datang mendekati tempat kami bersolat ini.”
Dari hadis ini, dapatlah difahami bahawa, ibadat korban itu amat penting sehingga hukumnya seolah-olah lebih kepada wajib terutamanya kepada orang yang berkemampuan dan mempunyai rezeki yang lebih.

Allahu akbar….. Allahu akbar….. Allahu akbar….. Allahu akbar…..Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar..Muslimin muslimat yang dikasihi sekalian.

Jelaslah kepada kita bahawa ibadat korban itu disunnahkan sebagai satu latihan dan ujian bagi kaum muslimin untuk memupuk semangat berkorban dengan cara mengeluarkan sebahagian dari nikmat dan rezeki yang dilimpahkan oleh Allah untuk dirasai oleh golongan fakir miskin, seterusnya dapat meninggikan lagi syiar Islam.

Sebagai kesimpulannya. Antara nilai-nilai yang terkandung dalam ibadat korban antaranya ialah :
1. Melatih kaum muslimin supaya sentiasa bersedia berkorban sebahagian rezekinya dan dikmat kurniaan Allah demi kepentingan orang lain.

2. Sebagai satu cara mendekatkan diri kepada Allah Taala.

3. Menghidupkan sirah Nabi Ibrahim a.s yang kemudian disunnahkan oleh Rasulullah.

Allahu akbar….. Allahu akbar….. Allahu akbar….. Allahu akbar…..Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar, Allah maha besar….
Oleh itu, marilah kita bermuhasabah diri tentang, apakah bentuk pengorbanan yang mampu kita laksanakan ? Semoga, dengan pengorbanan yang kita lakukan, mendapat keberkatan dari Allah dan kita tergolong dalam golongan hamba yang bersyukur.
Di kesempatan ini juga, marilah kita berdoa agar ahli keluarga, sahabat handai kita, serta umat Islam seluruhnya yang sedang menunaikan ibadat Haji di Tanah Suci Mekah pada saat ini, sentiasa dilindungi oleh Allah dan semoga dipermudahkan amalan mereka sehingga memperolehi Haji yang mabrur serta selamat pulang ke tanahair.
Firmah Allah Taala, Surah Al-Haj ayat 37:
Bermaksud: Daging dan darah binatang korban atau hadian itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjuknya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha, supaya baik amalannya.
Sekian.