Perasaan kehilangan itu seperti sukar diterima.
Bukan kehilangan data2 penyelidikan.
Tapi, kehilangan sesuatu yang amat bermakna. Ayah pergi. Bukan pergi ke kedai. Perginya tak mungkin kembali.
Lima tahun yang lalu, situasi getir ini menyerbu dalam kehidupan kami. Masih segar lagi kronologi itu. Seakan seperti tidak percaya, namun itulah hakikat. Hingga sekarang, kami semua merindui ayah. Rindu bermain janggut kasar ayah, rindu menganyam ketupat dengan ayah, rindu dengan lawak jenaka yang membuat kami sekeluarga tidak kering gusi. Walau kemana jua kaki ini melangkah, ingatan pada Ayah sentiasa di kotak fikiran. Hanya doa & kiriman Al Fatiha sahaja yang dapat dilakukan tatkala hanyut dengan tuntutan duniawi yang lain.
Apapun, kehidupan ini mesti kita teruskan.
Nasib ibu perlu dibela. Kebajikan ibu wajib diambilkira. Lantas, ikatan kekeluargaan adik beradik menjadi semakin kuat dan lebih erat. Semua dengan satu tujuan utama --> bahagiakan Ibu, gembirakan Ibu & curahkan bakti kepada Ibu.
Ya...Apa sahaja, semuanya Untukmu Ibu!!! Sekarang, dia lah Ibu & dia lah Bapa. Betapa kita terasa kehilangan Ayah, Ibu juga begitu, malahan pasti Ibu lebih lagi terkesan dengan kehilangan.
Adik2, kita kena kuat demi Ibu kita yang tersayang.
Bukan meratap malah bukan menolak hakikat. Sekadar melepaskan apa yang tersekat.
2 comments:
doa yg terbaik untuknya..insyaAllah..
Yup..Doa mmg selalu aku iringkan setiapkali selesai solat
Post a Comment