Followers

Wednesday, August 22, 2012

Back to School_ Fall 2012



Dulu,

Pergi SKBB2 untuk beli kelengkapan sekolah,


Buku latihan dan buku rampaian (beli yang mana perlu je),


Berkampit2 beg plastik,


Nasib baik pergi dengan vespa Ayah,


Aku punya, Adik punya, dan Adik punya,


Seharian aku kerjakan buku2 tu semua,

Balut plastik – buku teks dan buku rampaian,

Bila otak semakin bijak,

Aku balut plastik untuk buku teks je,

Buku rampaian aku cuma letak salotep setiap penjuru... Ahaks,

Hari pertama, belum ada jadual waktu,


Beg pun ringan – bawa satu buku latihan je,


Kasut sekolah putih bersih, siap dengan setokin,


Baju sekolah dah siap gosok,


Dalam kepala, cuma satu je,


Tak sabar nak jumpa kawan2,


Super duper excited.


*********

Sekarang, 

Hehehe…. Sendiri paham le, kui kui kui,

Mungkin dah sampai limit,

 Sang malas mula menyelubung,

Aku tepis, terkadang tersandung,


Sembah tabik pada yang di hujung usia,


Tinggi semangat penuhkan dada,


Aku yang dipertengahan usia,


Hampir lelah separuh dada,


Terima kasih dengan doanya,


Hanya itu yang aku ada.


I promise to myself,

This is the last time,

I will do my best,

Nantiku pulang cemerlang,

Kertas gulung itu aku kaler terbang.







GO TECH - GUNS UP!






Beg sekolah &kasut yang tak pernah berganti sejak dulu.

Hanya beli buku latihan sebiji. Ala kadar. Hihi


Beskal aku dulu, kini dan selamanya. Pernah kena curi gak sekali.
Kaler yang sama juga aku ganti. Kena ada plat no jugak. Aku pilih GUNZ UP. Kalau la JPJ izinkan aku buat plat kenderaan macam ni, kan best... :-)




*hai. entah kenapa setting abis lari. Malas la nak repair2. =.=" *





=============================================
Latest info: Basikal kesayangan aku kena curik. Ngam2 sehari lepas aku snap gambar ni. Adoyai. Dugaan btol.
Dengan situasi kewangan yang semakin meruncing, kena pulak spend pitis untuk beli basikal baru. Ingatkan nak ala kadar je untuk Back to School kali ni.
Erm. Tak apalah. Allah Maha Tahu.
Ya Allah, Kau gantikan la dengan sesuatu yang lebih baik untuk hambaMu ini, Amin.
23 Ogos 2012

============================================

2 comments:

manggosteen said...

oit selamat kembali kesekolah.

ainzoo said...

@manggosteen:
oit.. macehhh. hihi