Followers

Friday, October 23, 2009

DULU, KINI DAN SELAMA2NYA

- SCHOOL SPIRIT –


Entry kali ni ala2 layan blues ar. Musim retro untuk aku.



Jata tu saje je aku letak..nak penuhkan ruang. Nak letak bendera nnt, korang kata aku fanatik lak… Korek punya korek, ini je la yang ada. Maklum aje..time ni tak tau amenda itu kamera & apa nilainya kenangan. Aku tak pasti sekolah ni ada lagu sendrik atau tak. Seingat aku, tak pernah la pulak nyanyi. Dulu ada gak nyanyi lagu nasyid byk2 (sambil memegang kedua belah tapak tangan lalu di bawa kesebelah rusuk kiri/kanan). Yang paling aku ingat ialah lagu sepohon kayu ^_^

Masa ni dah kenal kamera, tapi masa tu aku lum ada kamera mampu milik. So, tumpang ehsan kamera2 orang lain ar.




Masa ni dah banyak gambar2 dah…cuma amik gambar dari majalah sekolah ar..gambar cikgu2 sekolah aku amik dr website sekolah aku le...Bukan apa..niat aku murni..nak tolong glamer kan cikgu2 & kawan2 aku kat blog nih…;-)




Oh ya…di kesempatan ini, aku jugak nak ajak ex-SDAR/ex-SEDAR sama2 lapangkan sket jadual idup korang pada tahun depan, 6 Mac 2010 utk reunion kat sekolah kita ni. Maklumat lanjut boleh didapati kat mukabuku Sek Men Dato Sri Amar Di Raja.



Masa ni jangan citer ar. Berjilid2 album gambar. Kamera pun dah mampu milik.....hasil ikat perut satu semester...itu pun, kamera yang pakai filem...jaadik la..






Ucapan khas untuk cikgu2 saya:

Untuk semua cikgu2 yang telah mendidik, membimbing mahupun yang mengajar saya selama ini; samada yang masih hidup atau yang telah kembali ke pangkuan Ilahi (Al Fatiha):

Terima kasih atas ilmu yang cikgu2 halalkan, terima kasih atas ilmu2 yang diberi, dari semudah ABC dan Alif Ba Ta, sehingga ke peringkat teratas ilmu Pengamiran mahupun ilmu Organic Evolution yang di tahap kayangan.

Hanya Allah s.w.t yang dapat membalas jasa cikgu2 semua. SELAMAT HARI GURU. Hari-hari guru selamat. Amin.

Kami guru Malaysia, berikrar dan berjanji …la la la la la…(mmm..kawan2 yang dah selamat jadik cikgu, tolong nyanyikan untuk aku ek…)



Ucapan khas untuk kawan2 aku:

Segala2nya aku ungkapkan dengan dua lagu kat bawah ni. Lagu ni aku suh Casey & Kak Jee nyanyikan untuk korang. Hehe.. Tapi aku malas nk post kat sni..korang fusssss fusss yu tiup la sendrik ye? Pada aku, lagu tu tak penting...yang penting, lirik. Hayati bait2nya. Aku berharap ikatan persahabatan ini berkadar langsung dengan peningkatan umur kita. Kawan, Sahabat, Teman dan Member - Dulu, Kini dan Selamanya. Keep In Touch!



Seribu Impian

Disenjakala begini

Teringat kembali

Teman-teman lama dahulu

Yang pernah sama mengharungi


Pahit dan manis dirasa

Sehati sejiwa

Tak mungkin ku lupakan segala

Saat suka dan duka

Susah dan senang kita bersama

Rentasi rintangan yang ada

Tiada sempadan yang memisahkan

Kasih sesama kita walau badai tiba

Seribu impian pernah pun kita bina

Demi masa depan...

Tenggelam jauh dalam khayalan

Di buai alam mimpi


Kenangan lalu menjelma

Teringat kembali

Di ketika bergurau senda

Mesranya kita bersama

Seribu impian indah menghias jiwa

Bagaikan permata...

Setinggi langit biru, mimpi kita

Abadi selamanya..




Dari Kaki Tangga Ke Menara

Peruntukkan secebis dari masamu nan terluang
Mengimbasi kembali suka duka masa nan silam
Ditempuhi bersama setiap cabaran yang datang
Pengalaman yang pahit dan manis tak terlupakan

Dari bawah setangga ke setangga kita mendaki
Kita jatuh terluka dan bangkit melangkah kembali
Dengan rasa percaya pada keupayaan diri
Tiada yang mustahil dihadapi

Demikian kebalnya ikatan kita
Demikian eratnya jalinan rasa
Keyakinan diiringi doa
Begitu percintaan kita
Sebati dengan cita-cita
Merancang kehidupan hari muka

Aku gembira menyaksikan
Kau beroleh kejayaan
Dulu di kaki tangga
Kini di menara

Jangan kau lupa masa silammu
Dan mereka yang membantu
Moga tak kau abaikan
Amanah dan kewajipan