
Aku gugel je pic ni. So, kalo anda tuan punya gambo ni, aku mnta izin untuk buh kat entri aku.
Assalamualaikum,
Selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Rebutlah peluang emas ni untuk pahala & ganjaran yang sebanyak mungkin --> macam masa korang kekecik dulu, ada sukaneka yang main rebut gegula... ataupun rebut syiling dan gegula yang dilambung oleh mempelai (bukan Mael Lambung okey?) masa dtg kerja kawen kat uma sapa2 lah... Kalau main dam Ulo-Tangga, alangkah gembiranya ati kalo dapat naik tangga kan? Kadang2, sampai naik dua tingkat tangga.
Hmm...camtu la diharapkan sepanjang bulan penuh barokah ni. Rebut lah semua ganjaran2 yang dah Allah janjikan untuk kita. Di bulan Ramadhan, semenya berlipat ganda ganjarannya. Ikhlaskan hati untuk ibadah, mudah-mudahan segala amalam kita diterima Allah.
Dikesempatan ini jugak, aku nak mohon ampun maaf andai aku terkasor bahasa & terlancang kata dll sepanjang korang kenal aku. Mintak halal makan & minum aku selama ni. Kalau aku ada hutang kat korang, sila claim ngan aku secepat yang mungkin ya.
Aku tak ingat dari mana ayat ni (macam biasa, aku malas nk gugel search). Tapi, ni adalah antara ayat2 yang aku hafal macam burung tiung masa sekolah tadika berpuluh2 tahun lalu:
"Bekerjalah kamu seolah2 kamu hidup selama2nya, dan beramallah kamu seolah2 kamu mati esok hari"
Andainya ini Ramadhan korang yang terakhir...
Andainya ini Ramadhan aku yang terakhir...
Yok kita sama-sama rebut peluang keemasan ni untuk bekalan kita pada Hari Kebangkitan kelak.
Akhir bicara,
Marhaban Ya Ramadhan ...
6 comments:
selamat menyambut puasa..semoga puasa kali ini lebih baik dari tahun lepas..
Selamat menyambut Ramadhan juga buat kak ain ^^
@ manggosteen:
Selamat berpuasa jg .. Insya Allah. Sama2 lah kita buat yang terbaik & mudah2an diampuni dosa & diberkati amalan kita.
@dhiyalova:
Tengs :). Sama2 lah kita rebut semua peluang yang ada. Tamak pahala takpe asalkan tak riak.. :)
yok!!!...alhamdulillah bertemu ramadan lagi..
aku jwb sini kat sini la..hehe...betul ke ko nak bagi?....ekeke...aku OK se-sangat la...
Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST)
Jalan Petani 19/1
40900 Shah Alam
Selangor
haha kelako la pulok....
p/s: merasa aku dpt kad raya dari oberc... gegegege
mrsboan: yok.. :)
aku dh anto dah..tggu pas raya. aku kasik can ko raya pepuas kt kg. balik masuk opis sok, ada kad raya untuk ko :)
Post a Comment