Mari memahamkan Loghat Muor – Johor.
Ni lebih kurang list kosa kata yang selalu aku guna untuk communicate dengan kuarga dan kawan2. Ini pun bercampur dah rasanya slang Muor-Jawa-Johor. Terkadang, aku guna jugak kat mana2 tempat yang aku nak, even, bercakap dengan bos pun, aku main belasah je. Fanatik ke? Eish…Tak de la aku melampau no-no. Aku control jugak sikit2. Cuma wording2 tu keluar dari mulut aku tanpa aku sedar. Hehe…
A
Air jarang – sky juice/air masak / air mati /air menrel (mineral)
Amik – Ambil
Amben – (seperti Ben 10… tapi 10 nya tu jgn disebut ;) ) - pangkin
Anu – kata perintah, terpulang pada keadaan pada masa tersebut samada si pnyuruh tu suh buat apa2 tugasan
(Cth ayat: tolong anu kan bawang tu ek..) – samada penyuruh tu suh kupas bawang ke, blender bawang ke, bako bawang ke, hiris bawang ke, makan bawang ke, dll
Apa-apa – jajan
(Cth ayat: Ayah, nanti belikan apa-apa kat orang ek?)
Appasal – singkatan untuk apa pasal / kenapa
Asam - Mangga
B
Bacin / pesing – hancing
Bak sini – bawak mari ke sini
Bantat – kuih yang terencat `pembesaran`nya, kuih yang tak `naik`
Baroh – selatan
Beduk – pukul , especially kat belakang badan
Beg Kresek – beg plastik (sebab sound effect yang kita dengar ketika beg tersebut direnyuk2 kan..eheh). Ore Klate oyat Supik Ghokghak
Belebas – bingkai tingkap
Beranda – veranda
Berbelak-belak – bertampok2 / bercapok2 macam tone kaler tak rata
Berlengas – berpeluh
Berlengging – tak berbaju (hanya untuk lelaki sahaja)
Berteromber – berlari
Bertonyeh – meleceh, buang masa
Bertotak – tak cukup tangan / tak menang tangan nak buat kerja / sibuk
(Cth ayat: Luar kelang nampak macam tenang je…sedangkan kat dalam tu, bertotak orang wat kja nk ngejor kan target)
Berutu – tongkeng ayam
Beskal – basikal
Bonyok – lembik, kebiasaannya pada buah yang dah terlampau masak, sampai ada lalat2 buah menghurung
Bopeng – malu
(Cth ayat: Aip bopeng…)- kebiasaannya untuk mengejek kawan2..hahaha (Mode: mengimbau kenangan beberapa puluh tahun yang lepas... vintage sungguh usia aku sekarang ni)
Boyan – buaian
C
Cebok / cewok – bersuci lepas buang air besar @ kecil
Cecak – cicak
Cege – (sebut cey-ger) tunggu masa je/ tunggu peluang
Cempak – campak
Cenggini – Macam ni, camni
Cenggitu – Macam tu, camtu (bukan sedara dengan camca ya? )
D
Darat – utara
Debik – pukul/ tumbuk
Dolat – Daulat – terkena padah
Dengkot – Jalan terhincut-hincut
E
Ekk – penyedap bunyik untuk org Johor.Lebih kurang macam partikel -lah, -tah dlm BM
Endut – buah ati , pakwe / makwe
Embah – atuk (huhu..windunya.. al –Fatiha untuk Embah Lanang & Wedok.. Lepot b Kasmo, Subuh bt Ali, Suratin bt Osman)
G
Gak – jugak
(Cth ayat: Orang nak gak asam tu)
Gaknye – Agaknya
Geseng – Hangus , Welldone ;)
Getol – luku kepala
Godak – kacau
Godek – try and error
Gohet – Go a head
Gonjol – bingai – Budak tiga suku yang nakal2 tapi baik
Gostan – Go and reverse turn
J
Jajan/Jajanan – sama macam Apa-Apa
Jek – membodek, kasi up (Jack)
Jemput2 – Cucur, cekodok
Jemputan – Tetamu (digunakan hanya untuk kenduri kawen)
(Cth ayat: Orang2 sekarang ni, xde dah nak rewang & kendarat, semuanya dah tempah catering. Orang2 kampung datang jd jemputan je)
Jenang – bingkai tingkap,
Jenuh – puas/bosan/
Johor – merujuk kepada Johor Bahru
Jotos - luku kepala seseorang - siku si tukang luku tu mesti bersudut tepat)
K
Kain gombang – kain pelikat
Karia - carrier (untuk bonceng beskal)
Kate` - bau lemak yang kurang menyenangkan deria hidu korang (lembut sikit dari bau peluh tengik, heheh)
Kawan – saya
Kayu rol – pembaris (dulu2, pembaris yang murah semenya kayu)
Kebatun / kematun – keras nak mamfus
(Cth ayat: Kuih ko ni kebatun lah… ko uli tak cukup air ni gaknye)
Kejam – pejam
(Cth ayat: Kolo nak main nyorok2, sapa yang jadi, dia kna kejam mata ngan kira 1 sampai 10)
Kejedot – terhantuk
Kembur – selerak
(Cth ayat: Jangan la dikembur2kan baju tu, penat je lipat dr siang tadi)
Kememe – gembeng, sikit2 nak nangis (bukan Memey Norman Hakim hokeh… :P )
Kenan-
i) berminat dengan sesuatu
(Cth ayat: Aku kenan betul baju yang dia pakai tu. Nampak terletak molek je) atau
ii) kelahiran bayi yang cacat (-ve) atau molek (+ve) sbb mak bapak bayi tu buat something masa mak bayi tu tgh ngandungkan bayi tersebut
(Cth ayat: Anak ko ni kenan benggali jual kapet gaknye, idung mancung itam manis macam benggali dah aku nengok nye)
Kencur – cekur manis
Kendarat – ahli2 rewang, especially yang jadi tukang sambut tetamu & tukang layan kat meja org2 jemputan masa kja kawen (bukan kerja2 disebalik tabir masa kenduri berlansung)
Kepaya – Betik
Kepoh – kecoh
Keria – donut kampung ( bahan utama: keladi & tak guna mak roti)
Kero – Mata juling
Keroyok – Kerumun (biasanya untuk action2 ganas macam berkelahi/bergaduh)
Ketengi – tersipu malu
Ketetel – lari seperti peluru
Kolo – Kalau
Kongajo – Kurang ajar (bukan bermaksuh Engkau Mengajar)
Kopek – Kupas
Koret2 – berbaki sikit2
Kosi – kerusi
Kota –maksudnya Kota Tinggi
Kuih tayar – sama macam keria
L
Lalok – hanyut pas kena dadah, mamai macam tak cukup tido, hanyut je rasa
Lampu cemeni – Sejenis lampu, kecik, ada sumbu, macam pelita minyak tanah tapi sumbu tu dilindungi dengan bekas kaca untuk elak terpadam ditiup angin.. nk gambo ke? Gugel je la.. nk spoon-feed je mana boleh.. (Mode: gelak kuar tanduk..)
Lecak – Becak, Lopak
Lemo – Masuk angin, Lemau. Ore Klate oyat `Liuk`
Leng – ukuran satu pot/tin susu. Segantang aku dah tak ingat bersamaan dengan berapa leng. Kolo tak silap, 1 Gantang = 12 Leng kot?
Lengit – give up dengan satu2 permainan sebelum masa tamat
Lengkong – agar2
Lesir – buang
Lincah – cepat
Lompang – ruang kosong
Lonceng – Loceng
Lopak pengsel – bekas pensil yang berbentuk kotak. Bukan bermaksud pensil di dalam kawasan becak.
M
Macam belukang – perbuatan membebel yang tak tau patah butir
Mahap – maaf
(Cth ayat: Kita mintak mahap banyak2 lah ya sebab tak sempat nk datang rewang aritu)
Main undi – main kutu
Mala – (sebut Ma- Ler) , terlampau masak
Malbari – Mamak, India Muslim, benggali pun ble jugak lah
Melengkor – berlingkar, berbaring bmalas2an seperti ular kekenyangan
Meleset2 – anak2 yang suke dekat ngan mak @ bapak. Ala2 anak manje gitu (bluwekkk). Xle nk berenggang…phuiii.. (mode: bajet muka macam Abg Long Dil yang tak puas ati..ahaks.. promo ke? a`ah.. tengok la citer yang ada kontroversi tentang along, kak ngah dan lain2)
Memeto – Membebel
Mengkor – buah yang terbantut fasa ranumnya.
Menjengkit – suke merayap secara curi2
Mentekedarah – baham, makan, melantak
Menyaso – tersasar, tersimpang dari tujuan asal
Mi kaso – Mee kuning
Mi siam – Mee Hoon, Bihun
Mohong – Bohong
N
Nako – tingkap cermin
Nesu – penat. Ni pun ala2 macam silent war lebihkurang. Saja2 nak psiko supaya orang tertentu rasa bersalah. Heheh
(Cth: Tengok tu, nenek dah nesu. Sapa suh ko beduk anak ayam dia tengahari tadi?)
Ngendeng/ngecek – mintak sikit
Ngeteh – minum teh (tapi dh ramai guna istilah ni even minum air nescafe @ milo @kopi sekalipun sebab ngeteh lagi komersial dr ngemilo, ngenescafe mahupun ngekopi)
Ngompol – kencing di luar sedar semasa tido pada waktu malam.
Nijam – singkatan untuk Ini Jam yang membawa maksud `sekarang`
Nombol – Nombor
No – singkatan untuk `benor` yang bermaksud `benar`, `betul`
No-No – singkatan untuk bebenor yang bermaksut `sangat`
(Cth ayat: Eleh, takde la panas no-no kat situ..kat akhirat sok, lagi panas)
O
Orang – saya
Oter – alter / modified / ubahsuai
P
Pakkal – mujur la, nasib la
Paing – lagi dasyat dari bau kate`. Ketajaman bau yang hampir sama dengan bau tengik bercampur pesing.
Pang Pang Alang – macam bodoh bodoh alang, orang yang jenis lupa lupa ingat
Pasal – sebab
(Cth ayat: Aku kna balik jugak untuk urusan tu pasal pegawai tu kata, aku kna tandatangan borang tu kat depan mata dia)
Pelangkong – pukul
Pelir kambing – buah (berbentuk bulat bersaiz bola Lisut) untuk pokok yang wat teduh keta dll. Hijau ketika muda dan merah ati ketika masak. Namun ia tak boleh dimakan. Ada yang panggil buah pokok Pong Pong (ada kat buku teks Pendidikan Jasmani Tingkatan berapa entah). Buah ni beracun. Jgn monyet, kita tak boleh makan buah tu ~ erk..seperti pernah ku dengar intonasi tu, ehe . Lagipun, bukan ada isi, dalamnya tu macam urat2 yang berselirat je & buah tu kebatun). Nama saintifik? Gugel la..ihihi
Pengkor – kaki x bedung masa kekecik, macam kaki yang jalan kaut la lebih kurang (org dulu2 kata, jalan cmtu jenis yang kaut rejeki, alhamdulilah)
Pencilatan – lebihkurang hyperactive yang nakal tapi bawah sikit dr level kongajo
Pingan kom kom – ada yang panggil pinggan bentul longkom. Ini bukan pinggan yang Antu Kum Kum wat makan okey? Ini pinggan yang jenis ada tebing. Hehe, paham tak? Bukan pinggan kuah tau..pinggan kuah tu, takde tebing..ni pinggan makan jaman dulu. Masa kecik2, mak aku selalu buh secubit demi secubit isi ikan parang yang dah dibuang tulangnya kat tebing pinggan tu. Mak aku kata, secubit isi ikan, makan dengan sesuap nasik. Abis ikan, maka abis la nasik. Best kan mak aku? Ehehe
Prewel – gear belakang basikal
R
Rokblok – Road block
Rewang – tolong menolong/bergotong royong untuk kenduri kendara especially untuk kerja-kerja disebalik tabir masa kenduri akan/sedang berlangsung (bukan bermaksud negatif seperti Minah Rewang) – sila tengok Maharaja Lawak Sepah Minggu 8 untuk lebih paham.. . Youtube je la, S-trok tak block pun(eh? Promote ke? Ehehe…a`ah.. promote le..hihi)
S
Saing – pergi bersama2 ke destinasi yang hendak dituju
Sajak – sesuai
(Cth ayat: Memang sajak la ko dengan dia tu. Dah macam dijodoh2kan je nampak gayanya)
Sangap – menguap, perbuatan luar kawal kalau sel2 otak kekurangan oksigen, atau jugak istilah untuk bosan menunggu
Sarap – sarapan, breakfast
Sekel – sekeh, luku,
Selebet – selekeh
Selipo – selipar
Semangka – tembikai
Seng seng – lipat tgn baju sampai paras siku untuk memudahkan aktiviti membuat kerja
Senggayut – bergayut
Stemet – bajet2 berbelanja, berjimat
Sunat – berkhatan
Suar katok – spender yang ala2 boxer kot
T
Tajak – nyangkul tanah
Takik – lukakan batang atau dahan pokok, especially untuk tinggalkan bekas seperti tiga segi (kalau dilihat dari sisi)
Telap – tempat simpan biskut
Tepung gomak – sama la macam keadaan fizikal kuih tepung gomak tu. Ala2 mekap yang terover macam wayang pekji
Terik – tarik
Terkisin - malu, ketengi
Tersentil – tersembul
Tersodok sadak – jalan kaki yang asyik tersangkut-sangkut sebab beberapa halangan
Tin - kata perintah daripada co-pilot atau penumpang lain untuk suruh driver tekan hon kenderaan
(Cth ayat: Eh, yang tengah mesdis tu bukan ke anak Paiman? Tin la kat dia)
Tindas – perbuatan untuk bunuh kutu dengan kuku ibu jari. Juga membawa maksud ketidakadilan yang berlaku kepada seseorang atau sekumpulan manusia yang oleh sekumpulan yang lain (ayat ini tidak ada bau2 politik ya...)
Togede2—together yang membawa maksud bersama2
Toler – getah paip, hos paip
Toye – muka selambe
Tutoh – memotong ranting2 pokok supaya pokok kelihatan cantik dan rimbun.
W
Wayang Pekji – Opera Cina
Y
Ye ye or – iya2 je
Yok – jom
Tak Kenal, Maka Tak Cinte. Tak Cinte Maka Tak Sayang…
Sayangi Cinte, Sayangi Muor. Boleh gitu? Peace y`all ;-)