
1 Mei 2011 - Selamat Hari Pekerja untuk semua yang bergelar pekerja.
Tak kiralah, kolar biru, kolar putih mahupun yang kaler pelangi. Ramai yang amik kesempatan untuk balik kampong sendiri, kampong mentua mahupun kampong orang lain. Tapi, aku tau, ada juga yang tidak bercuti, terus bekerja demi kesejahteraan rakyat, keamanan negara dan lain-lain. Salah satu aktiviti yang jadi tumpuan sudah semestinya Perhimpunan Hari Pekerja ( 7 Mei 2011, Stadium Bukit Jalil).
Beberapa jam lepas, aku jadi tertarik dengan status seorang kenalan di laman sosial. Bunyinya begini:
Oh Gomen- The Never Ending Story... Sighhh.
Ini jugak keluhan seorang taulan di laman sosial beberapa minggu lalu. Senario yang kita pun sudah sedia maklum...
Hahaha. Berusaha betul aku nutup mane2 part yang patut... Gambo pun kecik. Kolo nk baca, berusahalah untuk besorkan imej ek...
Semoga kita boleh berubah kearah yang lebih baik. Cermin-cerminkan le diri kita. Jadikan iktibar. Tak kisah lah kita ni pekerja gomen, pekerja swasta, bakal pekerja. Laksanakan tanggungjawab masing-masing.
Sekadar info:
Tema Hari Pekerja 2011: " Pekerja Merealisasi Transformasi Negara"
Tema “Pekerja Merealisasi Transformasi Negara” dipilih sebagai penghormatan kepada warga pekerja seluruh Malaysia. Warga pekerja inilah yang membanting tulang penuh berdedikasi dan komitmen jitu serta mempunyai semangat juang yang tinggi untuk terus memperbaiki prestasi dan produktiviti melalui kemahiran, kualiti, integriti, proaktif, berinovatif, kreatif dan berprestasi tinggi sejajar dengan Program Transformasi Kerajaan bagi merealisasikan negara berpendapatan tinggi seiring dengan Wawasan 2020. Aku amik kat sini.
p/s: I would like to wish Happy 27th Birthday to my 2nd brother, Capik (name manje kekononnnnn...bluwek... heheh) yang jugak jatuh pada 1 Mei 2011. Ramai orang cuti sebab besdey dia...pergh..ngalahkan Agong ek? Semoga dikurniakan tubuh badan yang sihat untuk jalankan tanggungjawab untuk diri sendiri, kuarga, agama, anak bangsa & negara. Amin
Ceh... ko ni asik2 epi besdey je. Ko ni dh tak de modal lain ke?
Hehe... Apa boleh buat...kuarge besor... tu blum masuk besdey aku yang aku sambut tetiap ari... La la la la.
7 comments:
Kok iye pun nak dinaikkan gaji pekerja janganlah gaji kump.sokongan je dinaikkan. Ni tak.. Gaji kump. sokongan nak nak sama dah dgn P&P. Ada setengah2 gred, gaji sokongan lbh byk dr P&P. Baik jadi sokongan je..
huhu...kalo mencarik salah orang, memang takkan abis2....
sama jek gomen ke, swasta ke...kalo dah kelisa tu kelisa gak...
Gorengbaek - Apsal orang ni jam lagi mudah dapat penyakit?
Hangit Habis dah - Kenapa ko selalu meninggalkan aku??
Kerat Senget - My Own Path
@Tbo Twu: a`ah. agree. Kumpulan Sokongan ada Elaun Lebih Masa. Kumpulan Pengurusan & Profesional takde even ligat kepala memikior plan & strategi. Tang kenaikan tu kena la selaras... I mean, untuk semua kumpulan.
Cuma, kureng adil kalo 25% naik gaji kat Kump Sokongan if bandingkan 25% kat Kumpulan P&P and JUSA.
@Along Tapa: biase la Long... ce try ko nunjuk kat orang--> satu ibu jari nunjuk orang, 4 jari yang selebihnya nunjuk kat diri kita sendiri. Kolo bising lelebih pun, seme nunjuk kat kita. Sebab:
Kita lah pekerja yang memberi khidmat kat masyarakat.
Kita jugak lah yang bayo cukai.
Kita lah ra`yat.
Kita lah kerajaan/gomen.
Renung2kan. Kena sama2 perbaiki mana2 yang masih kureng. :)
post yang menarik tak tertarik...
~yeop~
Usah fikirkan apa yang orang kata. Teruskan usaha untuk berubah kepada yang lebih baik. Tidak mengapa "slow" macam kura-kura yang mustahak berjaya menunjukkan "bukti penambahbaikan". Setiap tahun saya beli hadiah untuk diri sendiri apabila telah capai "target". Tidak kisah walaupun tidak dapat "Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, APC" kerana hadiah daripada diri sendiri adalah lebih bernilai dan sangat bermakna. Wak K
Yeop: tertarik menarik kau memang da bump :)
Wak K: A`ah... berusahalah kit untuk keluar dr kepompomg itu. Semoga hari ini lebih baik dr semalam dan hari esok lebih baik dr hari ni. Amin
terbiasa kerja badan berkanun...kerja mcm swasta gaji kerajaan....tapi kerja gila puashati...7 thn kerja pun tak boring....sejujurnya bila masuk fully gov (bru 2thn lbh)...sakit jantung aku nak cerita...M.A.L.A.S la nak citer...
Post a Comment