Followers

Saturday, April 23, 2011

INI BETUL – BETUL… BUKAN MAIN – MAIN…

Cakap Pak Mustar itu memang betul. Bukan saja-saja aku post entri ni.
Cuma nak kawan-kawan kat luar sana belajar untuk terima hakikat yang sebenar…
Jangan terus Lena Diulit Intan. Biarlah Intanku Kesepian buat seketika. Hoiii…Dah2… jangan bazirkan masa meraban tah pape.

Selayaknya, entri ni dilabel sebagai pandangan peribadi aku.

Ahaha..Ko takut ke?
Takde lah… Mana ade. Dah aku punye blog… bukannye aku bebel kat blog orang lain. Kali ni, banyak menjurus kepada pilihan kita untuk masa depan, terutamanya klawan-kawan yang baru atau nak abis belajo. Tak kisah la belajo pape pun, waima peringkat apa sekalipun.


Blajo kat unibesti ni sekadar untuk dapatkan GAJI yang sesuai dengan qualification yang korang ade. Bagi pendapat aku, akademik tu 40% & softskill 30% & hardskill 30%.





Eh…Lu pehal. Tetiba je taip unibesti?
Aku tulis perkataan unibesti ni sbb ada orang rasa rendah diri dengan kelulusan yang tak sampai peringkat ijazah. Rezeki kat mana2 wahai kawan. Allah dah tetapkan rezeki untuk semua hamba2Nya. Kalau nk gaji lebih, usaha lagi.

Aku tulis perkataan unibesti ni jugak sbb ada yang berpendapat `Kolo masuk U, senang dapat kja`. Helooo… korang kena ingat…Nasib kita tak semestinya baik. Apa? Korang ade kabel? Hmm …silakan… Takde kabel? Hmmm... La Tahzan…angkat sikit dagu tu… berusaha lah dan bersangka baik… Insya Allah…

Ingatlah:
Jika Allah cepat makbulkan doamu,Dia menyayangimu,
Jika Allah lambat memakbulkan doamu, Dia sedang mengujimu,
Jika Allah tidak memakbulkan doamu, bermakna Dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu



BAB1: GAJI (NI BENDA PERTAMA KORANG TENGOK KAT IKLAN KERJA KAN?)

Aku malas nk bagi ceramah motivasi akademik. Malas nk bgtau pasal cara-cara buat Resume. Cuma nk bebel tentang bab duit… (sapa nak kja free2 kan?). Apa? Ikhlas? Ya ya ya..aku paham ttg tu..tapi, duit pun nak jugak kan? ehehehehe




Bagi sesiapa yang masih kurang faham, meh aku jelaskan sikit tentang maklumat perjawatan:
Kumpulan Sokongan adalah yang kelulusan Diploma hingga ke bawah. Contohnya:
Kalo Diploma, tangga gaji P1T1-29. Kalo SPM tangga gaji P1T1- 17.

Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) ie budak2 lepasan univ, untuk lepasan Ijazah Sarjana Muda, jawatan yang setaraf ialah 41 (dalam istilah gomen)... Gaji biasanya starting dg RM1600 - 1800 utk basic (ini time aku dulu-dulu la). Tu dlm istilah gomen, diorang akan bg istilah `tangga gaji P1T1 - 41`.

Skim pulak, kalo Sains -->C, Penyelidik -->Q, Perbatan&Farmasi--> U, Pentadbiran -->N, Guru--> DG, Pensyarah -->DS(Aku bgtau ni sbb ada yang tak tau / tak faham / tak amik port). So, kalo pegawai sains yang baru dilantik(lantikan pertama), istilahnya C41 - P1T1.

Kalau DG41 maknanya jawatan setaraf kelulusan Ijazah Sarjana Muda untuk bidang perGuruan.
C41 maknanya jawatan setaraf kelulusan Ijazah Sarjana Muda untuk bidang sCience.
J41 maknanya jawatan setaraf kelulusan Ijazah Sarjana Muda untuk bidang teknikal&keJuruteraan.
U41 maknanya kelulusan setaraf dengan Ijazah Sarjana Muda bahagian perUbatan (farmasi pun if tak silap guna coding U).

Cukup la tu kot untuk kawan2 paham. Saja je aku bg info ni, so kalo korang tgok iklan kja, paham dah la apa yang dimaksudkan dgn istilah2 gomen tu). So, untuk tu, korang akan paham jugak tentang level gaji yang layak korang terima.

BAB 2: TAK DAPAT KERJA YANG AKU IDAMKAN.

Jangan camtu wahai kawan.

Bab core bussiness dalam kerja/kerjaya tu, actually, xde guna sangat pasal apa yang korang blajo… Aku bagi contoh untuk bidang aku je la…untuk Zoologi & kebanyakan majoring, itu mmg terlalu basic. Utk praktikan & implement apa yang korang tau dlm bidang Zoo, you need to read a lot, talk a lot, present a lot, publish a lot (ni kalo wat research la).

To be frank, dalam Msia ni, xde la mcm omputeh, Grad in Zoo majoring, akan kja dalam bidang Zoo. Kat Msia, Grad in Zoo majoring pun ble ditawarkan kja bidang pentadbiran. Its sucks but that is the reality. Sbbnya? Suruhanjaya Perkhidmatan Awam hanya tengok Ijazah Sarjana Muda ...plus Sains. Paling related pun, korang akan ditawarkan jawatan Pegawai Sains. Pastu, nasib la kna kat Jabatan apa..Kalo korang budak Biologi tapi kna kat Jabatan Kimia amacam? Hehehe..jangan PK singkat okey? Budak Biology pun ble je kja kat Jabatan Kimia. Tak nengok CSI ke? Hehehe.

Ada kawan2 aku yang kja menyimpang dari kelulusan yang dia ada:
- Majoring in Entomology but kja as Pegawai Tadbir Diplomatik. Mojoring in Zoology tapi kat syarikat telekomunikasi…(ada jugak yang kerja kat syarikat komputer terkenal di Malaysia).

- Majoring in Business Management but kerja as Wartawan. Majoring in Pharmacy but kja kat bahagian Quality Control kat kilang tekstil.

- Majoring in Business Management, end up with lecturing Maths in private college.

Tak kisah la kerja gomen @ NGO pun. Tp, diaorang stil boleh survive & ramai yang bjaya dinaikkan pangkat & gaji pun lumayan. Moral of the story, terpulang pada diri sendiri utk pupuk minat kat kja yang ditawarkan.

It is so hard & need a lot of efforts but worth it. Believe me…
Well, ni lah realiti kat MALAYSIA. Cemerlang Gemilang Terbilang & 1 Malaysia.

Kalo utk CGPA/PNGK tu pulak, if ada niat utk sambung study, perlu la elok2 kan angka2nya. Tapi kalo xde niat nk sambung study, angka2 yang cukup makan pun dah ok dah (tapi, kena ingat…kalo CGPA bawah 2.00 tu, orang takkan pandang. Itu tapisan pertama yang panel akan tengok selain SPM korang).

CGPA yang baik xmenjamin `senang` untuk dapat kja … seseorang yang excellent in Theory, belum tau lagi excellent in Practical / Real Situation. Biasanya, mereka yang mudah dapat kja adalah performance diorang masa interview..selain bpakaian kemas & tak terlalu menjangok, ia juga depends on how we convince penemuduga tu ttg komitmen yang bakal kita beri & kematangan pemikiran kita.

Tak kurang daripada tu, softskill amat penting untuk memastikan korang berjaya di alam pekerjaan. Syllabus ni, mmg xde kat mana2 unibesti selain drp Unibesti Kehidupan. So, sentiasa lah tingkatkan kualiti diri masing2. Secara ringkas, tip top bab akademik tapi, kalau mulut bangkai mmg xde gunanya – ikut lah resmi padi…

Aku bgtau ni, bukan utk de-motivate korang. Cuma, cakap yang betul, after several reunion/meetings with my colleagues & bbrp tahun jd gomen servant (hahahahah...info yang tersirat ...aku suda tuwe... ), itu lh yg aku rase.

Maka, fikir2kan lah halatuju...
- bila nk kja
- bila nk kawen,
- bila nk setel kuarga sendiri,
- bila nk wat rete sendiri (keta, uma, dll properties)
- bila nk g wat haji
- bila...
- bila...

(well, kita kja utk cari duit utk kuarga bukan? ;) )

..... dan aku jugak tgh PKkan perkara yang sama.


BAB 3: PERSIMPANGAN DILEMA… NAK KERJA @ SAMBUNG STUDY?




Dont worry so much if korang dapat kja dlu (especially line2 gomen) rather than peluang utk smbung study...just follow the flow.. & ada hikmah disebaliknya. Kita hanya merancang, Allah yang tentukan.

Kalo niat asal nak further study but tba2 dapat kja pulak, that is not the end of the day…

If dah kja pun korang stil ade peluang utk sambung study. Kalo kja gomen, boleh dapatkan scholarship utk lanjut pelajaran (aku tak ingat istilah apa..tp, ada smthng pasal hadiah..Hadiah Latihan Persekutuan ke apa kenama ntah). Ada jugak yang dapat cuti belajar bergaji penuh, cuti belajar bergaji separuh, cuti belajar tanpa gaji. So, permohonan tu xguna pun CGPA yang korang dapat sebaliknya guna markah LNPT (laporan pencapaian kerja tahunan ..aku lupa nama penuhnya... korang gugel je la) utk dapatkan Hadiah Latihan Persekutuan (biasiswa utk org2 gomen)dan CGPA cemerlang korang tu akan korang guna utk application Graduate study kat Univ yang korang pilih. To make it short, LNPT utk dapatkan scholarship, CGPA utk apply Univ. Kelebihan:xpayah sesusah PK pasal nk cari kja sbb akan kembali ngan kja sama but tangga gaji yang lebih tinggi. Lumayan bukan?

Korang mungkin blur2 je pasal aku citer pasal Skim/Gred2 dalam gomen, gaji2 gomen dengan segalabagai LNPT & tah pape singkatan lagi tu. Tapi, bila korang dah masuk alam kja nnt, korang akan paham sendiri… Masa tu, celik2 mata tetiap pagi, ini je la yang muncul kat kepala korang sambil2 drive keta di celah2 trepik jem & juga sebelum punch card kat opis.

Kepada yang masih belajo, setelkan kelas, thesis etc. Jangan serabut2, setel satu persatu dlu. Korang akan windukan zaman study masa korang dah kja nanti. Trust me :)

Kepada yang baru lompat tinggi sambil tepuk tapak kaki sebab dah abis Final Exam, siap sedia lah dengan preparation untuk Viva FYP. Sambil2 balik kampung, carik la sikit duit utk persiapan Konvokesyen. Semoga kawan-kawan dapat completekan study dgn kaler terbang (jangan lupa amik gambar depan pintu pagar sekolah/fakulti/unibesti memasing & buh kat Profile pic memasing, ok? Anda memang layak untuk itu semua).

Dapat kerja yang bukan idaman korang - Itu rezeki Allah nak bagi.
Dapat kerja yang memang korang idam-idamkan - Itu juga rezeki Allah nk bagi & anggap la ia satu bonus.

Semuanya ujian... Semoga kita jadi hambaNya yang bersyukur. Amin
(Pak Mustar..ini cobaan... dan ini juga betul-betul..bukan main-main)

Ok la. Ini je la bebelan aku kali ni (sebab aku nk layan Maharaja Lawak Minggu 4 kat As-Tube).




Daaaa.

8 comments:

Along Tapa said...

lorh...ko nak buat koyak aku jek...dahla aku tahun depan baru dapat dip....

kije jek apa-apa...yang penting minat ada..

Gorengbaek - Permainan minda: solve and you get the message

Hangit Habis dah - Laugh out loud damn it....cheer for this world....

Kerat Senget - Kaa Dabri

ainzoo said...

Along Tapa:

Weh..tak de hal. Ko nak koyak pe pulak?
Pada kelulusan akedemik tu cuma tiket untuk kita dapat tempat dalam alam pkerjaan.

Nk duit banyak, buat kja banyak. Work smart & work harder. Naik pangkat, gaji pun berkat.

Duit ni berhantu tau. Cari banyak mana pun tak kan cukup ...

manggosteen said...

serius panjang..tapi aku dapat rumuskan bahawa rezeki ada dimana2..usaha tu yang penting..lagi senng klu tak memilih kerja..amek engineering pastu kerja admin..apa ada hal..asalkan halal..aku tak lama lg akan tempuhi alam pekerjaan..ntah camne la..

ainzoo said...

manggosteen:

a`ah..mmg siyes panjang entri kali ni.

aku awal2 plan nak separate kan by Bab2 kecik tu..tapi, macam malas sbb semenya ada kaitan (macam la tak ble nk wat link ..ahaha)

itu le motif aku. kalau ada yg terbaca entri ni, at least, ble plan step2 seterusnya.

Idup ni penuh percaturan ...antara kehendak kita dengan ketentuan Allah... Kita kena usaha sehabis baik & berserah padaNya

mrsboan said...

walau dah mcm2 dilalui..tapi mcm2 lagi kena lalui....Allah sentiasa disisi...

ainzoo said...

mrs boan:
a`ah..agree... semuanya mematangkan kita... belajar terima ketentuan... ikhtiar untuk ubah nasib diri... Semua yang terjadi, ada penyebabnya dan ada hikmahnya...yang penting, jadi lah hambaNya yg bersyukur.

kisah kita said...

Ain, komen aku yang telah berkecimpung dalam dunia tapis menapis org mohon keje.... antara faktor UTAMA yg menyebabkan calon langsung tak tersenarai pendek :
i. masa mohon tu main suka2 je... dengan niat ... kalau dapat tak pe.. tak dapat pun tak pe... tak kisah pun.. sebab tu resume tak update... gambar 15 tahun yang lampau.... borang GF/BF yang isikan... nama jawatan yg dimohon pun tak kau aper..... dan lagi teruk... tak tau pun apa nama tempat keje yang dipohon....
ii. lupa minta mak abah tolong doakan....

wallahualam....

ainzoo said...

A`ah..
Good point tu ...
Takde kesungguhan dlm mntak kja...Aku sokong yang tu. Sifat2 tu kita ble kesan masa kat peringkat sekolah & universiti lagi..Awas lah bg sesapa yang suka wat kja smbil lewa, xde inisiatif nk ubah nasib diri untuk jadi lebih baik.
Last part --> restu mak bapak penting... Ape la salahnya bgtau kat mak bapak utk dorang doakan spy ati tenang & lancar jawap soklan2 penemuduga& mnta dilembutkan ati j/k pemilih..