Followers

Tuesday, October 14, 2008

Trip to PALO DURO

Tempat Kejadian: The Heritage Apartment

Di celah-celah hujan gerimis, tengahari Ahad, terdengar perbualan dua orang anak Malaysia pada 5 Oktober 2008 di perkarangan letak kereta.

Mualimin: Kak, kita nak g mana ari ni kak?

Julie: Kita nak g tengok batu.

Mualimin: Hah?!! Batu?!!

Julie: A`ah..tengok batu...


Hari itu, kami decide utk membuat lawatan sehari ke Palo Duro Canyon selepas bersengkang mata membuat persiapan Open House Hari Raya. Juga, sempena kedatangan Zarul, dari MS yang bersusah payah datang utk sama-sama beraya di Lubbock. Juga, sempena ada kenderaan (kereta yang kitaorang sewa), maka panjang lah langkah kitorang minggu tu. Kat sini mana ada rumah atuk&nenek dan sedara mara....Lantas terus aje la melawat ke tempat lain ..keluar sekejap dr Lubbock.



Palo Duro Canyon State Park (200km fr Lubbock, 43km tenggara Amarillo, TX)


Berbekalkan GPS Zarul yang agak canggeh la kan


Posing di depan Visitor Information Center


Pemandangan indah Palo Duro Canyon State Park


Info Palo Duro Canyon yang menarik perhatian aku:

  • `Canyon` kedua terbesar di US selepas Grand Canyon.

Sebahagian daripada info yang dipamerkan


Jenis `formation` yang terdapat di Palo Duro
  • Juga dipanggil `The Grand Canyon of Texas` memandangkan keadaan geologi termasuk lapisan batu yang berwarna-warni tu menyerupai struktur di Grand Canyon, Arizona. Subhanallah. Maha Suci Allah. Seru Sekalian Alam. Memang cantik dan mempersonakan. Terasa kerdilnya diri ini. Sempat jugak aku mengabadikan kenangan berlatar belakang kan scenary yang best nih.


Aku suka dengan background ni. Lagi cantik if tengok secara live... Subhanallah



Guns Up di mana jua aku berada.
  • Terbentuk dari hakisan air dari Red River di Prairie Dog Town Fork serta hakisan dari angin sejak jutaan tahun yang lalu.
  • `Palo Duro` bermaksud hard wood yang merujuk kepada tumbuhan mesquite & juniper yang tumbuh dengan sesuka ati sekitar kawasan ni.




Tok Penghulu Comanche
  • Penempatan manusia seawal 10 000 – 15 000 tahun lalu dan masih dihuni oleh Native America sehingga sekarang (kalau kat Msia, kita panggil ni dengan istiah Pribumi). Puak Native America awal yang mendiami canyon ini ialah Apache Indian. Kemudiannya diganti dengan puak Comanche & Kiowa memandangkan kedua suku tersebut mempunyai kuda (satu kelebihan di kawasan ini). Tup tup teringat citer Dr Queen, Medicine Women…if tak silap, hero citer ni puak Cheyyene… tah tu kat area mana nah yer? Fanatik tul aku kat citer tu…Nanti nk try carik kat You Tube kot2 ada..ble la aku melepas rindu tengok citer tu lagik..aritu dah puas ikut siri2 MacGyver..retro kat TV2…TQ RTM!

Antara tinggalan sejarah yang terdapat di tempat ni. Tengok la betul2 kat lukisan tu..tanduk di hujung muncung. Ni xble la nak disamakan dengan bidalan telur di hujung tanduk tau.
  • 1934 – Pihak kerajaan membeli bahagian atas `canyon` ini dan menamakannya Palo Duro Canyon State Park.
  • Bandar yang terdekat ialah Amarillo (seperti dalam peta)
  • Ketika Musim Panas (repeat..Musim Panas sahaja..2 Jun hingga 19 Ogos setiap tahun..kitorang g ni, dah Musim Luruh yang nak mengadap Musim Sejuk Ketar), ada entertainment pada waktu malamnya..dipanggil Texas Oudoor Musical Drama... Teater jenis open-air (ye la..dah kurang terima ujan masa Summer plus persembahan waktu malam…rugi la kompeni if buh bumbung & buh bangunan...lgpun, penonton tak dapat lak nk menikmati persembahan yang berlatar belakangkan Palo Duro Canyon kan?..

Suasana setelah tamat Musim Panas

Ok..itu le lawatan sambil belajar aku masa raya baru2 nih..Puas ati dapat jejak kaki kat sni (sambil meleset2kan kasut kat celah semak sbb nk buang selut masa tgh bposing..huhu…). Tapi kannnn, jauh kat sudut ati, kalau ada kesempatan utk ke sini lagi, aku nk jejak kaki jugak ke Lighthouse...salah satu landmark utk Palo Duro...formation batu setinggi 75 kaki (+/- 23meter) dari lantai `canyon`. Istilahnya dipanggil `hoodoo` (bukan huduh tauuuu ;-) ). Aritu xsempat nak g sebab hujan sepanjang ari & jauh cikit dari visitor info center (lbih kurang 8km dr tempat kitorang) dan masa tu dh jam 5.30ptg...

Lighthouse at Palo Duro Canyon State Park - aku sempat bli poskad je setakat ni.
Palo Duro...Aku akan mai lagiiiii nanti.........Insya Allah...


p/s: Kebetulan, baru2 ni, aku ada kesempatan tengok movie Cars ..citer yang berkisar Radiator Spring, pekan glamer yang ditinggalkan ....so, terbayang2 la Palo Duro dalam citer nih..(allo korang, aku ni mmg ketinggalan bab tgok movie ni..citer dh bertahun2, baru ada masa nk tengok...heheh).



Cau cin cau

9 comments:

juliana.senawi said...

Pertanyaan dan reaksi Mualimin tu tak kan dapat aku lupakan hehehehe anyway kita kena ke sana lagi... kita plan masa summer pulak yeak

Nurul said...

ain..dh beli kamera ke ni?best jalan2..hehehe

ainzoo said...

Julie: Summer masa bila tu eh? aku dh start sampling...pas abis sampling, pas aku abis Qualification Exam ble la kot? huhu

Nurul:aku tak bli kamera lagik..macam kmpius dgn byk pilihan ,..aku xtau jnis apa yg aku ndak..ni tommmpannng lagik kamera Julie... :-P

LiSa IsmaiL said...

waaaahhh~
makcikkkk ain dahhh advance!!

yayyy..ada gmbar2 kat blog!kipidap!

*ps:bizah tanya ko apa kabar?

ainzoo said...

lisa:eheh..ye la kipidap...ni time aku byk masa, ble ar..nnt time aku bz, lambat la cikit nk update blog nih..tp, harap2nya x la... byk bnda yg aku ble citer kat sni

Kopiah Senget said...

salam kak ain! salam perkenalan...

ainzoo said...

suhaizi...
Salam...owh..ko baru nk kenal aku ke? hahaha...Ko dah tak contact Cik Irda Idura Laili bt Nordin ke?

Kopiah Senget said...

bukan baru nk kenal! baru nk bertegur sapa hehe. Kenal la Irda tuh... sek sama2 sapa ke besor, bakpe dok kenal plop duk kg sama...
Camne study? dah nk abis ke?

ainzoo said...

owh..mung ganu kite eh? eheh..study dok abih agi.baru sapa, nok abih guane?