Followers

Tuesday, October 28, 2008

ATI TERKENANG, MULUT TERSEBUT, MATA TERBAYANG, TELINGA TERDENGAR…

Hmmm… bukannya aku tgh melancholic or tengah kat awan nombor sembilan (cloud 9)…Bukan la jugak maksud aku asik nk memandang kebelakang je. Macam perumpamaan yang kuar dari mulut bos aku satu ketika dulu, “Macam pandu keta…sekali sekala, kna pandang juga cermin sisi& cermin belakang,”.


Aku ni rajin jugak layan kenangan masa aku kekecik..rasa seronok..Patut la orang pangggil kanak2 tu sbg `Kekanak riang`..mmg riang ponn..Rindu tul dgn semua2 ni bila umur dah makin banyak..Ehem… macam my lab mate kata… ‘Every human, stil have a child in themselves`,..Aku pun setuju dgn apa yang dia kata… (bukan la maksudnya kita mengandung kan? ahaks)..dia kuarkan ayat ni sbbnya, aritu masa tggu lecturer kat kelas Ekologi, kitaorang sempat main Seven-Up…bukan la main minum2..tapi, pmaianan kanak2 ribena kat US…camni caranya korang buh satu tangan kat meja&buat thumbs up, pastu tunduk kepala kat meja & pejam mata. Pastu akan ada 2@3 org (depends on how many peoples in your class) yang akan cuit&sentuh ibujari..pastu 2@3 org ni akan kata ‘Ok. Heads up` supaya semua org angkat kepala & buka mata dan teka sapa la orang yang cuit jari korang…kalo betul, korang pulak diberi penghormatan utk jadi tukang cuit…tu je la…eheh..xmencabar minda betul kan permaianan diorang? Best lagi kita main nyorok2 kat bawah meja sekolah, main teka2 tajuk lagu sambil lukis orang lidi yang mati tergantung kat telaga, main katebang kertas yang dikoyakkan dibahagian tgh buku latihan sekolah...(oppppssss ;-) ).


Anyway, tu jugak la yang bg aku ilham utk buh citer kali ni. Kisah kekanak ribena aku..Dulu2 aku dh citer kan, aku ni mmg antu TV..kebanyakkan citer mmg aku tgok..ni diantara yang aku sempat carik kat web la. Tah sapa2 punya tah..tapi, aku rasa seme orang izinkan aku glamerkan gambar2 diorang nih..eheh. Masa kekecik dlu, aku xcukup duit nk simpan sticker katun2, bli cd, bli pape yang bertemakan katun yang sgt best utk bebudak..nape? sbb aku kumpul duit tu bli gula2 HACKS pelbagai rasa, aiskrim kacang merah, Mamee perisa BBQ, Twistes perisa BBQ..lg best kan? (bli sticker bukan ble makan punnn…).


Kalo korang sezaman dengan aku, mesti korang tau jugak citer ni…Berikut adalah cerita yang aku layan:


Katun pada zaman aku (mana ada citer perang2 sangat macam zaman sekarang nih)


Lagi katun pada zaman kegemilangan aku



Citer Jepun yang aku suke sangat sampai tuang sekolah `petang`


Byk jugak la citer yg aku tgok. Tu antara yg tercapai dek akal pikiranku wat masa nih...Tapi, masa muda remaja, aku suka action movie, series&science fiction..dari dr Jet Li, Jackie Chan, Sammo Hung, Rambo, ArnoldSusahNakEja, Swampthings, Airwolf, SWAT, The Highlander, Full House, Critters sehingga la Back to the Future dan sequel2nya...


Citer mat salleh yang aku tengok bersama-sama kuarga aku


Oh ya..hindustan pun aku layan jugak..masa tu awal2 lagi..masa sekolah menengah...masa tu zaman Mithun Chakraborty, Sunjay Dutt, Jackie Sharoff, Aamir Khan, Anil Kapor...Hahaha...Ni zaman hindustan yang lama...sama zaman dgn makcik2 aku. Eh orang....for your info, aku tak kenal sangat plakon pempuan kecuali Aiswarya, Kajol&Preity Zinta..pelakon pempuan yang lain aku tak le nk cam sgt sbb pada aku, muka seme sama je.. Aku rasa tak seme hero2 ni fofular di kalangan korang...rasanya, korang baru sedar ke`best`an citer hindustan bila kemunculan Shah Rukh yang baru dikurniakan Datuk tu (huh xseswaiii btolll) kat citer Kuch Kuch Hotak Hang...


Masa tu aku dah muak dah nak layan hindustan sbb masa tu otak aku dah makin dewasa...xdenya nk nangis sob sob lagi dpn tv macam aku di zaman form 1@form 2 bila layan hindustan...dah ble predict citer: msti happy ending pnya.., hero takkan mati, watak antagonis yang liat sungguh nyawanya, bgasak guna kayu hoki@kayu yang wat silambam, main kriket, awek kaya vs balak miskin @ makwe kasta tinggi vs pakwe kasta rendah...yang best tu sbb scenary yang cantik dan koreografi tarian yang serentak secara berjemaah..eheh..tak lupa juga miming pelakon utk nyanyi lagu dalam citer...sian yang tukang nyanyi lagu sebenar kan?..maklum je la..sapa je yang kenal org disebalik tabir... cuma bila ada bnda2 macam `The Making of` je diorg ni mula dikenali ramai... citer hindustan zaman baru yang aku layan adalah seme pilem SRK (tweet!....aku xminat kat dia, cuma suka tgok watak yg dia bawak..idup je...dr citer Darr, Yess Bos, Duplicate hingga la keciter Mohammad bin Batin (cik NorZalipah Mohamed...masihkah anda ingat situasi ini? kakaka...rasanya, hanya kita bertiga je yang tau...).


owh.tak terkira banyaknya...tak larat aku nk taip...Tp, walo cmna sekalipun, 3 citer ni yang aku ingat sampai sekarang:



Dr Quinn, Medicine Woman


Dr. Quinn, Medicine Woman

Heroin: Jane Seymour (Dr Mike)

Hero: Joe Lando (Sully)

Citer kat area Colorado Springs. Scene lbih kurang dalam tahun 1800 ar..pakai baju pun style klasik2 lagik..topi pempuan ada bunga2, bj ropol2..…Dr Mike tu asalnya dari Boston ..mai kat kampong tu utk bukak klinik. Macam2 la dia kna lalui sbb dia asalnya org Bandar..tetiba mai kat kampong & dekat dgn area kg Native America dr puak Cheyenne. Semenya berkisarkan kehidupan kampong yg diselitkan dgn idup dia sbg Doktor pempuan, yang nak convince kan pduduk kampong yang pandang rendah dgn keupayaan dia utk rawat pnyakit. Seme guna ubat kampong, ubat tradisional dr puak Cheyenne dan yg paling aku suka, dia guna basic Science utk modify ubat utk penawar sakit (ye la kan...mana la sesenang nk dapat bekalan ubat moden dr Bandar). Adegan cintan cintun pun ada..antara dia dgn hero macho puak Cheyenne..tu yang tambah perasa kat citer nih…tak tau la pndapat korang..tapi, aku suke sangat sampai terbeli dvd citer ni (aku baru bli dan smthng happened with my bank account recently...hampeh).



Tak payah tulis tajuk la kan...dah ada dah kat gambar ni


MacGyver

Hero: Richard Dean Anderson (MacGyver)

Heroin: xde…

Bukan ghapla jingga weh…dia ni sjnis org yang berkapla otak superb..kagum aku kat watak ni. Ble lagi dia PK utk loloskan dri, lepaskan dri, lawan dgn pjahat dll. Aku suka sbb dia pon sama macam Dr Quinn, guna basic science utk aktiviti harian especially wat senjata & tipu helah kat org jahat. Buat bom la, bunga api la, racun la, teropong la, idupkan keta buruk yang enjin dh bkarat, & tah pape lagi.. secara biasa, bnda2 cmtu, if kita wat, jarang nak mjadi…eheh..tu la namanya blakon..semenya jadikkkk jeee Barang utama dia biasanya: Pisau Swiss Army & duct tape a.k.a salotep… Aritu, masa tgok kat RTM, aku tsenyum sensorang bila tgok pesen masa zaman tu…lawak je..papehal pun, hero tetap ensem…eh korang, agak2 idung aku bdarah tak? eheh



Knight Rider

Hero: David Hasselholf (Micahel Knight)

Heroin: ntah..aku rasa xde..kalo ada pun, aku xamik port...

Citer pasal keta yang bcakap2…aku tak ingat sangat cmna asal usul citer ni sbb yang ni aku cuma tertarik dgn keta yang ada lampu bgerak2 kat muncung dpn keta bila keta tu bcakap…keta tu dibuat dgn technology AI (artificial intelligent)..nama keta tu KITT…



Sekarang, bila dh muda belia ni, tak banyak yang aku tengok. Takde masa beb nk tgok tv..bz tengok GPS, Google Earth, layan aduan nuisance, wat report, bertekak dengan bos, assg, bilik gerakan, proposal, GRE, exam etc. Cuma tgok CD je la..itupun bila dh abis demam pasal movie tu (cthnya macam cerita Cars yang aku tengok baru2 nih). Yang aku perasan lately, trend aku sekarang ni, suka kearah citer katun even dalam bentuk movie..Shrek, Bugs Life, The Ant, Ratatouile, Happy Feet, Madagascar, KungFu Panda, The Ice Age dll.



Eh...tetiba aku tertanya-tanya...Adakah aku seorang je yang bercitarasa cmni? Tak pe..bak kata Faisal...asalkan bahagiaaaa...


Tuesday, October 14, 2008

Trip to PALO DURO

Tempat Kejadian: The Heritage Apartment

Di celah-celah hujan gerimis, tengahari Ahad, terdengar perbualan dua orang anak Malaysia pada 5 Oktober 2008 di perkarangan letak kereta.

Mualimin: Kak, kita nak g mana ari ni kak?

Julie: Kita nak g tengok batu.

Mualimin: Hah?!! Batu?!!

Julie: A`ah..tengok batu...


Hari itu, kami decide utk membuat lawatan sehari ke Palo Duro Canyon selepas bersengkang mata membuat persiapan Open House Hari Raya. Juga, sempena kedatangan Zarul, dari MS yang bersusah payah datang utk sama-sama beraya di Lubbock. Juga, sempena ada kenderaan (kereta yang kitaorang sewa), maka panjang lah langkah kitorang minggu tu. Kat sini mana ada rumah atuk&nenek dan sedara mara....Lantas terus aje la melawat ke tempat lain ..keluar sekejap dr Lubbock.



Palo Duro Canyon State Park (200km fr Lubbock, 43km tenggara Amarillo, TX)


Berbekalkan GPS Zarul yang agak canggeh la kan


Posing di depan Visitor Information Center


Pemandangan indah Palo Duro Canyon State Park


Info Palo Duro Canyon yang menarik perhatian aku:

  • `Canyon` kedua terbesar di US selepas Grand Canyon.

Sebahagian daripada info yang dipamerkan


Jenis `formation` yang terdapat di Palo Duro
  • Juga dipanggil `The Grand Canyon of Texas` memandangkan keadaan geologi termasuk lapisan batu yang berwarna-warni tu menyerupai struktur di Grand Canyon, Arizona. Subhanallah. Maha Suci Allah. Seru Sekalian Alam. Memang cantik dan mempersonakan. Terasa kerdilnya diri ini. Sempat jugak aku mengabadikan kenangan berlatar belakang kan scenary yang best nih.


Aku suka dengan background ni. Lagi cantik if tengok secara live... Subhanallah



Guns Up di mana jua aku berada.
  • Terbentuk dari hakisan air dari Red River di Prairie Dog Town Fork serta hakisan dari angin sejak jutaan tahun yang lalu.
  • `Palo Duro` bermaksud hard wood yang merujuk kepada tumbuhan mesquite & juniper yang tumbuh dengan sesuka ati sekitar kawasan ni.




Tok Penghulu Comanche
  • Penempatan manusia seawal 10 000 – 15 000 tahun lalu dan masih dihuni oleh Native America sehingga sekarang (kalau kat Msia, kita panggil ni dengan istiah Pribumi). Puak Native America awal yang mendiami canyon ini ialah Apache Indian. Kemudiannya diganti dengan puak Comanche & Kiowa memandangkan kedua suku tersebut mempunyai kuda (satu kelebihan di kawasan ini). Tup tup teringat citer Dr Queen, Medicine Women…if tak silap, hero citer ni puak Cheyyene… tah tu kat area mana nah yer? Fanatik tul aku kat citer tu…Nanti nk try carik kat You Tube kot2 ada..ble la aku melepas rindu tengok citer tu lagik..aritu dah puas ikut siri2 MacGyver..retro kat TV2…TQ RTM!

Antara tinggalan sejarah yang terdapat di tempat ni. Tengok la betul2 kat lukisan tu..tanduk di hujung muncung. Ni xble la nak disamakan dengan bidalan telur di hujung tanduk tau.
  • 1934 – Pihak kerajaan membeli bahagian atas `canyon` ini dan menamakannya Palo Duro Canyon State Park.
  • Bandar yang terdekat ialah Amarillo (seperti dalam peta)
  • Ketika Musim Panas (repeat..Musim Panas sahaja..2 Jun hingga 19 Ogos setiap tahun..kitorang g ni, dah Musim Luruh yang nak mengadap Musim Sejuk Ketar), ada entertainment pada waktu malamnya..dipanggil Texas Oudoor Musical Drama... Teater jenis open-air (ye la..dah kurang terima ujan masa Summer plus persembahan waktu malam…rugi la kompeni if buh bumbung & buh bangunan...lgpun, penonton tak dapat lak nk menikmati persembahan yang berlatar belakangkan Palo Duro Canyon kan?..

Suasana setelah tamat Musim Panas

Ok..itu le lawatan sambil belajar aku masa raya baru2 nih..Puas ati dapat jejak kaki kat sni (sambil meleset2kan kasut kat celah semak sbb nk buang selut masa tgh bposing..huhu…). Tapi kannnn, jauh kat sudut ati, kalau ada kesempatan utk ke sini lagi, aku nk jejak kaki jugak ke Lighthouse...salah satu landmark utk Palo Duro...formation batu setinggi 75 kaki (+/- 23meter) dari lantai `canyon`. Istilahnya dipanggil `hoodoo` (bukan huduh tauuuu ;-) ). Aritu xsempat nak g sebab hujan sepanjang ari & jauh cikit dari visitor info center (lbih kurang 8km dr tempat kitorang) dan masa tu dh jam 5.30ptg...

Lighthouse at Palo Duro Canyon State Park - aku sempat bli poskad je setakat ni.
Palo Duro...Aku akan mai lagiiiii nanti.........Insya Allah...


p/s: Kebetulan, baru2 ni, aku ada kesempatan tengok movie Cars ..citer yang berkisar Radiator Spring, pekan glamer yang ditinggalkan ....so, terbayang2 la Palo Duro dalam citer nih..(allo korang, aku ni mmg ketinggalan bab tgok movie ni..citer dh bertahun2, baru ada masa nk tengok...heheh).



Cau cin cau

Saturday, October 11, 2008

`Dah besar dah anak kita`

Hmm..sentimental value betul ayat tu..who else? From my late dad la…this is one of sweet memories during hari raya..not remember what year..but I think, when I was 17yrs old – when I`m totally involve for raya preparation..I mean, bukan takat tolong kupas bawang, sangai kacang tanah..but 1st time basuh ayam, buang segala lemak ayam, kulit2 ayam, buang setokin kat ceker (kaki) ayam. Before this, my late dad yang punya kja tu. At the same time, my bro, Yasin, 15 yrs old..he also actively involved in preparation utk rebus ketupat.Sokmo2, dia main je tau nya..Bagus jugak dia masuk Pengakap…13 tahun dh tunjuk kan sikap tanggungjawab kat kuarga. Mungkin jugak sbb he is the eldest bro in our family. Kalau dia tak buat, sapa lagi kan? Bukan takat tu je, kemas uma pun dia yang settlekan..cat pagar uma, lantai uma kat bahagian depan dia yang sental, bilik air pun & tolong idupkan api utk rebus ketupat (prektis ilmu Lord Boden Powell la tu). Adik2 yang lain? masa tu si Syafiq 10 tahun, Dhia 9 tahun, Piee 6 tahun, Nazar 2 tahun..semenya kekanak ribena..main je la kan? takkan nk suh diaorang rebus ketupat…harraaammm tak jadik punya..kerja diorang tu main je sambil psiko mak aku utk buat kuih raya banyak2 & sibuk suh mak aku jait baju raya diorang. Kikiki… tu la idup bebudak ribena masa tu…


Tahun tu, yang tukang anyam ketupat: aku, Yasin& ayah. Mak tak amik port dah…cuma jadi QC je supaya ketupat yang dah masak nnt tak keras kebatun bila nk makan..Mak siap2kan bumbu utk kuah lodeh, thuthoh (ahaa..ni istilah jawa utk ayam masak lemak kuning, kegemaran my late dad), sambal kacang, kari dll. Sedang aku & my bro siap2 nk rebus ketupat, tetiba je my late dad cakap “Dah besar rupanya anak-anak kita ye Ton, kita dah tak payah nk susah2 idupkan api kayu utk rebus ketupat, basuh ayam..kita cuma kupas bawang, kentang dgn buang taik ikan bilis je. Dulu2, masa anak kecik2, kita yang buat semua ni ye Ton…,"(Ton tu nama komersial mak aku kat uma…eheh)..Mak aku diam sengeh je... Aku buat2 tak dengor je ..konon2 sibuk nk masukkan ketupat2 tu kat dalam periuk. Tapi, to be frank, tu la saat yang aku rasa dah sampai masanya aku & adik2 tolong mak & ayah dalam apa je sekali pun... Buat kerja2 rumah atas dasar tanggungjawab..bukan sebab terpaksa..... Sebabnya, masa kekecik dulu, terasa malas & lemah tul kepala lutut bila mak panggil utk lipat baju, kupas bawang, halia& kunyit, buang taik, kepala ikan bilis dll..Sebabnya? Sebab aku terasa macam potong stim aku dgn adik beradik lain nk main badminton kat dlm uma, batu seremban, cekpeh, tingting, main nyuruk2 dgn kusyen& selimut dan smackdown sesama sendri hahaha..zaman2 tu kan sibuk demam Hulk Hogan... (masa tu, aku punya expertise ialah basuh baju&basuh beskal je, eheh.).



Well, pejam celik masa pun cepat beno berlalu.. Adik beradik pun dah membesar dengan jayanya..Semuanya tinggi serupa galah (ayat atuk aku). Aku kat tempat Koboi, 30; Yasin kat MOF, 28..married with my lovely in-law Nora from Queens Hill; Shafiq kat Padang Pasir, 25; Dhia kat sebelah Minyak Beku 22; Piee baru nk rasa campus life, 19 & Nazar, tgh nk ngadap PMR, 15. Mak pun bz dengan aktiviti harian...g sekolah, jait baju dan merempit (kan mak kan? kan? hehe)..Even kehilangan ayah masih terasa, kehidupan perlu diteruskan..Sokmo2 titipkan Al Fatiha & Tahlil & doa buat peneman...

Contoh gambar2 yang best dalam simpanan yang aku ada. Banyak lagi actually, tapi yang ni mmg best utk aku tengok bila nak layan blues ;-)


Raya tahun bila ntah ni..Kain tabir kat belakang tu pun dah selamat jadik kain buruk dah...wat lap lantai...


Ni masa nk bersiap2 g uma Embah lepas solat raya. Moto vespa yang simpan 1001 kenangan. Tak dapat aku nak gantikan moto kesayangan ayah ni..Tak pe la..Allah ganti dengan yang lain..Alhamdulllah.



Friday, October 10, 2008

AIDILFITRI CELEBRATION @ TX 2008


Actually, I tried several times to post this pic... got technical probs…Jeruk lagi la citer aku nih...Now, its already fixed..Thanks Julie ..eheh..meraba2 jugak di dunia serba canggih ni. Well, Sekejap je Ramadhan kan? Semoga kita dapat jumpa lagi Ramadhan yang akan datang. Amin. Belum puas rasanya nk buat semua sepanjang Ramadahn.Good bye Ramadhan & Ilal Liqa`.. sob sob..


Welcome Syawal...Hmmm..teringat kat citer P Ramlee pulak...ala..yang kat Kampung Pening Lalat tu...Ahmad Albab ke? hehe..This is my first time celebrate Hari Raya with my friends..and not with my family. So, pempaham la kan.. Sapa yang tak sedey beb. However, thanks for the technologies nowadays that make me able berwebcam & YM & YV with my family.



Aidilfitri at Texas? Lambat la 13 jam nk jumpa 1 Syawal compare kat Malaysia. By the time all Malaysian dh sendawa 40 kali sbb telan ketupat, lodeh & sambal kacang, here we are about to take wudhu` for Eid prayer.. a day before Syawal, dh siap gosok baju raya..sambil gosok baju, sambil terkenang kat kampong halaman..masa2 ni, aku, mak & adik2 tak amik port bab dapur dah..... sebab kitaorg buka posa dengan juadah raya yang lengkap. So, no more bersengkang mata malam raya utk merebus ketupat, memarut kelapa, memerah santan, menggoreng tauhu, membasuh ayam dll. One more things is, usually, my late dad (Al Fatiha) dh sibuk nak g jumpa Amil, the famous person during Eid. Walopun lebih afdhal jumpa Amil pd pg raya, my dad malas nk berebut2 coz that is the peak time - semua org nak jumpa Amil.. A night before Eid prayer, a group of people will come & takbir from house to house. That’s why my mom always prepare all those thing earlier…so, tak de la kelam kabut aku & mak aku nk layan orang2 yg mai takbir kat uma..my late dad & adik2 of course dah join group takbir tu kan..gabra jugak dua orang nak layan satu taman uma aku utk bertakbir..penat woo. tapi, malam raya tahun ni, aku x merasa la situasi gabra tu.Sunyi pulak rasanya...


Pagi raya, aku, Julie, Faisal & Juma Bayya berkereta ke masjid. Kat sini, dipanggil Islamic Center. Masjid tak lah besar. rasanya 3/4 luas HQ tempat aku kerja dlu2.Ramai juga rupa2nya. kbykan dr Pakistan, Jordan, Bangla&India…Eid Mubarak, Eid Mubarak..itu je yang didengar setiap kali bertukar salaman&dakapan. Ceria semuanya dengan pakaian negara masing2. We not spend much time here as we have to go to class (oh no! Class on 1st Syawal? ye la..ble je mnta excuse atas sebab2 religion...tapi, bila PK2, macam no point jugak duduk melanguk kat uma..bukan ada uma atuk & uma makcik yg nk g ziarah kan? so, g je la kelas..Kelas Statistik & Kelas Ekologi)..Hehehe..Usually, just pakai simple je.. jeans, long sleeve, tudung. Kali ni, g sekolah pakai baju raya...all of our friends keep on asking…why why and why…and kitorang pun explain, so, so, & so..



We arranged Open House for Malaysian in TTU during weekend..bila semua orang free & x g kelas. Zarul from Mississippi pun nak mai join as he is the only one Malaysian in MSU. Terbang pun dia sanggup... semata-mata nk rasa kemeriahan beraya dengan kawan2 di perantauan.



I put all the pics in the Facebook. tak larat la nak upload kat sini. Tapi, melalui gambar ni pun dah nampakkan kemeriahannya..Sanggup bersengkang mata wo..buat seme ni.. Aku, Julie, Zarul, Faisal bertungkus lumus siapkan juadah raya nasi impit (ala..mana nak kait daun pokok kelapa kannn....pakai ketupat plastik tu jer), sambal kacang, sate ayam, sate daging, sate vegetarian, bergedel, tahu sumbat, popia, bihun goreng, sup ayam (ble makan dgn ns impit or bihun), onde onde.pergh....aku&Julie tdo 2 jam je..tdo bergillir2. Zarul, kitorg bagi dia tdo lama sikit sbb sampai2 dr Mississippi, terus kna heret g kedai brg2 Asia & Walmart utk beli semua barang2 memasak.


Baru beli BBQ set just for satay..Malaysian BBQ with stick ;-)








Ramai jugak la yang datang. Tak menyempat2 nak makan pun..asik layan tetamu yg datang bersilih ganti. Huh..tak sia-sia masak macam nak rak. Lepas abis kat rumah aku, sambung Open House kat rumah Faisal pulak..wah..ni juadah raya ala2 Mamak Penang..ada ayam tandoori, kebab, roti canai, beriyani kambing, kurma kambing, manisan apa ntah..gulab jamun ke apa tah nama nya..aku pun tak ingat.





Well, malam tu, kat uma Faisal...eat all the time.from noon til night ..so, Gendang gendut la kan? eheeh..puas ati jugak...terasa kemeriahan raya tu walopun stil ada yg missing (my family & friends in Malaysia)..


Itu je la citer kali ni. Banyak betul citer yang aku jeruk ya ? Eheh..Ok la..sambung lain kali pulak.




Friday, October 3, 2008

AIDILFITRI UTK SEMUA!

SELAMAT HARI RAYA & MAAF ZAHIR BATIN kepada:

Mak, adik2 & keluarga di Johor, Pulau Pinang & Singapura
Tenaga pengajar, kakitangan serta kenalan di:
i) Sek Keb Bakri Batu 2, Muar
ii) Sek Men Dato` Sri Amar DiRaja, Muar
iii)Kolej MARA Kulim, Kedah
iv) Universiti Sains Malaysia, P Pinang terutamanya warga Pusat Pengajian Sains Kajihayat, USM
v)Jab Kesihatan Negeri Kelantan khususnya PKD Kota Bharu, warga VekKB, keluarga UKPBV khasnya AKS di seluruh Malaysia.

also, to all Muslim all over the world. Eid Mubarak!

Minta dihalalkan segala makan minum, ampum maaf andai ada terkasar bahasa dalam berbicara. Semoga kita dapat bertemu Ramadhan yang akan datang.

Tak lupa, al-Fatiha kepada yang telah tiada:
Ayahnda Elias Lepot
Che Zabidi Che Hassan
Hamidi Yusuf


p/s:
Yey, my 1st trial to post a message to this blog succeed. sort of my background la pulak... Being bored keep on waiting for Salam Perantauan..baik sokabo karen, mau pun sokabo kertas..Mungkin lambat sangat anto kot? (2 weeks before raya& xde la panjang berjela mcm kat ucapan atas nih :-P). However, we are lucky that we stil can use other alternative in this canggih world.Peace ;-)

Salam Lebaran

Assalamualaikum & Greeting to all,

I would like to wish you SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR DAN BATIN.

This is a trial to post this message as I`m not able to post anything since last week..huhuhu
-Ain