Sori ar. Lama tul tak membebel kat sni. Seperti kata sorang cendikiawan dari keturunan pak arab, Masa itu ibarat pedang, sekali MASA potong kita, kita tak ble dah nk potong MASA. Mesti kawan2 sume ingat ``Wal-Asr``. Sokmo2 dgr kt ceramah motivasi Kecemerlangan Akademik, Tazkirah pagi, etc. Cakap pasal masa, aku baru tersedar, dah lama aku jerukkan citer aku utk buh kat blog nih.Bz macam apa ntah. Well, MASA ni bukan macam air...if dicincang sure takkan putus (tapi, aku selalu bkata dalam ati, abis tu apa kes pulak if PUTUS bekalan air? tak payah cincang pun dah ble putus kan? ;-)). Well, a good question to ask. `Cikgu2 sume, camana saya nak kaitkan dgn tali persaudaraan? @, ia serupa tali barut yang kita pakai masa zaman bayi dlu2?`
Aiseh..apa dah jadik dgn aku nih?Bebel tah pape.sori ar. Ni je mukadimah aku kali ni. Berpikir ttg MASA.Actually, aku br abis test organic evolution a.k.a genetik (13 Mac08).Ala..yang aku citer pasal KungFu The Legend tu..Hmmm...cedera sel otak aku nih. bljr utk bayangkan apa yang terjadi kat kromosom2 aku.Bljr apa yang berlaku dicelah2 DNA sequence. Aku baru tau ada DNA yang kja nya melompat2 kesana sni.mutasi la, competition la, selection la, evolusi la, bla2. Sebelum ni, cuma kawan2 BioTech&BioMolekul je yang bljr. Nah..hamik kau..aku pun terlibat utk bljr satu lagi rahsia kehidupan..korek lagi rahsia alam..utk tau kebesaran Ilahi. Subhanallah.Aku baru tau, bukan setakat MEASAT, TIUNG (ehe..ada lg ke ?..aku tak sure ttg nih) yang ble jd satelit..DNA pun ada mikrosatelit jg. ok ar.
ni coretan (taipan actually..aku bukan menulis, aku menaip) utk blog bulan Mac (hehe .. korang perasan tak ?.dlu tiap2 ari, pastu mggu, pastu bulan.. :-P)
22-24 Feb 08 - TSM
Aku g seminar Texas Society of Mammalogy (TSM) kat
What do you aspect if lalu kat highway di tengah2 ladang kapas yang berpokok renik yang setinggi Sin Chan dan dengan tanah yang berwarna coklat perang?Ni pun salah satu sbb yang men`delay`kan aku bli kamera. Sni, tmpat sempoi jer. Mmg sesuai utk koboi layan blues. Sekali sekala lalu kat ladang2 (yang di panggil Ranch). Celah2 tu ada la tersentil pokok kaktus dan tempat2 Rodeo..(yang lembu melenting2 tu)..tapi, lengang ar. Takde sesapa pun. So, aku pun amik keputusan utk wat taik mata je. Kitorg berlumba2 nk tgok sapa yg paling byk kumpulkan taik mata dlm tempoh 5jam tu(kecuali Vicky – dia je yang ada drive licience).
Cuma, sdg aku asik tingkatkan produktiviti masa tu, tba2 si Hugo gerak2 bahu aku. Dia tunjuk windmill. Aku tak ingat area mana. Tempat org2 sni utk dapat sumber tenaga dari angin. Well, before that, Texas ni, dikenali dgn The Lone Star State (bab ni nnt aku citer lain)..selain daripada tu, mmg kawasan ni tanah lapang yang amat sangat..bukit bukau pun yillek.. (sbb tu puting beliung sng nak lalu..).so, macam yang aku belajar Alam & Manusia kat 4-6 Merbuk Sek Keb Bakri Bt 2, Muar Johor, kita belajar ttg cmna nk tukar tenaga. Dr tenaga cahaya kepada tenaga elektrik dll (contoh yang aku paling ingat smpi sekarang adalah dinamo beskal...ahaks ). Kat bawah tu ada gambarnya.Well, kali ni aku amik langkah bijak cikit. Wat sementara, aku cari gmbar kat internet . Kecit je. Malas aku nk buh besar2...p/s Mija, kalo ko dh bli digicam baru, yang lama tu ko bg kat aku je ar ;-P. Xde masa tul nk svey2 digicam wat masa nih. Well, tu jer yang menarik spjg pjalanan. Ni ar perjalanan pertama aku kuar dari Lubbock (Lubuk) TX.
26 Feb 08- Boring
Mkn,tdo,g kelas,library,test test test,walMart,gigil,mlayang,ngtuk,siang pjg. mlm skjap, siang panjang. Ehe..aku rasa, bukan sebab apa, aku dh nk mula rs tempias stres sbb tak lama lagi ada Test utk GIS dan dikuti dgn Test Evolusi.
3Mac08-Bil Karen
Sejuk x pasal2.xle nk study. Bil api USD 112 . Org lain pakai cuma USD18-24 je. Frust gila. Kpl ligat PK..cmna aku nk saving $ if cmni? PK pnya PK, aku mmg sokmo2 pakai heater. Mana la aku tau pakai bnda tu mmg mahal kos nya..Tp, uma aku ni mmg sjuk teramat. Aritu g uma kawan, steady je. Uma dia xla sejuk sgt. Just nice. So, jarang2 guna heater. Si Faisal gelak sakan kat aku. Aku nk tusyen masak kari during spring break kat uma dia. Faisal kata, kari ble pnskan badan..ni bukan calang2 kari ni..Kari Mamak Penang Mari..Kepala Teleng Tangan Pusing..Aku mkn black pepper pun xjalan jugaks. Aku cuma xle bayang mimpi ngeri aku – makan keju dan lain2 yang boleh tingkatkan produktiviti lemak semata2 xmo gigi aku berlaga sesama sndri. Hmmm..tak lama lagi Spring Break. Semggu je punnn. Aku nk tgok sejauh mana cantiknya bunga2 yang kuar kat sini. if compare dgn bnga2 yang mak aku tanam kat blkg uma (uma taman je pun...pempaham je ar) . Aku xplan g mana2 sbb nk siapkn projek GIS, bc jnal, g library&kmaskini nota2 kuliah yg byk lubang2..
4mac08- Daylight Saving.
Ribut salji separuh hari...mlm -5 C..gila pnya sejukkk. Grrrr. Well, slmt ngundi kwn2. Mjujur cancel guna dakwat. Kalau stil kna pakai, aku tumpang sengeh ar. Test GIS 2 ari lg. Macam Rahim Maarof kata, `aku membilang hari…`
Zarul tiba2 remind aku pasal daylight saving. Ni perkara baru jugak kat aku – day light saving – cepatkan 1jam & night light saving – lmbtkan 1jam..berlaku setiap tahun. Semua utk tempat2 yang tak berada di garis Khatulistiwa…Utk tahun ni, 9 Mac 08 kna cepatkan satu jam kat
http://www.cnn.com/2008/LIVING/studentnews/03/06/one.sheet.daylight.saving/
6Mac08
arini panas.macam xpnh ada salji..pelik
Lagu kat bawah ni simple je..Yang ni, lirik xde ar puitis sangat, tapi irama best..ble bagi aku bertenang lepas test ptg td..(ble dengar lagu ni kat You Tube). Aku malas nk buh kat sni (eheh..sbnarnya, lum reti lagi..)
Setangkai Kembang Melati
Setangkai kembang melati,
Semerbak mewangi,
Mekar dalam taman,
Taman hati, muda remaja,
Kusunting bunga melati,
Dalam sanubari,
Sebagai kenangan,
Untuk dewi, muda remaja,
Bahagialah melati pujaan abadi,
Ku tanam dengan kasih asmara yang sakti,
Semoga hidup subur tiap masa,
Dimandikan embun pagi,
Setangkai kembang melati,
Semerbak mewangi,
Di dalam rangkaian,
Kasih mesra asmara yang sakti,
CekPeh
Masa on the way balik uma td, tba2 je aku teringat permainan aku masa zaman budak2 dlu..Asal cikgu lambat masuk kelas 4 Merbuk, masing2 kuarkan sebungkus cekpeh..Korang pernah main tak? Aku panggil CekPeh..ada juga yang panggil ceper. ada juga yang pangil tutup botol (hmm..xde nilai komersial lgsung..hehe). Tah la. Yang aku pasti, ni permainan budak laki dan pempuan.
Cara2 permainan:
2- Mulakan main..sukati la nk serak/campak susunan cekpeh tu cmna. ada yang tabur secara rawak, ada yang susun kelima2 cekpeh kat lantai pastu pusing kan susunan tu dgn kedua2 ibu jari (bole bayangkan tak? ;-P).. pape cara ar asalkan tak ter lalu jauh @tak terlalu dekat antara satu sama lain. pastu, amik satu cekpeh dan diketepikan dari `gelangang permainan` (kadang2 meja sekolah je pun..make sure permukaaan rata), so tinggal 4 cekpeh..amik 2 cekpeh yg bakal dijentik utk `dilaga`kan kat 2 cekpeh yang bertentangan. if jentikan cekpeh terMISS, so, abis la turn..kna bg pihak lawan pulak la. If semua jentikan mengena, so, ble timbang kelima2 cekpeh utk tingkatkan score. For beginner&amatur,amat malang la if main dgn golongan profesional&expert (ble tak aku samakan P&P dalam istilah gomen? Ni kna dapatkan kpastian dari PegTadbirDiplomatik ni..ahaks).. dengan skil lambungan cekpeh dan kilasan pergelangan tangan yang begitu seni oleh pihak lawan yang expert, mmg tak le nak celen (ayat aku masa budak2 yang bermaksud `challenge`) tahan je ar air liur utk tunggu giliran..
3- Permainan ditangguh kepada masa yang akan ditentukan sebab cikgu dah masuk kelas@dah lewat senja(if main kat luar uma),@ada yang lengit(quit dr permainan)@jemu@pape je ar...sehingga sampai seru utk mulakan permainan ini semula.
Hmm..tu je ar..Bukan apa, skadar nk compare..zaman kanak2 sekarang, jauuuuhhh beza dgn zaman kita..zaman anak2 cyber sekarang.Aku sanggup tggu kat kdai runcit utk kutip cekpeh dr org2 yang bli air botol/air gas..kutip kt celah2 bakul bawang, bawah rak kicap, bwah rak tin2 beskut dsb..maklum ar..dlu, budak2 kan mmg jadik org suruhan utk bli brg2 kat kedai..nak bli air gas, jgn harap la..xtgamak nk mnta kat mak bapak.
By the way, aku tak pasti la samada ni ble diizinkan masuk kategori permainan tradisional kanak2 setaraf dgn batu seremban, ting ting, congkak, guli dll. Anyway, tu jer ar stakat ni..skadar share cerita..zaman kegemilangan kanak2..Ada lagi ciet pasal TX, tapi, nnt ar dlu..aku nk study utk evolusi genetik pulak..pastu, tggu spring break ar..
Ok then, chiao.

