Followers

Sunday, January 15, 2012

Recipe: Ngeylat Muffin

Pada suatu petang yang dingin dan damai, saya merasa sangat bosan. Kicauan burung pun tiada kedengaran. Saya dengan penuh rasa boring, mahu membuat sesuatu yang lebih bermakna untuk hari tersebut. Syukur ke hadrat Ilahi, saya telah berjaya membuatnya dan menamakan ia sebagai Muffin meNgelat.Tehehe...


ALAT RADAS:
Sekerat kederat utk kayuh beskal
Sekeping Debit Card
Sebiji pasaraya
Muffin Tray
Muffin Cup
Premix Muffin – satu paket
Susu Segar – setengah cawan
Mangkuk untuk bancuhan
Sebiji sudu - untuk mengacau
Sebiji Oven – panaskn dulu pada suhu 425FahrenAhmad ( ;-P ).



KAEDAH:
Bancuh sepaket premix dengan susu segar.
Kacau hingga sebati.
Letakkan 3 sudu besar bancuhan tersebut untuk setiap muffin cup.
Masukkan dalam oven & biarkan 15 minit.







Tadaaaaa..Sedap woo makan muffin panas2 (Saya suka perisa ni sebab tak terlalu manis)
1 packet dpt 8 biji muffin. Dalam gambar ni, 4 biji yang lain saya terpaksa sorokkan dalam perut :)

3 comments:

manggosteen said...

alat radas ko tak cukup..mana basikal ?ko tak letak pon..

ainzoo said...

@manggosteen:
Beskal aku dal letak kat entry yang kat bawah ni..hehe

http://nurulainelias.blogspot.com/2008/11/november-rain.html

Anonymous said...

aku slalu ngelat...tapi yg penting anak2 aku nampak aku seorang mak yg 'hebat'...gegege...namun mr.boan sememangnya tau...hahaha...