Followers

Thursday, January 6, 2011

Dah Bersara – Patah Tumbuh Hilang Berganti…

Br jap td aku dpt tau berita ni. Aku rasa seme orang kenal dengan beliau. Dr start aku belajo puasa sekerat ari sampai la ke saat2 puasa yang tak penah nak cukup sebulan ni, aku cuma biasa dengor suara dia je. Penampilan yang selalu kita tunggu masa nak mula puasa dan nk raya. Seolah2 tak lengkap malam2 yg berkenaan tanpa pengumuman yang dia buat.Tak kira la kat tv ke, radio ke. Masa dia wat pengumuman, seme kja2 pun terhenti. Seme mata terpaku kat TV, seme telinga dibesorkan cupingnya. Dalam pada tu, ada pulak yang sempat berdoa - moga2 esok ble makan utk sehari lagi. Ada masa & ketikanya sempat jg berdoa dlm ati moga2 esok dah ble makan pas Subuh. Hehehe...kalo wat cmtu, macam xsuka kat bulan Ramadhan...tak taik tauuu ;-) (gugel je ttg Fadhilat Ramadhan).

Anyway, siapa la bakal mengganti beliau ya? Kita tunggu Ogos 2011 nnt.

Ini petikan beritanya:
2011/01/06
KUALA LUMPUR: Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, yang begitu sinonim dengan pengumuman tarikh mula berpuasa dan juga tarikh Aidilfitri dan Aidiladha, akan bersara esok.

Engku Ibrahim, 79, yang mengesahkan beliau akan bersara esok, telah berkhidmat sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja sejak 22 tahun lalu.

Selain bertanggungjawab menyimpan dan menjaga Mohor Besar Raja-Raja Melayu, Engku Ibrahim juga menjalankan peranan sebagai Setiausaha Majlis Raja Raja serta bertindak sebagai jurucakap majlis tersebut.

Engku Ibrahim mula memegang jawatan itu pada 1 Januari, 1989, menggantikan Datuk Ahmad Zainal Abidin Muhammad Yusof yang juga seorang diplomat yang tamat perkhidmatan pada September 1988 setelah memegang jawatan itu sejak Oktober 1980.

Engku Ibrahim yang pernah menjadi Setiausaha Sulit kepada salah seorang Yang di-Pertuan Agong, adalah juga bekas Timbalan Ketua Setiausaha (II) Jabatan Perdana Menteri sebelum bersara wajib daripada perkhidmatan kerajaan pada April 1987. - BERNAMA



(Aku amik drp: joesiollah)

ok... cau cin cau ;-)

3 comments:

Ija said...

hehe...gua kenal sgt ngan dia...very close. tapi dia tk kenal wa..wahaha

ainzoo said...

Ija: Dia xknal lu xpe beb. Yang penting, gua ngan lu kenal each other. Ahaks

mrsboan said...

haha..o ye ke?...macam pelik pulak tgk muka baru nanti.