Followers

Tuesday, January 31, 2012

... Akoo Rendu Kamoo! LOVE ...

Nothin` much...

Aku rindu kamu, Ya Rasulullah.
Di kala ini, di saat ini, aku sebak.
Entah dari mana datangnya.
Mataku mula kabur, air dalam kolam mata ini tumpah lagi.
~ Allahumma Solli `Ala Muhammad ~


crdt untuk ini.

Aku rindukan ini juga...
Lama tidak ku dengar.
Perlahan2, ku alunkan sendiri.
Mengikut bait2 puisi yang dikarang oleh bijak pandai.
Kolam mata ini pecah lagi.
Aku benar2 menghayati... untuk pertama kali, sepanjang lebih tiga dekat jantungku berdenyut.
Ya... PERTAMA KALI rasa ini menyusup jauh ke dasar hati.


crdt untuk ini


Aku rindukan ini juga...
Lama tidak ku dengar. Perlahan2, ku alunkan sendiri.
Ya, ku alun sendiri, di bumi gersang ini.
Ku alun sendiri dengan rembesan masih pipi.
Sesungguhnya, Aku rindu Kamu... Ya Muhammad bin Abdullah!
Aku optimis! Aku mahu ketemu kamu nanti.
Ketemu & merayu syafaat darimu ketika Qiamat nanti.
Ya Allah, perkenankan doa hambaMu yang hina dan penuh dosa ini. Amin!!!...

2 comments:

Topek said...

Lagu Junjungan Mulia tu teramat popular sekitar tahun 70an.. Masa tu ain pn tak lahir lagi.. Tapi masa tu susah, radio kaset pun tak ada kt rumah. TV pun hitam putih lagi. Itupun bukan semua orang ada.
Kebetulan tak jauh dari dusun durian ayah saya ada orang kaya menginap di situ. Jadi anak dialah yang duk pasang lagu ni (dan lagu2 lain dalam album yang sama). Speaker dia je macam konsert punya. Bingit telinga tapi seronok. Bayangkan 1 kampung boleh dengar..

ainzoo said...

@Topek:
A`ah Bang. Memang belum lahir lagi. Tapi, popular tak popular jugak le sampaikan nasyid ni lagu wajib untuk pertandingan nasyid sekolah rendah pada tahun 1989-1990kat Muor. Mcm2 yang teringat... kawan2 & of course Kekasih Allah yang seorang ini.