Followers

Friday, February 27, 2009

Le Tour de TX (Part 3 of 6)

Manyak2 sori kawan2 seme...kesenyapan aku ni ada bersebab...mcm2 hal yang aku kena uruskan. Anyway, kali ni aku postkan catatan jeruk aku lagik:

Okeh.

Sentuh pasal Terlingua yang aku citer kat sni . Apa yang special ttg Terlingua – The Ghost Town? Patut la mlm tu gelap gulita…mmg ala2 bando antu...


Ini signboard yang aku suke nengok. Tak tau la nape..


Fakta menarik Terlingua utk aku (diulang... utk aku ajer... eheh):


Asal nama tempat ni, dipanggil sebagai Lengua. Ni perkataan Spanish yang bermaksud `pertemuan sungai kecil & besar` (Terlingua Creek bertemu Rio Grande). Ada jugak yang panggil tempat ni as Latis Lengua, Tas Lengua, Los Lenguas yang membawa maksud `lidah` dan lama2 jadi Terlingua. Heh..nasib baik tak di sebut Lengkuas ek?

Tweet..nk kuar tajuk jap..Ni mirip macam sejarah kat kg aku, Sungai Abong asalnya dikenali dengan sungai yang jadi port org kampung menyabung ayam..Dulu2 ni mmg jadik salah satu aktiviti Ko-K org2 kg aku (sekarang tidak lagi...). Sungai Sabong tu lama kelamaan, jadik la Sungai Abong... Ada jugak yang kata asal namanya dari pokok Nibong
(tapi mgkin `nibong nipis` je..eheh)..Ni adalah output yang group aku dapat masa wat kajian sejarah tempatan Form 2 utk subjek Sejarah ;-)..kan Puan Syurhawati A Rahim kan? sapa lagi yg group kita eh? Pn Marfuza Omar , Puan Azniza Chainal dan Puan Mazlena Mokhtar pun join gak projek ni...ol skool..cepatnya masa berlalu ...)

Dulunya, Terlingua ni adalah kawasan lombong merkuri yang glamer.....tp, dh terbiar dan ditinggalkan sebab Chisos Mining Company dah diisytiharkan muflis. Ni pun after dorang dapat tau yang bnda ni bahaya kat manusia. By the way, jenis merkuri yang dilombong tu dipanggil cinnabar/mercury ore (Che Awe weh...hok ni buke Ore dr Planet Merkuri deh..hok ni Merkuri go laing..ahaks.)..Ikut ayat dlm buku, nama kimianya dipanggil mercury (II) sulfida (HgS). Kegunaannya? Ada info kat web yg mengatakan kalo merkuri campur asid nitrik campur alkohol ble wat bahan letopan.. memang baguih utk main perang2...chop!!!...nasihat aku...... korang jgn try kebaboomm uma sesapa plak ye.. aku tak nak bertanggungjawab kalo ada sesapa try dgn resepi nih.

Merkuri ni jg digunakan utk mewarnakan badan dalam kalangan Native America kat tempat nih (then, badan akan jadi warna merah Mak Ngah).
Ganasnyee dorang ni ek... memain dg merkuri yang mmg terkenal dgn racun tahap tengkorak. Yang aku tau, merkuri ada dlm termometer... (Weh korang… aku ni mmg berminat tul if ada bnda2 yg berkaitan dgn Native American…tah la nape..pada aku, dorang ni unik ar).. Kawasan ni kembali bernyawa setelah pembukaan Big Bend National Park (BBNP). Seme info2 ni aku dapat kat website. Korang taip je Terlingua ni, banyak info yang korang dapat..Yang aku citer ni, seme info yang menarik minat aku je ar..ada lagi info2 lain, malas la nk buh seme. Nanti, my adventure trip ni jadi mini projek kajian Geografi dan Sejarah Tempatan pulaks..ngeee…

BIG BEND NATIONAL PARK

Mukasurat depan BBNP. Sapa yang tukang amik gambo eh? =)

If dulu, kitorg p tgok batu, kali nih kitorg tgok tanah&gunung ganang pulak. Sama tapi lain.. Ghope2nya, sepanjang perjalanan dr motel ke BBNP mmg dikelilingi dgn gunung ganang... masa smpi aritu malam yg gelap gulita..mana la nk nmpak pmandangan ni..…Cantik tul semenya…`Subhanallah…Cool…`

Kitorang amik entrance yang bermula dr Terlingua dan terus ke Panther Junction Visitor Centre ..Memandangkan kitorg ni plan utk one day visit, Cik Ranjer suggest kitorg utk p mnikmati panorama kat Chisos Window Valley & Santa Elena Canyon….mmg la tak sama dgn gunung ganang kat tanahair. Kt Chisos Window Valley, dr jauh nampak highland gondol ni macam gulungan kain yang beralun2 lembut, sayup nun di sana. Ada jugak gunung2 batu yg menampakkan lapisan2 yang berbeza2 kaler lama jugak la spend masa kat sni utk mhayati btul2 kjadian alam. Nun di sana, nmpak berbalam2 sempadan US-Mexico.



Chisos Window Valley

Paling best lagik kalo tggu matari terbenam kat celah2 tingkap nih..(hehe...psssst..jgn takat tgok je..maghrib jangan lupa yer..ihiks)..masa kitorg mai nih..kul 4 ptg…xle nk tggu smpi lewat ptg sbb nk truskan pjalanan ke destinasi seterusnya.




On the way p Santa Elena Canyon, Encek Drebar tetiba stop dipertengahan jalan..Aisehhhh…. tayar keta belakang pulak bocor. Kepala otak dah PK..ni dah nak malam nih..cmna la nk tukar2 tayar nih?Ni disebabkan kitorg amik jln ala2 Camel Trophy lg utk ke sana dgn halaju yg sdikit lbey..13miles beb.. Mesti ada batu2 kerikil yang dh mencucukkan dirinya kat tayar keta nih....Alhamdulillah, dicelah2 situasi yang gawat itu, ada sorang brader cool dgn motor Harley-D lalu & offer ptolongan..sempat jugak aku jeling kat lengan dia yang besar tuh..huh `ada gaks brader H-D yg xde tatu kat lengan,` berkata aku di dalam ati..(mgkin baru join d club kot? ehe..kalo tak, dr jauh dh nampak tatu)…..tak sangka tul, rupa2nya, kat sini aku belajar cara nk ganti tayar keta.Good to knw, if pape jadik kat bakal keta aku satu ari nnt, aku ble la nk ikhtiarkan pape yg patut. Hands on pnya experience beb…Dlu2, masa aku amik test utk driving licence, blom ada lagi bnda2 nih kat syllabus JPJ & KBSM (Ko-Kurikulum Bersepadu Sekolah Memandu). Gedebak gedebuk, 2 jam jugak la nk sambung perjalanan ke Santa Elena Canyon.



Tayar yang kat bahagian seat Cik Juliana Senawi.

Adakah anda sudah menambah kilo? =)



Brader cool yang dirahsiakan identitinya (baju oren).

Muka & nama tak penting..yang penting, ati mau baik...kan? kan? kan?

Pembetulan: En Zarul Hazrin Hashim takde masalah cacing kerawit =P


Yeay..Alhamdulillah.Sampai jugak kat bebetul sempadan TX-Mexico.yang hanya diselangi dengan Rio Grande River.. ada kesan2 banjir yang melepasi paras ketinggian aku… puyyoh..kesan selut2 masih ada kat seme pokok2 yang berdekatan kawasan ni. Air sungai? `Weh..Bapak la punya sejuk air sg nih!!`, kata Cik Juliana Senawi.

Santa Elena Canyon ni adalah canyon yang tinggi berbanding Colorado Canyon..Its gorgeous dude! Kawasan ni jugak ada masa2nya kna banjir lumpur. Canyon ni pun ble didaki smpi kat puncak…ganjarannya?dapat tgok permukaan TX dr kejauhan (bagi yang bermata Sopomen, sure ble tgok lebih jauh) …hmm.sure cntik.. Kebiasaannya, ramai yang suka menyusuri sungai yang mengalir di celah2 canyon nih..malangnya, kitorg mai sekejap je… to be frank, stay 3 ari 2 mlm mmg worth it kat BBNP ni..apakan daya, kitorg suma ada masa sari je..main sep sep la katakan…


Guns Up la..apa lagik...


Pastu, kitorang berpatah balik ke Panther Visitor Centre utk solat b4 smbung pjalanan terus ke SanAntonio. Yang best tu, kat Center ni, kitorg terserempak dengan peccary, a native pig-like mammals…apa lagik? si tonyok itu ar….jugak glamer dengan panggilan Javelina..(haippp…Ianya di `pronounce` sebangai Havelina....sebut betul2…bukan Jawa ye kengkawan…itu tak sama yer...jangan korang sabotaj utk jatuhkan murtabat aku tau). Tapi, payah nk diamik gmbarnya...bukan apa..tak ckup pncahayaan..amik masa nk set utk amik gmbo mlm..then, pas setting utk amik gmbo mlm, benda alah tu dh lari ar …huhuhu.. Hewan ni katanya mmg biasa kat habitat kering yang masuk dalam kategori Gurun..


Fakta menarik BBNP:
  • Jadi salah satu International Biosphere Reserve pada1976.
  • Terletak bersempadan dengan Mexico (Rio Grande yang jadi pemisah antara US [Texas] & Mexico [Chihuahua dan Coahuila]. Mula diisytiharkan as National Park pada 1935 by President Franklin D. Roosevelt.
  • The largest protected area utk topografi & ekologi bagi Chihuahuan Desert.
  • Sg Rio Grande ni ar yang membentuk canyon2 ni cenggini rupa..
  • Tribe Native America yang mghuni area ni ialah puak Chisos Indian, Mescalero Apache (sama yang kat Ski Apache tu), and Comanche Indian (sama kat Palo Duro tu).


Cantik tempat ni. Landskapnya menarik sbb combine daripada habitat gurun & pergunungan. Gunung ganang yang ada ni seme ada simpan rahsia2 zaman purba kala selain daripada lapisan2 batu yang berlainan warna.


Cantik tak? Aku pun macam korang gak..memula tgok pemandangan ni macam janggal..sbb tak banyak pokok. Tapi, lelama tenung...cantik lak aku rasa..sbb dari renungan ala2 renungan makrifat ni, korang ble rasa kagum ngan bentuk mukabumi ciptaanNya.


Yang ni pun sama..Sila wat renungan makrifat memasing. ekekek

Big Bend bermula dgn lokasinya di dasar laut. Gerakan plat tektonik dan aktiviti gng berapi kat area ni sbbkan ia akhirnya jadik kawasan pergunungan ..and then, seluruh permukaanya terhakis dek angin dan lain2 faktor abiotik saban tahun dan jadik la Big Bend pada ari ini..tu la matapelajaran geografi kita kali ini ye anak2 sekelian.. eheh.. Yang watkan kawasan ni spesel adalah the speed of the geological changes & formation batuan yang berbeza. Santa Elena Canyon ni contoh yang jelas ar..lapisan2 batu kat sni seme mcam muzium yang simpan mcm2 citer sejarah purbakala… sgt seswai utk org2 arkeology, paleontology ..Amacam? berilmiah nyeerrr entry aku kali nih…betul2 kajian batu2an kan? ye lah..dh nama pun lawatan smbil blajar kan? :P


Big Bend National Park, TXSan Antonio, TX (+ 6jam)



Jam 7mlm, we headed to San Antonio pulak…Tup2 ada lagi border inspection kat depan..aduuuhh… teringat peristiwa mlm semalam …kali ni, situasi berbeza..4 org En Pengawal Sempadan siap dgn anjing pengesan baka German Shepard menghidu2 keta yang kitorg naiki. ` Hi, how are you doing? Where do you come from? Show me your ID please,` cmtu la mukadimah salah sorang En Pengawal Sempadan tu. Kitorg setel seme bab2 ID kecuali En Zarul Hazrin Hashim… Dia dh cuak buat kali kedua…untuk citer dgn pnoh feeling, sure dia buh dlm blog dia (LINK) pasal situasi yang pnuh debaran nih. Eheh..2 jam setengah tggu kat tepi opis En Pengawal Sempadan kali nih utk ID verification.. Lastly, En Pengawal Sempadan pun lepaskan kitorg dgn pesanan tegas `Even though you already have the State ID, next time don’t forget to bring your Passport/Visa/I-20 where ever you go in United States. When it deals with immigration, you have to show these documents. If you are found guilty because of not bring these, you will be jailed for 30 days`…Puyyoh… xsangka pulak smpi cenggitu.

Banyak tul peristiwa yg terjadi arini.. Betul kata org tua2..`Jauh berjalan, luas pandangan, banyak pengalaman`...

Keta Border Patrol.
Ni amik gmbo curik2 …if not, sure kna delete lg mcm aritu ehe.
Tak dpt nk amik gmbo opis..nnt offricer tu prasan lak


Tgok jam kt tgn dah malam bebeno..Kitorg pun blah cecepat dr tempat tu & cri stesen mnyak utk carik makan utk alas perut b4 truskan pjalanan..masuk angin dh perut seme org...Makan Instant noodle je pun..Uhuhu.. Lum sempat nk sendawa & tarik napas lega, tiba2, gedegang!!!….Masya Allah..kitorg terlanggar rusa yg tgh tbaring kat tgh jalan…tak sempat nk elak walopun cuma bawa 60mph…Hewan yang xberdosa tu dh kna langgar tp masih nyawa2 rusa when it being hit again for the 2nd time by our car . Memang gelap...bila dh dekat baru ternampak En Rusa yang malang itu...Kitorg sempat mnjerit ajer...Sdeh sangat kitorg & masing2 tersenyap skjap (walopun malaikat nombor 44 tak lalu kat situ). `Maafkan kami wahai Encik Rusa. Kami tak sengaja. Betul2 xsempat nk elak,`. Dari jauh terdengar rusa tu mngerang sakit. Aku & Cik Juliana Senawi tak sangup nk kuar keta. Sdey woo.... sbb kitorg bukan bjiwa pembunoh.huhu... Encik2 yang lagi dorang tpaksa turun utk check kot2 ada tanduk yg sangkut kt keta & watkan kitorg stranded lg kat jalan raya d tgh2 mlm buta nih. Dah le spare tyre dh xde nih...Alhamdulillah, xde pape kat keta kitorg.


Sdey bile nengok kulit En Rusa ada kat sini..uwaaaaaaa..sob sob sob.



Perjalanan diteruskan dan akhirnya smpi kat bandar San Antonio jam 5pg. EconoLodge (USD 50/nite) adalah tempat utk meluruskan tulang belakang kitorg setelah macam2 peristiwa utk arini...its a long long day ...huarghhhh....sangap.....zzz

Perkarangan parking area EconoLodge dr bilik kitorang pada keesokkan arinya.

















11 comments:

ainzoo said...

Aduhaii..apasal la tulisan jadik cengginih? comot entry aku kali nih...itnet xbrp nk ok ar..jap2 heng..aisehhhhh

Zorro said...

apa kena mengena cerita cacing kerawit dgn entry ni???

Anonymous said...

terLINGUA - Ghos Town. Macam pesan orang-orang lama aje - mulut jangan celupar. Tapi orang-orang sekarang dah pandai baca al-Fatihah atau ayat Kursi etc. dengan sebutan yang betul. Tak slang jawa atau banjar lagi. Kenapa tak buat BLC di atas bukit macam garam tu? Oh, yae! Sebab belum expose lagi methods tangkapan ento malaria dah lari ke Texas. Atau takut "ghost" untuk tangkap vektor malaria sebelum itu? Bukit-bukit yang dipamerkan dari jenis batu mendakan. Maksudnya kejadian boleh dihipotesiskan kerana kesan hakisan berlaku banjir atau laluan sungai yang deras. Mungkin point tak betul. Tak nampak batuan ignius. Mungkin kawasan ini tak pernah berlaku letusan gunung berapi. Persimpangan sungai kecil dan besar - macam persimpangan Sungai Abong dan sungai Muar. Tapi kat mana simpang tu, sekarang ini? Nanti balik cari simpang tu, yae?

Madiera said...

sian kat en rusa tu...sian gak kat korang...tapi lagi sian kat en rusa....kalau sembelih best gak eik...:)

Madiera said...

zorro??? adakah kapten BTN ku?? ko visit ain eik...

ain..dekat ke tempat en zorro kita tu ngan tempat ain??

ainzoo said...

Zorro:
Dulu akak Misi kat sekolah tadika bgtau..kalo wat aksi macam yang ko wat tu, tu tandanya ada cacing kerawit..ehe..

Pak Cik Chekadak:
Aiseh..apahal lak amik nama samaran yang cengginih? Tak rock ar beb..
Sg Abong dah jadik parit ajer..ntah kat mana pertemuan dua sg ni..nnt lah.kendian akan kutelusuri hulu hingga ke hilir..

iRa:
a`ah kak..itu le penghulu kite..ekekke..TX ngan MS ble tahan la jauhnya..(nk tau jaraknya? baca kat blog zorro tu..eheh...)

Anonymous said...

oit..ko kat sini rupanye..bestnyer! bape lama ko dok sane..hehe..aku tak abis baca blog ko lagi. baru je mai ingat nk buat reunion bdk2 zoologi..ko ade contact sesape tak?

mrsboan said...

huhu..malam tadi aku termimpi kan ko, Mar, Touch, Noha, Noorita Ismail? Ah Redo pun ada....haha paling tragis Mamat tu pun ada ...ceh..jumpa kat sekolah dato' lak tuh korang sumer...rindu...rindu to all..(sakit mata aku baca entry ko ni.kejap kecik kejap beso..tengok gambar best)heheh

13may said...

syok betoi tengok kamu jalan jalan gini :)

ainzoo said...

Emma Dalyna:
weh..hang pi cek kat facebook..aku anhaq message kat hang... ;-)

mrs boan:
kan?kan?kan?kenangan lama mengusik jiwer....kui kui kui..bestnya kalo ble jumpa reramai..

13may:
syok la encek may..nengok tempat orang...tapi, walo apapun, tanah ayerku yang terchenta jua tetap di sanubari..ahaks

13may said...

cek...dah april dah nih :D