Followers

Tuesday, April 19, 2011

... Cha Cha Mar Ba ...

First of all,
Selamat Hari Guru untuk semua guru2 yang pernah mengajar aku
sejak sekolah tadika smpi la sekarang ni. Pernah jugak aku citer dedulu.

serta,
Selamat Hari Guru buat suma kenkawanku yg bertitle cikgu...

mudah2an segala jasa,kesabaran & pengorbanan kalian dlm mendidik anak2 bangsa
akan diberkati & mendapat semulia2 balasan di akhirat kelak. Amin


Kali ni mcm cacamarba.Byk benda aku selit2 dalam ni. Sbb asik ade problem aje dengan blogspot.com lately.Ntah nape. Ada gak komen2 kawan2 aku yang ilang. Aku pun ada buh komen yang teramat panjang kat blog kawan2, tapi semuanya hancus..ilang lenyap begitu aje. Tapi, xpe lah. mujur topik2 kujerukkan kat Word bebrapa bulan lepas... Boleh la aku jamak kan sekali sambil2 aku jugak kopi pes entri2 (yang dh ilang) untuk kesekian kalinya.

Mula2 untuk Hari Guru (seperti yang di atas)
Lepas tu, topik tentang one of my sifu.
Topik yg terakhir, sikit info tentang kelawo lagi.


My Sifu
Aku rasa bertuah & tak mau sia2kan peluang yang ada.

Aku tumpang gembira. Walaupun bukan aku punya..tapi, dapat la jugak tempias2 nya...
Banyak benda yang aku dapat belajo dengan dia ni...Tak lain tak bukan, Tigga Kingston.



Citer penuh, ble dapat kat sini.


Jadikan aku lebih bersemangat & kerja lebih kuat untuk teruskan perjuangan selama tempoh pertapaan ni. Semoga aku berjaya dengan `kaler terbang`. Amin.



Satu lagi pasal kelawar yang aku nak kongsi (ini takde kaitan dengan `Lu Langsi Lu Mati`):

Kelawar menyumbang lebihkurang 50% daripada spesies mamalia kat Malaysia. Nape? Tak percaya ke?
Kelawar ni salah satu komponen penting untuk ekosistem termasuklah di Hutan Hujan Tropika.

Peranan kelawar:
1 - Tukang sebar biji-benih untuk forest regeneration. Kelawo ni Qadha Hajat sambil terbang. Jadinya, biji2 benih yang terkandung dlm najisnya tu akan tersebar merata alam& kalau yang jatuh menimpa permukaan tanah, biji benih tumbuhan hutan dapat bercambah dan lantai hutan penuh dengan tumbuhan2 baru. Kelawo ni juga ada yang kemam makanan (especially buah2 utan) untuk dibawa kesatu tempat yang agak selesa (biasanya ranting atau dahan pokok) sebelum buah tersebut dinggerakot/ (eheh). Terkadang, buah tersebut tak sempat dimamah dan terus jatuh ke lantai hutan (Seperti kata seorang embah jaman aku jadi budak2 Milo dolu2 - `kalau Allah kata itu bukan rezeki kamu, even makanan yang ada di mulut kamu itu pun takkan masuk kat esofagus kamu`).

2 - Agen pendebungaan (seperti yang pernah aku bagitau dulu). Bukan setakat durian je. Petai pun kelawo yang tolong debunga kan... (Tapi aku kureng ar nak makan petai..pada aku, tempe lagi best...ihihi).

3 - Bantu kawal populasi serangga perosak tanaman (dan nyamuk juga - tapi yang ni masih dalam penyelidikan). Kat Siam, dah ada hasil kajian tentang ni. Kat Texas, ada juga hasil kajian tentang ni. Nak tau lanjut, mgkin ble gugel. Insya Allah, aku pun nk share jugak ttg hal ni untuk entri aku yang akan-akan-akan datang... aku tak nak terlalu akademik sangat... memadai lah dengan info2 ringan & istilah2 yang mudah untuk semua orang paham)


nggerakot: gigit / kekoh (oyat ore pata timo)
embah: atuk (mm..alek pata timo, gapo namo tahhu. lupo doh..mmm panggey Tuk jugok bekali?)
esofagus: salur pemakanan bermula dr tekak smpi perut.

No comments: