Nothin` much...
Aku rindu kamu, Ya Rasulullah.
Di kala ini, di saat ini, aku sebak.
Entah dari mana datangnya.
Mataku mula kabur, air dalam kolam mata ini tumpah lagi.
~ Allahumma Solli `Ala Muhammad ~
crdt untuk ini.
Aku rindukan ini juga...
Lama tidak ku dengar.
Perlahan2, ku alunkan sendiri.
Mengikut bait2 puisi yang dikarang oleh bijak pandai.
Kolam mata ini pecah lagi.
Aku benar2 menghayati... untuk pertama kali, sepanjang lebih tiga dekat jantungku berdenyut.
Ya... PERTAMA KALI rasa ini menyusup jauh ke dasar hati.
crdt untuk ini
Aku rindukan ini juga...
Lama tidak ku dengar. Perlahan2, ku alunkan sendiri.
Ya, ku alun sendiri, di bumi gersang ini.
Ku alun sendiri dengan rembesan masih pipi.
Sesungguhnya, Aku rindu Kamu... Ya Muhammad bin Abdullah!
Aku optimis! Aku mahu ketemu kamu nanti.
Ketemu & merayu syafaat darimu ketika Qiamat nanti.
Ya Allah, perkenankan doa hambaMu yang hina dan penuh dosa ini. Amin!!!...
Followers
Tuesday, January 31, 2012
Sunday, January 15, 2012
Recipe: Ngeylat Muffin
Pada suatu petang yang dingin dan damai, saya merasa sangat bosan. Kicauan burung pun tiada kedengaran. Saya dengan penuh rasa boring, mahu membuat sesuatu yang lebih bermakna untuk hari tersebut. Syukur ke hadrat Ilahi, saya telah berjaya membuatnya dan menamakan ia sebagai Muffin meNgelat.Tehehe...
ALAT RADAS:
Sekerat kederat utk kayuh beskal
Sekeping Debit Card
Sebiji pasaraya
Muffin Tray
Muffin Cup
Premix Muffin – satu paket
Susu Segar – setengah cawan
Mangkuk untuk bancuhan
Sebiji sudu - untuk mengacau
Sebiji Oven – panaskn dulu pada suhu 425FahrenAhmad ( ;-P ).

KAEDAH:
Bancuh sepaket premix dengan susu segar.
Kacau hingga sebati.
Letakkan 3 sudu besar bancuhan tersebut untuk setiap muffin cup.
Masukkan dalam oven & biarkan 15 minit.

Tadaaaaa..Sedap woo makan muffin panas2 (Saya suka perisa ni sebab tak terlalu manis)
1 packet dpt 8 biji muffin. Dalam gambar ni, 4 biji yang lain saya terpaksa sorokkan dalam perut :)

Sunday, January 8, 2012
...Sim Mim Mim - Seorang Mati Meninggalkan...
Usai mendengar cerita rakan.
Situasi: Kematian seorang ibu tunggal di sebuah kampung nun di tanahair.
Enam orang anak, tapi tiada seorang pun yang memandikan jenazah ibunya.
Enam orang anak, tapi tiada seorang pun yang menyembahyangkan jenazah ibunya.
Enam orang anak, tapi tiada seorang pun yang membacakan surah Yaasin apabila ibu menghembuskan nafas terakhir.
Hati kecilku dijentik sayu,
Dadaku berlagu sendu.
Terpempan aku lebih sesaat.
Sebelum menghela nafas yang berat.
Pada masa yang sama, aku bersyukur padaMu Ya Allah.
Terima kasih mak & ayah & cikgu2.
Aku amik kat sini.
Tanggungjawab kita sebagai seorang anak.
Tanggungjawab kita sebagai ibu bapa kepada anak2 kita.
Semoga kita tidak terus alpa.

Friday, January 6, 2012
Mung Bean`s Porridge :)
Pada satu hari, saya diserang angin rajen. Mungkin kah sebab nak lepaskan stress masa exam aritu? Hihihi...:). Masa tgh study, mcm2 makanan yang terlintas kat dlm kepala. Tapi,semua tu terpaksa aku pendam dlu. Kiranya ni entry utk aku melepaskan apa yang terpendam sepanjang exam.
Mung Bean`s Porridge - bagi komersial sikit namanya. ahaks
BAHAN-BAHAN:

Kacang hijau – 300g – rendam lama cikit kalau nak cepat masak :D. Rebus dengan air rendaman tu tadi.
Pandan – sini xde yang fresh. Amik dlm 2 – 4 lai & simpul2kan
Keledek – ni optional. Tapi, aku mmg suka buh... sedap tauu
Halia – 1inci setengah, hiris @ ketuk

santan kelapa – 1/3 biji. Depends pada kuantiti air yang dimasukkan masa rebus. Aku jenis tak suka byk2 sgt. Cukuplah sekadar tekak aku ni ada rasa lemak2 sikit. option lain – susu – sukatan? kaedah cuba jaya… sekali lagi, tepuk tekak, tanya lidah, suka lemak tahap apa kat susu tu

Piloncillo – Gula Melaka / Gula / Nisang / Manisan – sebuku
Gula Merah – 4 sudu besar (depends tahap coklat yang dikehendaki)
Gula pasir – kalau tak cukup manis dengan jenis2 gula di atas. Ikut suka nk letak berapa banyak.

Umpan tekak ketika penyediaan bubur kacang.. kellas gitew :)
KAEDAH:

-Rebus kacang hijau dengan air, daun pandan, halia, hingga separuh empuk.
-Tambahkan sedikit air & masukkan keledek.
-Masukan santan, gula merah, gula pasir,masak hingga mendidih, masukkan garam sikit, -Angkat & sajikan.

Dah siap dlm mangkuk. Best makan masa suam2. Ada yang suka buh dlm esbok dlu baru makan. Aku kalau dah alang2 nk sejuk, better buat eskrem kacang ijo..pergh.. ngam sehh

Monday, January 2, 2012
~ Selamat Tahun Baru Masihi 2012 ~
Mi siput tempe dan sambal kicap,
Nasi ambeng juga bolehku hidang,
Cuma satu ku rasa tak lengkap,
Mana nak cari si telur pindang.
Anak dara berjalan santun,
Anak teruna mencuri pandang,
Lepas gian gile berpantun,
Biarpun cuma berpantun sorang.
Jangan tuan kelam kabut,
Aku di sini sentiasa aman,
Jiwa tak kacau hati tak serabut,
Cuma teringat kampung halaman.
Tahun baru Tahun Masihi,
Umur meningkat badan berisi,
Rindu amat kampung sendiri,
Apakan daya rezekiku di sini.
Empat Musim terus berlalu,
Ku teruskan langkah walau kepayahan,
Tiada lain, niatku satu,
Pulang nanti segulung kejayaan.
Menjengah tingkap ternampak bulan,
Mata dah rabak fikiran dah mamai,
Sini je dulu wahai kawan,
Assalamualaikum & selamat gud bye. ;-)
~ Sesungguhnya, adalah teramat rugi kalau anak Johor tak tau berpantun. Tak payah ngaku Johor pun boleh (Hihihi, kerek gile! hehehe) ~
p/s: Terima Kasih untuk Cikgu Zaleha Othman (SKBB2, Muar Johor), Allahyarham Cikgu Razali Atan (SDAD, Muar Johor). Al Fatiha. Tanpa cikgu, saya tak tau nak susun huruf jadi perkataan. Tanpa cikgu, saya tak tau nak susun ayat. Tanpa cikgu, saya tidak berada di sini. Terima Kasih Cikgu ~
Aku amik kat sini.
Teringat kisah ponjot duit :).

Subscribe to:
Posts (Atom)