Mung Bean`s Porridge - bagi komersial sikit namanya. ahaks
BAHAN-BAHAN:
Kacang hijau – 300g – rendam lama cikit kalau nak cepat masak :D. Rebus dengan air rendaman tu tadi.
Pandan – sini xde yang fresh. Amik dlm 2 – 4 lai & simpul2kan
Keledek – ni optional. Tapi, aku mmg suka buh... sedap tauu
Halia – 1inci setengah, hiris @ ketuk
santan kelapa – 1/3 biji. Depends pada kuantiti air yang dimasukkan masa rebus. Aku jenis tak suka byk2 sgt. Cukuplah sekadar tekak aku ni ada rasa lemak2 sikit. option lain – susu – sukatan? kaedah cuba jaya… sekali lagi, tepuk tekak, tanya lidah, suka lemak tahap apa kat susu tu
Piloncillo – Gula Melaka / Gula / Nisang / Manisan – sebuku
Gula Merah – 4 sudu besar (depends tahap coklat yang dikehendaki)
Gula pasir – kalau tak cukup manis dengan jenis2 gula di atas. Ikut suka nk letak berapa banyak.
Umpan tekak ketika penyediaan bubur kacang.. kellas gitew :)
KAEDAH:
-Rebus kacang hijau dengan air, daun pandan, halia, hingga separuh empuk.
-Tambahkan sedikit air & masukkan keledek.
-Masukan santan, gula merah, gula pasir,masak hingga mendidih, masukkan garam sikit, -Angkat & sajikan.
Dah siap dlm mangkuk. Best makan masa suam2. Ada yang suka buh dlm esbok dlu baru makan. Aku kalau dah alang2 nk sejuk, better buat eskrem kacang ijo..pergh.. ngam sehh
5 comments:
kat amerika pon ada gula merah bahasa melayu?
@manggosteen:
Ada le beb. Aku kais2 kat Kedai Asia tu. Tup2 jumpa.
Milo Mesia ada,
sumi mesia pun ada,
Biskut pat sagi yang ada gula (biskot cap pingpong) tu pun ada.
Yang tak ada cuma telur pindang, kuarga aku & kawan2 mesia aku termasuk ko .. tehehehe
kalo hidang kat mak mentua jgn buh daun pandan tu...wakakaka...
boleh try nnti neh ^^ huehue
@Ija:
Mak mentua gua suka makan daun pandan. Dia kata baru la rasa puas makan.
@Dhiyalova:
Sila kan ;)
Post a Comment